Pusing kiri tak kena. Pusing kanan tak kena.
"Sayang, kenapa tidur buas kalah Syazlin ni." Gumam Iqbal perlahan dengan mata masih terpejam. Pelukan pada tubuh Nabila dikemaskan.
"Eh maaf abang. Tak sengaja terkejutkan." Itulah, tidur tak reti duduk diam.
Iqbal tersenyum. Mata yang dikuasai kantuk dibuka perlahan. Meja lampu kecil di sebelah katilnya diraba mencapai telefon pintarnya.
3 pagi?
"Kenapa tak tidur lagi ni hmm? Hujan ke?" Dengan sedikit cahaya dari luar, Iqbal cuba memandang ke luar rumah melalui langsir yang sedikit terbuka.
Tak ada nampak macam hujan dan tiada pula sebarang bunyi kedengaran.
Atau ada guruh sahaja tanpa hujan yang menyebabkan Nabila tak boleh tidur?
"Sayang?" Iqbal memanggil sekali lagi apabila Nabila tidak menjawab soalannya.
"Ya, abang." Jawab Nabila dengan sedikit terkejut.
"Sayang okay tak?" Nabila kelihatan terpinga-pinga namun dia mengangguk.
"Okay. Maaf kacau."
"Jangan tipu abang. Now, tell me." Kepala Nabila diangkat lalu diletakkan di atas pahanya. Nabila apa lagi? Tersengih-sengih dia dibuatnya.
Bantal kegemaran dia semestinya paha Iqbal. Tapi tak akan nak tidur situ hari-hari. Mahu kebas kaki Iqbal dibuatnya. Jadi dia jadikan lengan Iqbal sebagai bantal kegemaran nombor duanya.
"Bella teringatkan ayah." Semenjak pulang dari rumah ayahnya, Nabila masih tak boleh berhenti memikirkan pakaian-pakaian wanita yang dibeli oleh Encik Aiman.
"Kenapa dengan ayah?"
"Ayah pelik sangat sekarang. Macam mana kalau betul-betul ayah jumpa pengganti ibu?" Memikirkannya sahaja Nabila dah rasa seram sejuk.
"Abang tak ada hak nak masuk campur. Tapi bagi abang, kalau betul ada, asalkan dia memang ikhlas sayang ayah, abang terima. But he is your father. Our opinion might be different." Nabila mengangguk setuju.
"Sebenarnya Bella pun fikir macam tu. Kalau dia sayang ayah, kenapa tidak? Bella pun kesian dekat ayah duduk sorang. Tapi yang Bella tak setujunya–" Iqbal menanti kata-kata yabg akan meniti keluar dari mulut isterinya.
"Kalau perempuan tu sama baya dengan Bella! Abang tak tengok ke haritu baju yang ayah beli tu, semua jelas bukan untuk Bella walaupun memang saiz Bella. Jadi mesti untuk kekasih dia. Oh no!!!" Iqbal tergelak kecil. Ini ke yang buat Nabila sampai tak boleh tidur.
"Abang tak ada komen. Nak cakap bukan-bukan, takut jadi fitnah dekat ayah. Baik kita tanya terus tuan badan." Kepala Nabila diusap penuh kasih. Ada-ada sahaja fikiran luar kotak dia.
"Hmm betul betul. Ish kenapalah apa yang abang cakap semua betul. Bila nak salah?"
"Come on. This is your hot guy kot!" Ujar Iqbal bangga.
"Eii perasan hot! Cuba tukar ayat sikit. This is your boss. Bangga sikit dengan jawatan sekarang." Perut Iqbal yang berada di tepi mukanya dicucuk berkali-kali.
Geram!
Rasanya Nabila dah banyak bagi makan tapi tak buncit-buncit pun? Makin jelas six pack dia adalah!
"Tak naklah bangga sangat. Jawatan sekarang, walaupun abi bagi sebab usaha abang, tapi tetap ada pertolongan dari abi. Abang anak dia jadi dia percayakan abang untuk uruskan anak syarikat dia."
"Memanglah. Itu kan nanti jadi aset abang. Mestilah abi nak anak dia pandai uruskan. Lagipun memang abang pandai pun." Sabar kejap nak kembang hidung dapat suami pandai.
