31

984 182 25
                                    


    "Kita nak pergi mana?" tanya Zarif, setelah memasuki perut kereta. Memandangkan pakaiannya sekadar warna hitam semuanya, jadi proses pengambilan baju tadi amat senang tanpa perlu berfikir.

Luqman menghidupkan enjin kereta lantas dibawa membelah jalan. Sekilas dia melirik pada Zarif yang masih setia menunggu jawapannya,

"Pergi jalan-jalan," beritahu Luqman lantas automatik membuah senyum diwajah sahabatnya itu.

"Betul ke? Jalan-jalan dekat mana?" suara teruja Zarif kedengaran seperti kanak-kanak riang yang seronok dapat keluar bermain.

Luqman menjungkit kening, "Wait and see," katanya lantas meneruskan fokus pada pemanduan.

Nafas cuba diatur tenang, agar tidak melakukan sebarang kesilapan kecil serta mengikut plan yang sudah dirancang.



##########


Perjalanan mengambil hanya satu jam sahaja kerana pemanduan Luqman yang laju dan konsisten. Tiba saat itu, mereka tiba di Genting Highlands.

Zarif terus menyarung hoodie hitamnya segara. Terus terasa kesejukannya sebaik tiba. 

"Kau pernah sampai sini tak?" tanya Luqman sebaik memarkir kereta di tingkat bawah tanah pusat membeli belah itu.

Zarif menggeleng. "Tak. Tapi- takkan kita sampai jauh-jauh semata nak pergi shopping mall?" Zarif kedengaran sedikit kecewa. Kalau setakat pergi mall, baik singgah Kuala Lumpur saja.

Luqman tergelak kecil.

"Itu la kau. Ni bukan mall biasa. Dah jom jom gerak,"

dan mereka bergerak berdua memasuki pusat membeli belah itu dengan penuh teruja.

Tidak lama berjalan kaki bersama manusia yang agak sesak disitu, akhirnya tiba di taman tema yang terbina di dalam pusat membeli belah itu.

Zarif ternganga melihat keluasan dan kebesaran taman tema tersebut. Juga terkejut kerana tidak percaya tempat sebegini wujud.

"Kau takut tinggi tak?" tanya Luqman sedikit kuat kerana suasana yang sesak itu.

"Tak," jawab Zarif.

"Okay!" dan mereka mula mendaftar dan beratur disitu.

"Ramainya orang, Man. Takkan setiap game kita nak beratur macamni," bisik Zarif tidak puas hati. Mungkin rimas sesak begini.

"Ada fast lane, a.k.a lorong pecut, tapi kena bayar lebih ah. Rm20 lebih daripada harga asal," ujar Luqman sambil melihat papan harga yang terlekat diatas meja juruwang.

Zarif mengeluarkan dompetnya yang berkepuk-kepuk. "Fast lane here we go," ucapnya disambut ketawa Luqman yang penuh ketidakpercayaan.

"Tak rilek lansung!"

Tidak banyak bunyi, mereka terus bergerak ke permainan pertama tanpa perlu beratur panjang.

Roller coaster.

Zarif kelihatan teruja, begitu juga Luqman walaupun itu bukan kali pertama buatnya.

Tali pinggang keselamatan diketatkan.

Nafas ditarik dalam.

DIAM ✔Where stories live. Discover now