17

109 12 0
                                    

P.O.V. Kalisya

Upacara majlis pertunangan Aween dan Danish berjalan dengan lancar. Aku tunggu di dalam bilik bersama Aween sebelum upacara menyarung cincin.

Berdebar-debar dia. Tak senang duduk. Sampai aku dah naik gila jugak. Ni baru tengok kawan bertunang. Belum lagi aku sendiri yang bertunang.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Bilik Aween diserbu ramai orang. Aween apa lagi. Dah shaking. Haha. Nasib baik mak Danish kata takpa, dia faham. Aween, aween, untung kau ada mak mertua macam ni.

Selesai sahaja upacara menyarung cincin, Danish masuk ke dalam bilik. Asy ada di sebelah dia.

Danish kemudiannya ke sebelah Aween untuk menangkap gambar. Si Asy ni pulak tak habis-habis sengih-sengih tengok perempuan keluar masuk bilik ni. Menyampah aku.

Eh, jap! Jap! Kenapa aku nak kena menyampah pulak? Tu memang perangai dia. Dia memandang aku secara tiba-tiba, aku terus pandang ke tempat lain apabila aku sedar pipi aku rasa panas dan aku yakin mesti pipi aku tengah merah.

Kenapa ni?

************************

P.O.V Asyraf

Aku temankan Danish kat luar. Dah macam cacing kepanasan dah kat luar ni. Cuaca memanglah panas tapi dia ni melebih panasnya. Ni belum nak kahwin lagi, belum akad nikah lagi. Entah macam mana la dia nanti.

"Weh, Danish! Duduklah. Relaks sikit boleh tak?", aku berkata kepada Danish. Dia mula duduk di sebelah tapi kali ini dia menggoyangkan kaki pula.

"Aku...", Danish mula berkata-kata.

"Aku apa?", aku bertanya kepadanya.

"Aku cuak weh. Nervous. Happy. Semua ada. Aku tak tau.", kata dia seraya berdiri semula dan mula berjalan ke hulu ke hilir kembali. Aku hanya geleng kepala.

Tiba-tiba ayah Danish keluar datang memanggil kami masuk. Katanya upacara dah selesai. Aku lihat terpancar wajah kebahagiaan pada Danish. Dia dah semakin tenang.

Aku masuk ke dalam bilik juga. Aku lihat Kalisya di situ. Aku menghampirinya. Tidak berkata apa-apa tapi hanya melihat kebahagiaan kawan aku.

Aku curi-curi pandang Kalisya. Apabila aku lihat dia perasan, aku cuba pandang tempat lain. Jantung aku berdegup makin laju ni. Aku pandang dia tapi dia toleh ke arah lain. Aku senyum apabila terlihat pipinya berubah tona.

Kawan atau Kekasih?Where stories live. Discover now