Chapter 2 | The Man

984 118 25
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter 2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter 2

SEORANG lelaki memandang sekelilingnya yang dibanjiri dengan beberapa manusia berbadan beruniform biru tua dan beberapa anggota yang lain. Semuanya kelihatan sibuk menjalan tugasan masing-masing setelah anak-anak kongsi gelap diberkas dua hari lepas. Semuanya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab kerana terdapat dua anak buah kongsi gelap itu meloloskan diri ke tempat lain.

Lelaki itu tersenyum sinis sesaat sambil berjalan ke sebuah bilik.

Mouses can't runaway forever from it's own faults.

Pintu berwarna coklat itu diketuk beberapa kali sebelum laungan dari dalam memberi kebenaran untuk masuk. Lelaki itu berdepan dengan seorang lelaki berumur yang berpakaian beruniform biru tua dihiasi badge berpangkat tinggi.

“Tuan,” sapanya.

Lelaki berumur itu angguk sekali.

“Duduk.”

Lelaki itu patuh, mengambil tempat bertentang dengan lelaki berumur yang bergelar Tuan. Lelaki itu menjeling lencana yang berada di bahu lelaki berumur itu kemudian memandang sekilas namanya seperti rutinnya setiap kali dia masuk ke dalam bilik ini.

Firdaus bin Mohd,

Cif Inspektor.

“Awak dapat apa-apa maklumat apa-apa ke?” Inspektor Firdaus menyoal, serius.

“Apa yang saya pasti mereka masih berada dalam kawasan kejadian lepas, tuan. Saya tak pasti lorong tikus mana dia orang lalu dan dekat mana kerja haram mereka tapi tuan jangan risau. Saya pastikan saya dapat penunjuk ke ke kawasan mereka dalam masa seminggu,” ujarnya mendatar.

Inspektor Firdaus mengangguk perlahan. “Dua ekor yang terlepas tu dah dapat trace?” soalnya lagi.

Lelaki itu mengangguk.

EmilianoWhere stories live. Discover now