♡ 9 ♡ WEDDING DAY

17.9K 873 320
                                    

Damia memandang kosong wajah cantiknya yang sudah di make up nipis. Sudah hampir sepuluh minit dia termenung di hadapan cermin. Kini, dia rasakan hidupnya sudah benar-benar musnah.

Berkahwin di usia dua puluh tahun adalah sangat muda baginya. Gadis-gadis seusianya sekarang pasti sedang bersuka-ria menikmati masa muda bersama.

Tok!

Tok!

Tok!

Bunyi ketukan pintu menyedarkannya ke alam realiti.

"Masuk lah. Pintu tak kunci." Jawab Damia lemah.

Air mata mula bertakung di kelopak matanya. Tubuh tinggi lampai Aressa yang di rinduinya kini sudah berada di hadapannya. Mereka berlari lalu memeluk antara satu sama lain.

"I miss you, bestie."

"Me too."

Selepas beberapa minit barulah pelukan di lepaskan. Masing-masing melepaskan ketawa tiba-tiba. Tipikal perempuan.

"Badan kau makin cengkung lah, Damia. Dia bagi kau makan ke tidak?" Soal Aressa cemas menyedari tubuh sahabatnya semakin kurus dari sebelum ini.

"Tak adalah. Dia bagi je. Cuma aku tak ada selera je."

Aressa terdiam sebentar. Muncul satu idea kurang bernas di benak fikirannya.

"Damia, kita lari nak?" Soal Aressa perlahan.

"Aku nak. Tapi, macam mana?"

Aressa tersenyum lalu mendekatkan diri pada Damia. Dia membisikkan rancangan yang di rangkanya dua minit yang lalu. Selepas di beri dua kali hukuman, masih tidak insaf Aressa ni. Degil, keras kepala.

"Macam mana?" Soal Aressa meminta pendapat Damia tentang rancangannya.

Damia kelihatan sedang memikirkan baik dan buruk rancangan itu. Jika gagal, dia tidak yakin apa yang akan terjadi selepas itu. Tetapi jika sebaliknya yang berlaku, mereka boleh bebas ke mana-mana sahaja.

"Er... Boleh la." Ucap Damia kurang yakin. Sejambak bunga di tangannya di genggam sedikit kuat.

"Okay!" Jawab Aressa bernada ceria. Tiada apa lagi yang di harapkannya sekarang selain rancangannya berjaya.

"Harap-harap menjadi lah." Gumam Damia perlahan.

Tok!

Tok!

Tok!

"Cik Salsabila, pengantin lelaki dah sampai." Kata salah seorang maid di hadapan pintu.

Damia mula gugup dan gementar. Dia mula berdiri lalu berjalan menuju ke luar bilik bersama Aressa sebagai pengapitnya.

Mereka di nikahkan di dewan besar yang terletak dalam hotel. Ya, memang pada awalnya di rancang di buat di kediaman Sergio itu sahaja. Tetapi entah mengapa di tukar tempat di waktu terakhir.

Damia duduk bersimpuh di belakang pengantin lelaki. Dayren di sebelah Sergio memandang tajam Aressa menandakan jangan buat perkara-perkara yang pelik. Kedua-dua gadis itu hanya menunduk sedari tadi.

"Damia, kau okay tak?" Soal Aressa perlahan. Dia tahu gadis itu mempunyai trauma selepas tinggal bersama jejaka itu. Dan dia juga sedar tangan Damia sejak tadi menggigil halus.

Damia hanya mengangguk tidak berkata apa-apa. Sejujurnya, dia tidak okay. Terlalu ramai kaum adam di dalam dewan itu yang sedang memerhatikannya dalam diam. Dia takut akan pandangan-pandangan itu.

Tok kadi mula berdehem kecil sebelum menghulurkan tangan lalu di sambut Sergio. Tok kadi memandang atas bawah pengantin di hadapannya.

Mendapat panahan mata dari Sergio pantas membuatkan dia terbatuk-batuk. Haih, dia yang nikahkan orang. Dia yang cemas semacam.

LOVING MR MAFIA {✓}Where stories live. Discover now