Bab 1

55 0 0
                                    

"MANIS sungguh anak kamu tu, Jemah. Err... dah ada yang punya ke?" tanya Mak Minah sambil memerhati langkah Seri yang baru naik ke bilik.

Mak Jemah tersipu malu. Macam dia pulak yang kena puji. "Entahlah, Minah. Umur makin meningkat. Setakat ni, tak ada lagi dia beritahu apa-apa pasal kawan lelaki."

"Eh, umur berapa dah Seri tu?" Terus Mak Minah tepuk paha Mak Jemah. Kuat pula tu.

"Hei! kau jangan berani tanya pasal Seri. Siapa yang nak berlaki sekarang ni? Kau ke aku? Eh, eh, ehhh..." Melatah Mak Jemah akibat tepukan kuat itu.

Mak Minah ketawa besar. Sengaja dia mengusik Mak Jemah. Bukan dia tak tahu jirannya itu memang melatah orangnya.

Mak Jemah garu-garu kepalanya. Terus dia tepuk bahu Mak Minah kerana bengang dengan usikan itu.

"Aku dah kata jangan tanya, kau tanya jugak! Laki kau dah mati ke belum? Ehhhh..." Tiba-tiba Mak Minah buka langkah macam orang nak bersilat. Hakikatnya, dia juga kaki latah seperti Mak Jemah.

Mak Minah urut-urut dadanya. Mak Jemah juga mengikut.

"Aduh... semput aku. Lain kali kau jangan mulakan dulu, Minah. Bukan kau tak tahu kita sama-sama melatah." Mak Jemah tuangkan air untuk Mak Minah. "Apa yang kau tanya tadi? Lupa dah aku. Pasal umur Seri, kan?"

Mak Minah mengangguk laju. "Eh, bukan sama umur ke, anak kau dengan anak aku si Napi tu?"

"Haah laa... sama umur je budak berdua tu. Eh, Napi kerja apa, ya?" tanya Mak Jemah. Sepiring karipap oksigen didekatkan ke arah Mak Minah. Karipap yang tak cukup inti itu terpaksa dihidangkan juga demi meraikan tetamu.

"Juruteknik komputer kat pejabat kementerian."

"Ooo... okey sangatlah tu." Bulat mulut Mak Jemah. Seekor lalat hampir masuk ke dalam mulutnya. Cepat-cepat dia tutup mulut lalu melibas lalat itu dengan selendang di bahu Mak Minah.

Sekali lagi Mak Minah melatah. "Lalat kau terbang masuk dalam gulai kari aku! Kau dah ngap ke belum? Eh, eh, ehhh..."

Seri turun setelah mendengar kekecohan. "Kenapa tu, mak? Mak Minah?"

Mak Minah tersenyum sambil membetulkan selendang. Melihat wajah Seri, terus hilang latahnya. Bukan main berseri lagi wajah anak dara itu. Sesuai sangat dengan namanya 'Seri'. Teringin sungguh dia nak buat menantu.

"Mak Minah kamu ni hah. Kuat sungguh melatah. Mak pun terkejut."

Seri tertawa kecil. "Alah... mak pun sama aje. Melatah jugak. Dua kali lima."

Saat itu Mak Jemah hairan melihat tingkah Mak Minah. Kenapa jirannya itu pandang Seri lama sangat? Tersenyum-senyum pula tu. Dah tua pun takkanlah Mak Minah baru nak jadi lesbian? Buang tabiat ke apa? Ke baru nak belajar? Ish... fikirannya melalut pula. Langsung tak masuk akal tuduhannya itu.

"Kenapa kau tengok anak aku lama sangat, Minah?"

Terus Mak Minah berbisik ke telinga Mak Jemah setelah Seri berlalu ke dapur. "Aku berkenan nak buat menantu. Boleh ke, Jemah?"

"Untuk Napi ke?" Kuat suara Mak Jemah bertanya.

"Syyy!!!" Mak Minah cepat-cepat letakkan jari telunjuk ke bibirnya. "Kau janganlah cakap kuat-kuat. Nanti Seri dengar, malu aku."

"Assalamualaikum!" Pak Jamlus memberi salam kemudian terus masuk ke rumah. Dia baru pulang dari pasar membeli ikan. Pintu rumah ditutup kuat. Dia tak sengaja sebenarnya.

"Apa syyy syyy?! Pencuri masuk rumah aku! Tak ada harta dia nak rompak! Eh, bapak dia meninggal minggu lepas! Eh, ehhhh..." Mak Jemah terlompat-lompat dan mengambil sekeping karipap lalu dibaling ke arah Pak Jamlus.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 27, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MR. DRONEWhere stories live. Discover now