BAB 34

6.1K 309 13
                                    

Ervan menahan tangisannya. Dia kini berada di dalam wad yang menempatkan Qaila yang sedang berehat. Perut Qaila diusapnya.

Perit hatinya mendengar apa yang dikatakan doktor semasa selesai memeriksa Qaila.

Flashback...

Doktor yang merawat Qaila keluar dari bilik kecemasan. Ervan terus melangkah ke arah doktor tersebut.

" How about my wife ? " Tanya Ervan. Doktor lelaki itu menghembus nafasnya.

" Your wife is safe. But your wife had a miscarriage and we couldn't save your baby. I'm so sorry Mr. Ervan. " Kata doktor itu. Kepalanya ditundukkan sedikit sebelum dia pergi dari situ.

Ervan sedikit tergamam. Eden dan Erdan memeluk bahu abang mereka. Ditepuk perlahan bahu lekaki itu.

" Sabar Ervan. Allah lebih sayangkan dia. " Kata Rian. Dia turut mendekati lelaki itu.

" Anak aku... Diorang dah bunuh bayi yang tak bersalah. Diorang dah bunuh anak aku... " Kata Ervan perlahan. Tangannya naik menutup muka.

Eden serta yang lain masih disisinya menenangkan dirinya. Kata-kata semangat diberikan kepada lelaki itu supaya dia terus bangkit.

" Awak... " Panggil Qaila perlahan. Ervan tersedar dari lamunannya. Qaila yang sudah terjaga dipandang.

" Sayang... Sayang nak air ?? " Tanya Ervan. Dia duduk di katil Qaila bagi membantu Qaila untuk bersandar.

" Awak... Anak kita okey ke ? " Tanya Qaila. Ervan terdiam. Tidak tahu mahu membalas apa. Takut jikalau wanita dihadapannya ini terluka.

" Awak... Anak kita okey ke ?? Kandungan saya macam mana ? " Tanya  Qaila lagi apabila persoalannya yang pertama tidak dijawab.

" Kalau abang cakap ni sayang kena kuat tau. " Kata Ervan. Qaila sudah mengerutkan dahinya. Qaila mengangguk perlahan walaupun dia kurang yakin.

Ervan menghembuskan nafasnya. Sungguh dia tidak mampu ingin melepaskan kata-kata yang ingin dikatakan.

" A.. anak kita dah tak ada. " Kata Ervan. Mulut Qaila melopong mendengarnya.

" Hahaha awak... Aprilfool dah lepas. Tak lawak... " Kata Qaila. Dia pasti suaminya bergurau. Tapi jika dilihat wajah Ervan , wajah lelaki itu sedih.

" Abang tak tipu sayang. Sayang keguguran and doktor tak dapat selamatkan anak kita. " Kata Ervan lagi. Qaila terdiam. Perutnya dipegang. Air matanya jatuh setitis. Dua titis. Tiga titis. Bertitits-titis jatuhnya.

Ervan terus memeluk tubuh Qaila. Dia tahu Qaila berasa amat sedih sekarang. Dia juga begitu. Namun perasaan seorang wanita yang bakal melahirkan anak lebih pedih apabila mendapat tahunya kerana dia yang mengandungkannya.

Qaila menangis sepuas-puasnya di dalam dakapan Ervan. Semakin lama semakin kuat tangisannya.

" Anak mummy... " Kata Qaila perlahan.

Dia yang kena aku yang sedih.

Tu tandanya kau ada hati author.

Okey.. relax..

Ervan mengusap kepala Qaila perlahan. Dicium berkali-kali kepala wanita itu.

" Abang minta maaf. Abang salah. Abang lambat datang. Abang minta maaf. " Ujar Ervan. Air mata yang ditahan akhirnya gugur juga. Buat kali pertama dia menangis setelah beberapa tahun dia tidak mengalirkan air mata.

" Tak apa lah awak. Allah sayangkan dia. Saya tahu. Dia mesti dah ada dekat syurga sekarang. " Kata Qaila. Walaupun sukar untuk menerima apa yang disampaikannya , namun dia buka hatinya untuk reda dengan segala ketentuan yang Allah sudah takdirkan kepadanya.

HE'S MY MAFIAWhere stories live. Discover now