A || 62

23.9K 1.4K 197
                                    

PUAN Rahimah mendengus tak puas hati. Tubuhnya dihentak kasar ke atas katil. Suara Medina yang seakan ugutnya menerpa mindanya. Bagaimana Medina begitu berani mengugut dia? Bukankah sepatutnya wanita itu lebih takut dengannya. Ya la, mana mungkin dia akan lepaskan Medina begitu sahaja.

Ting!

Bunyi notifications yang berdering dari telefon pintar menarik perhatiannya. Dia segera mencapai telefonnya. Nama rakannya yang terpapar di skrin telefon dibaca kilas sebelum dia membuka perbualan rakannya. Tidak menunggu lama terus dia membalas perbualan itu.

Bibir mengukir senyum. Kemuadian dia segera mencari nama Anna di applikasi perbualan itu. Beberapa saat kemuadian dia menghantar sesuatu kepada Anna. Dia yakin Anna pasti akan setuju untuk mengikutinya ke majlis reunion sekolahnya.

"Hmm, kalau ajak Darren pun okay jugak. Boleh aku kenalkan dekat kawan-kawan aku yang aku ada cucu lelaki."

Tanpa menunggu terus dia bangun berlalu mencari Darren. Dia yakin pasti Darren sudah pulang dari beriadah bersama Dariel dan Dhea. Dan nasib menyelebahinya apabila Darren baru naik ke tingkat atas bersama Dhea.

"Arren!"

Darren dan Dhea yang seronok berbual melihat kemesraan ibubapa mereka terhenti seketika. Mereka berdua serentak memandang Puan Rahimah menjerit nama Darren.

"Kenapa, nenek?" soal Darren.

Puan Rahimah senyum. Sempat dia memandang Dhea lalu menjeling menyampah kepada anak kecil itu. Tidak menjawab soalan Darren terus dia menarik Darren jauh dari Dhea. Biliknya dituju.

"Nenek nak apa? Kenapa bawa Arren masuk bilik nenek?" soalnya lagi. Pelik dengan tingkah neneknya yang tiba-tiba tariknya jauh dari Dhea.

"Arren degil kan? Nenek dah pesan dekat Arren supaya jauhkan diri dari Dhea. Dia tu pembawa malang. Nenek tak nak Arren kena penyakit tu. Susah nenek nanti." gusar Puan Rahimah.

Darren memandang Puan Rahimah dengan pandangan tiada riak. Pembawa malang? Heh, apa neneknya ingat Dhea tu, Tuhan hingga boleh menentukan nasib dirinya?

"Nenek yang bawa penyakit tu dekat Darren. Bukan Dhea, bukan mama dan bukan sesiapa tapi nenek. Nenek sedar tak, yang umur nenek ni dah sepatutnya masuk kubur. Tapi mungkin Allah nak bagi masa dekat nenek untuk bertaubat kut." sindir Darren.

Puan Rahimah kelu. Tak sangka budak seumur Darren memerlinya begitu keras. Terasa? Ya, dia terasa namun itu tak mematikan niatnya untuk bersama Darren.

"Apa-apa je la, Arren. Sekarang, nenek nak Arren bersiap. Ikut nenek dengan aunty Anna jumpa kawan-kawan nenek. Nanti dalam pukul 3 petang kita gerak sama-sama." pesannya.

Darren memandang Puan Rahimah pelik. Kenapa dia perlu ikut jika neneknya mengajak aunty Anna dan bukannya Papa mahupun mama? Bukankah sepatutnya mama papanya yang temani nenek ke sana? Darren memeluk tubuhnya.

"Kalau Arren tak nak ikut?" duga Darren.

Puan Rahimah seakan tak percaya dengan tutur kata Darren. Kenapa Darren tidak mahu ikutnya? Sedangkan sebelum ini mudah sahaja cucu lelakinya mengikut setiap perjumpaan rakannya.

"No! Arren kena ikut jugak. Wajib! Kalau Arren tak ikut, nenek akan buat sesuatu dekat Dhea." ugut Puan Rahimah.

Darren mengukir senyum sinis.

"Buat la. Arren nak tengok apa yang nenek berani buat pada Dhea. Kalau nenek berani sentuh Dhea. Nenek buat la apa-apa yang nenek suka, tapi nenek kena ingat satu. Tak semua kehendak nenek, Arren kena ikut. Nenek cuma ibu kepada papa. Bukan ibu kepada Syed Darren Mikael."

