three

55 21 14
                                        

siblings ; your only enemy you can't live without. ❞

•••

Minjeong menatap sebuah rumah berwarna Turqoise yang sedang berdiri megah dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dia memerhati setiap sudut laman rumah itu dengan teliti. Sunyi, kosong, aman dan tenteram. Tiada satupun tanda-tanda yang mencurigakan ada disitu.

Pandangannya beralih kearah garaj yang hanya menyisakan sebiji kereta sahaja. Itupun kereta milik abangnya yang sudah lama tidak dipakai. Seperti biasa, kereta ibu bapanya tiada disitu. Ini menandakan bahawa kedua-duanya masih belum pulang ke rumah.

Persoalannya disini. Mengapa pintu pagar rumahnya terbuka dengan luas?

Itulah perkara yang mengganggu Kim Minjeong sejak 10 minit yang lalu. Dahinya berkerut seribu apabila memikirkan tentang hal itu. Sesekali kepalanya digeleng, menafikan segala syakwasangka yang menyerang fikiran sucinya.

"Eomma dah balik kot. Maybe kereta Eomma rosak? So eomma balik guna teksi and then lupa tutup pagar. Hurm boleh jadi." Ucap Minjeong perlahan.

Akibat penat berteka-teki, Minjeong mengalah dan mula bersangka baik. Nafas ditarik sedalam yang mungkin supaya fikirannya kembali tenang seperti sedia kala. Langkah diteruskan sehinggalah sampai dihadapan muka pintu. Sambil tersenyum, Minjeong menanggalkan kasut lalu memanggil ibunya.

"Eom-ma..." Panggilan Minjeong mengecil apabila ternampak sepasang kasut yang tidak pernah dilihatnya.

"Entah-entah betul ada perompak!" Minjeong menutup mulutnya serapat yang mungkin menggunakan kedua-dua belah tangannya.

"Tapi perompak jenis apa yang baik sangat tanggal kasut bila nak merompak?" Soalnya dalam diam. Kepala digelengkan berulang-kali.

"Sayang, ada adab tapi jadi perompak."

"Lemak! Aku harapkan kau kalini. Aku bukak pintu, kalau nampak perompak, kau lanyak dia okay?" Bisik Minjeong pada lemak perutnya sendiri. Dia kembali memberikan tumpuan sepenuhnya kearah perkara yang sedang dihadapinya ketika itu.

Tangannya bertindak memulas tombol pintu dengan gerak yang perlahan. Pintu juga dibuka dengan perlahan. Semua itu bertujuan kerana dia tidak mahu membuat sebarang bunyi.

"Satu."
"Dua."
"Tiga!"

"Eomma!" Laung Minjeong lantang sejurus sahaja masuk ke dalam rumah teres dua tingkat tersebut. Kepala ditolehkan ke kiri dan ke kanan untuk mencari gerangan perompak yang berani merompak rumah biasa-biasanya ini.

Tetapi malangnya, tiada satupun manusia yang bergelar perompak didalam rumah itu. Yang ada hanyalah seorang lelaki yang tengah elok duduk bersila makan ramen diatas sofa sambil menonton tv. Sesekali lelaki itu memegang perutnya yang cramp akibat terlalu banyak gelak apabila menonton aksi-aksi lawak yang ditayangkan di dalam acara Running Man itu.

"Eomma tak ada. Dia keluar dengan kawan. Awal kau balik. Ponteng ea?" Soalnya tanpa menoleh kearah Minjeong sebaik sahaja habis gelak.

Minjeong menayangkan riak wajah yang tidak percaya. Semua ini bagaikan sutu mimpi yang tidak nyata baginya. Lebih-lebih lagi apabila melihat lelaki tersebut berada disitu tengah bersenang-lenang.

"Yow hyung! Lama tak jumpa. Awat hang balik tak inform?!" Soal Minjeong lantang.

Dengan laju dia menyelitkan dirinya ditepi lelaki itu. Sekelip mata sahaja, Minjeong merampas mangkuk ramen yang ada ditangan lelaki itu. Dengan wajah yang tidak bersalah, dia menghabiskan ramen tersebut tanpa meninggalkan satu sisa pun.

мay ι? ⟳ 나재민Where stories live. Discover now