Pengenalan

2.5K 8 0
                                    

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak pasti siapa yang tersentuh

Bila terpandang tempat kita bertemu dulu

Adakah aku yang mengharap kehadiranmu

Atau sememangnya kau di sini

kedatanganku ini

Sekadar mengisi suasana

Dan bukan untuk semula

Entah siapa yang bersalah

Tertanya-tanya siapakah lebih luhur setia

Hanya pandai berjanji sewenang-wenang

Untuk semalam dan hari esok

Tapi engkau terlupa

Engkau yang terlalu kecewa

Sehingga berhari di sini

Pedih

Melihat engkau begini

Penawar tidak berguna lagi

Sedih

Sekilasnya engkau pun menoleh aku

Apa yang tergambar menyesali tingkahmu

Tinggalkan ku diwaktu senangmu

Simpati jiwa bukannya alasan

Kala mata kita bertentangan

Ku sedari aku pun begitu

Merindui belaian kasihmu

Sedari dulu andai pasti

Ditakdir kita bersama

(Ditakdirkan kita bersama, Mac Ruhayu)

Cinta itu milik-Nya, kita hanya merasa dan membuat pilihan tetapi hakiki tetap untuk-Nya yang satu

- Iman hakimi, 2016 -

Aku menulis cerita ini yang sebahagian besarnya adalah daripada pengalaman aku sendiri. Sesungguhnya mencintai seseorang itu merupakan satu risiko yang amat tinggi. Aku sudah merasakan pelbagai ranjau dan onak duri dalam kehidupan ini yang amat memenatkan. Namun, siapalah aku untuk mengubah takdir yang telah tersurat dalam perjalanan ini. Manusia lain tidak merasakan apa yang aku rasa, tidak cuba untuk mengerti malah kata-kata nista dihemburkan kepada aku. Hina sangatkah berlainan dan tidak seperti mereka? Tidak mengertikah mereka aku juga dalam ujian? Ya Allah, Semoga ada sinar untukku di hari muka.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KISAH KITAWhere stories live. Discover now