BAB 6

9.6K 526 84
                                    

Qaila masuk ke dalam kereta milik Ervan apabila Ervan menyuruhnya. Kalau tidak mahu diugutnya seperti dahulu.

Air matanya masih mengalir. Perasaan takut juga turut menguasai dirinya. Sanggup keluarga itu perlakukannya sebegini.

Ervan mengambil tempat di tempat pemandu. Enjin dihidupkan dan dia menoleh ke arah Qaila yang menangis dan sedang menunduk. Dipegang dagu si gadis dan diangkat untuk memandangnya.

" Please.. stop crying... Aku kan ada ni. Dah tak ada siapa berani sentuh kau. " Pujuk Ervan. Qaila masih lagi menangis sambil memandang Ervan.

Tangannya Ervan naik mengelap air mata si gadis. Diusap kepala gadis itu seperti anak kecil dan dilentokkan atas bahunya.

" Dah.. jangan nangis. Kalau tak aku masuk aku bunuh jantan tu. " Kata Ervan. Qaila menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu lelaki itu membunuh bapa saudaranya. Biar pun lelaki itu telah cuba merogol dirinya, namun dia masih lagi menghormati lelaki tua itu sebagai bapa saudaranya.

" Jadi. Berhenti menangis. Dah kau tido. Sampai rumah aku nanti aku kejutkan. " Qaila hanya mengangguk lalu perlahan-lahan kepalanya disandarkan pada tempat duduknya.

Perlahan-lahan kereta milik Ervan bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tiba di rumah milik Ervan, dia meletakkan keretanya di halaman rumah. Dibiarkan anak buahnya sahaja yang meletakkannya di garaj.

Dipandang gadis disebelahnya masih tidur. Mungkin kepenatan. Ervan keluar dari kereta dan sudah dapat melihat wajah dua orang jejaka yang berdiri di hadapan pintu rumah.

" Wowww !! Anak siapa yang kau bawak ni?? Marah mak bapak dia ni nanti !!" Kata Eden. Dia hanya memandang Ervan yang membuka pintu kereta belah Qaila.

" Jangan banyak bunyi lah kau. Blah" Ervan terus mengangkat tubuh Qaila lalu terus masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Eden dan Erdan.

Tubuh Qaila diletakkan di bilik tetamu yang terdapat di tingkat 2. Tubuh gadis itu sedikit kepanasan. Mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Ervan mula menjarakkan dirinya dari  gadis itu. Dia melangkah ke arah Elvina,Eden dan Erdan yang memandangnya.

" El.. tolong tengok-tengokkan dia. Eden dengan Erdan ikut aku turun. Nanti aku terangkan. " Kata Ervan. Eden dan Erdan mengangguk sebelum  menuju ke ruang tamu meninggalkan Elvina yang sedang memeriksa tubuh badan Qaila.

" What happened? " Tanya Eden. Dia mula mengambil tempat berhadapan dengan Ervan. Ervan pula di sebelah Eden. Kembar ini memang tak boleh dipisahkan. Sentiasa melekat.

Ervan menerangkan apa yang terjsdi dari ketika dia mula berjumpa gadis itu, sehinggalah dia membawa pulang gadis itu ke rumahnya.

" Oooo... Sumpah jantan tu kalau dapat kat aku memang aku lastik muka dia pakai spender patrick aku. " Kata Eden. Sudah terbayang bagaimana dia melakukan perkara itu.

" Kau.. tak habis-habis dengan spender kau tu. Bangga sangat lah tu bagi readers baca. " Kata Erdan.  Kepalanya digeleng beberapa kali. Susahnya lahai dapat kembar macam ni.

Elvina duduk dihadapan mereka selepas beberapa minit duduk di dalam bilik tetamu.

" Macam mana dengan dia?" Tanya Ervan. Elvina memandang Ervan lalu menghembuskan nafas.

HE'S MY MAFIAWhere stories live. Discover now