4 × Forever Mine

318 17 5
                                    

Rumah dua tingkat berdinding biru muda itu dipandang gembira. Rumah yang menjadi saksi kenangan suka duka seorang anak tunggal kepada Encik Aiman dan Puan Hani.

"I'm home!!!" Nabila mula berlari ke pintu pagar. Tak sabar rasanya mahu menyambut hari lahir Encik Aiman bersama ayahanda tercinta!

Mungkin bagi keluarga lain, biasa sahaja sambutan hari lahir ini. Tapi bagi keluarga Nabila, ia satu hari yang sangat bermakna. Lain orang, lain caranya kan?

"Nain, you know what to do right?" Laju sahaja Zulqarnain mengangguk. Hari ini dia bersama Nabila merancang pelbagai perkara untuk dilakukan bersama Tok Ayah!

"Mama, kereta Tok Ayah tak ada pun." Zulqarnain memerhati sekeliling. Tak terlihat pula kereta Toyota Fortuner milik Encik Aiman. Nabila turut sama memerhati ke arah garaj.

"Tok Ayah keluar sekejap kot beli barang. Kita masuk dululah." Ujar Nabila, sekadar menyedapkan hati sendiri. Selalunya ayahnya jarang keluar waktu begini. Tak ada pula Encik Aiman memberitahunya dia tiada di rumah hari ini.

Kunci pendua dikeluarkan. Barang hiasan dan makanan yang sudah siap dimasak diangkut masuk. Laju sahaja dua beranak itu membuat kerja. Hampir satu jam, semuanya tersedia rapi.

"Mama, papa tak boleh sertai kita ke hari ni?" Soal Zulqarnain untuk memastikan. Rasanya dia ada mendengar Iqbal meminta maaf pada Nabila tempoh hari.

"Iya sayang. Papa sibuk sikit. Tak apalah, Nain kan ada?" Nabila tersenyum. Dia agak ralat juga kerana Iqbal tak dapat bersama tetapi nak buat macam mana? Iqbal bekerja, bukannya merayau tak tentu pasal. Lagi pula, dia tak mahu Iqbal terganggu dengan hal ini.

"Dan adik-adik pun!" Zulqarnain menyambung, merujuk kepada anak kembar Nabila yang sedang dijaga oleh Rihana dari pagi tadi.

"Betul! Ibu ayah Nain pun ada." Zulqarnain bersorak kuat. Dia memang sukakan majlis hari jadi. Semua orang yang dia sayang akan berkumpul.

Jam dinding dikerling sekejap. Sekarang sudah jam 6 petang. Hajatnya, mereka mahu memulakan majlis kecil-kecilan ini selepas menunaikan solat Maghrib. Rihana dan Syakir akan tiba di sini sebelum itu bersama twinnie.

Tok tok!

Nabila dan Zulqarnain saling berpandangan.

"Tok Ayah!" Laju sahaja dua beranak itu berlari menuju ke pintu utama. Mereka perlu memastikan Encik Aiman tidak melalui ruang tamu kedua berdekatan dapur.

"Sur-" Terbantut sorakan Zulqarnain dan Nabila apabila melihat wajah yang menanti di muka pintu.

"Prise?" Tanpa mengetahui apa-apa, Syakir menyambung. Rihana kemudiannya tiba di muka pintu dengan Syazira di dalam dukungan.

"Aik? Kata mula lepas maghrib?" Rihana pula memandang pelik adik angkat dan anaknya itu. Bukan main teruja nak buat kejutan. Kuat betul bunyi 'Sur-' tu tadi.

"Mamalah ni. Buat malu je. Jatuh martabat Nain." Zulqarnain mencebik dengan tangannya disilangkan ke dada. Martabat apa pula budak ni. Dia ingat dia anak raja?

"Eh mama pula? Nain pun sama eh tadi. Bangaukan orang pula." Nabila menggeletek Zulqarnain kuat.

"Bangau oh bangau, mengapa engkau kurus?" Selamba sahaja Zulqarnain menyanyi lalu meninggalkan muka pintu. Dia mahu menyambung menonton zumba untuk dipraktikkan bersama Pak Ucunya nanti.

"Ya Allah, belajar loyar buruk dengan siapalah budak tu." Nabila menggeleng perlahan. Ada-ada sahaja perangai anak susuannya itu.

"Dengan siapa lagi? Ni ha ayah dia dekat sini." Selesai menuturkan ayat itu, Rihana terus masuk meninggalkan Syakir yang membuat muka tak puas hati.

Forever MineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang