Chapter 1 | Abdomen

1K 126 29
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Please don't follow any bad word in this chapter to real life

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Please don't follow any bad word in this chapter to real life. Baca dalam hati ya, jangan sebut. Translation in the comment section.

Chapter 1

This feeling's so alien,

Need to know if you're just a friend.

KEDUDUKAN beg sandangnya dibetulkan apabila tali beg kerap melurut jatuh dari bahunya. Matanya memandang sekeliling kawasan lorong perumahannya. Suasana yang sangat sunyi sepi. Perjalanannya masih jauh lagi untuk sampai ke rumahnya. Tangan menggenggam erat tali beg, mengumpul semangat yang ada. Pada malam ini, entah kenapa dia berasa tidak sedap hati kerana terasa diperhatikan. Namun, dia tepis perasaan itu.

Meremang bulu romanya apabila angin sejuk menampar kulit mukanya. Kaki terus berjalan dengan sedikit laju tanpa menoleh ke belakang. Dadanya berdebar-debar kerana takut akan berita penampakan kelibat penyangak dikawasan perumahannya beberapa hari lepas.

Srek!

Matanya automatik membulat terkejut. Semakin laju langkahnya saat telinganya mendengar tapak kasut bergesel dengan batu kecil di belakangnya. Melihat langkahnya semakin laju, gerangan di belakangnya melajukan langkah. Dia memejam mata sekejap sebelum lari sekuat hati. Dia mengambil keputusan untuk menjerit minta pertolongan.

"Tolong!"

Bergema suaranya di kawasan sunyi itu. Dalam hati berdoa agar ada manusia yang mendengar jeritannya.

Dadanya terasa sangat sempit. Terasa seakan sekelilingnya gelap tatkala bunyi derapan langkah dari belakangnya semakin dekat. Pandangan sekelingnya terasa kabur dan gelap kerana dirinya ditenggalami dengan perasan takut. Kakinya tetap berlari laju walaupun dadanya sakit, tidak cukup udara untuk bernafas.

"Tolong!" Jeritnya sekuat hati.

Sesiapa tolonglah...

EmilianoWhere stories live. Discover now