MEDINA yang sedang senang duduk berehat di atas katil mengerut dahi pelik apabila terasa sesuatu bertindih di atas pehanya. Medina mengangkat wajah memandang figura siapa yang duduk bersama dengannya. Bibir mengukir senyum apabila dia sedar figura itu merupakan anak lelakinya.

"Arren. Hey, kenapa ni? Tiba-tiba masuk bilik mama kenapa? Papa mana? Dhea?" soal Medina. Tangannya mengusap lembut rambut anaknya.

Sedar tak sedar, anaknya yang dulu berada dalam kandungan kini sudah membesar menjadi seorang budak berumur enam tahun. Haih, cepat sahaja masa berlalu.

"Mama..." panggil Darren lembut berserta nada manja.

Medina pelik. Namun dia mengukir juga senyuman pada bibirnya.

"Kenapa? Mind to share?" soal Medina. Dia tahu anaknya ini ada masalah. Jika tidak, Darren takkan bertindak perangai sebegini.

Darren menggeleng kepalanya. Jari kecilnya bermain pada perut Medina yang membesar. Beberapa bulan lagi, dia bakal menjadi abang kepada adik yang berada di dalam perut mamanya.

"Mama tahu anak mama ada masalah. Kenapa? Arren takut mama marah ke?" tebak Medina. Dia bukan mahu memaksa tapi dia tak mahu anaknya terus simpan perasaan.

Darren mengangkat wajahnya. Perut Medina dikucupnya lembut. Sebelum dia memeluk tubuh Medina.

"Arren..." belum Medina mahu habis bicara suara Darren menyapa gegenda telinganya.

"Nenek."

Medina mengerut dahinya. Nenek? Puan Rahimah.

"Kenapa?"

"Nenek paksa Arren ikut dia jumpa kawan-kawan dia. Arren tak nak. Kemuadian bila Arren tak nak, nenek ugut nak cederakan Dhea. Lepastu, Arren cakap la yang nenek bukan ibu Arren. Ibu Arren mama. Bukan nenek. Nenek, ibu papa. Jadi kenapa Arren kena ikut cakap nenek?" luahnya.

Medina mengukir senyum nipis. Kini baru la dia sedar akan masalah Darren. Sejak dia kecil hingga lima tahun, Darren tak pernah akur mengikut arahan mana-mana orang kecuali Medina, Aisya, Isa dan Aden namun mereka tidak terlalu mendesak Darren tapi Puan Rahimah?

Wanita itu sering mendesak Darren hingga Darren naik rimas. Malah setiap kesalahan yang dilakukan oleh Darren pasti ada cubitan atau kesan merah pada tubuh Darren. Jadi, wajarkah Puan Rahimah perilaku seolah dia ibu sedang dia hanya bergelar nenek. Bukankah itu sama apa yang dia lakukan pada Dhea?

"Mama minta maaf sayang. Mama yang salah. Kita tak sepatutnya balik sini. Kalaulah mama tahu semua ni akan berlaku, mama yakin dengan keputusan mama untuk tak kenalkan Darren pada papa. Tapi mama masih sedar akan kewujudan Arren pada papa."

"Tapi itu bukan salah mama. Arren, Arren yang minta mama kenalkan Arren pada papa. Tapi dalam masa yang sama Arren bahagia bila tengok mama, papa dan Dhea bahagia."

Medina mengukir senyum kecil. Tubuh anaknya ditarik ke pelukannya.

"Mama... Dosa ke, Arren buat macam tu dekat nenek?" soalnya. Sejak tadi, dia rasa bersalah pada Puan Rahimah kerana kurang ajar walaupun dia puas tapi dia tetap bersalah kerana umurnya yang muda.

"Dosa sayang. Walaupun nenek hanya ibu kepada papa. Kita tetap kena hormat dia. Mama tahu Darren tak suka dengan cara nenek tapi percaya la. Nenek akan berubah. Mama yakin."

"Tapi kenapa mama terlalu baik dengan nenek? Nenek dah buat macam-macam pada mama malah dia juga sanggup nak pisahkan mama, papa dan Arren. Arren tak suka."

"Arren, dengar sini. Biar la, orang tahu bertapa keji dan buruknya mama tapi Arren kena ingat Allah sentiasa ada. Tak kira di mana. Dia sentiasa ada dengan kita dan mama yakin nenek akan buka hati untuk terima mama satu hari nanti."

Darren memeluk tubuh Medina. Dia juga mahu hati seperti Medina. Putih, lembut dan suci kerana memudahkan maaf orang meski orang itu sudah menzaliminya.

To be continued...

Mr. DudaWhere stories live. Discover now