Blessing

280 0 0
                                    

Scarlette mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas meja makan lalu membuka app whatsapp, dia mencari nama sarah yang dia save tempoh hari semasa pertemuan yang tidak disengajakan.

" Hai sarah..." hanya itu sahaja yang scarlette mampu untuk membuka cerita kepada rakannya sarah. Dalam beberapa saat sahaja sarah membalas chat scarlette.

"haii jugak scarlette...apa ko buat tu?" sarah memulakan pertanyaan.

"saya di rumah saja ni sarah...ko sibukkah ni petang? saya kira mau bawa ko pigi lepak-lepak di kedai makan hari tu.."

" Petang ni tak dapatlah scarlette,saya keja...kalau besok pagi boleh? sebab besok saya offday.."

"ok..boleh jugak...bah,besoklah kita jumpa arr...." sambil emoji smile mengakhiri mesej tersebut.

Scarlette meletakkan telefon bimbitnya kembali di atas meja makan, dia duduk termenung sejenak memikirkan tetang segala masalah yang menimpanya saat ini. Semakin hari semakin sunyi scarlette rasa, tiada tempat untuk dia meluahkan perasaan deritanya itu. Menanggung sendiri segala masalah tersebut memang cukup menyeksakan dirinya. Dia mula berasa tekanan sehingga berat badannya semakin susut. Fikiran scarlette tidak pernah tenang apatah lagi masalah itu tidak diselesaikan dengan cara baik, Jay seakan melepaskan tangan begitu sahaja tanpa bertanyakan khabar tentang mereka anak beranak.

Tokk...tokkk...tokkkk... Kedengaran ketukan kuat pintu rumah mereka, Scarlette terkejut dan lamunannya tadi terhenti.

"Ehh...siapa plak ketuk malam-malam ni?" Scarlette jadi penasaran siapakah gerangan yang mengetuk rumah mereka lewat malam itu.

Scarlette membelek langsir tingkap disisi pintu tersebut untuk melihat siapa yang mengetuk pintu, dia terkejut melihat Jay sedang berdiri di depan pintu itu. Hatinya bercampur baur sekejap dia berasa gembira tapi juga perasaan benci, sakit hati dan menyampahnya akan kepulangan Jay ke rumah mereka setelah beberapa minggu dia menghilangkan diri.

Scarlette membuka pintu, tapi mulutnya terlalu berat untuk dia memulakan bicara kepada Jay sedangkan dalam fikirannya terlalu banyak soalan yang hendak dilemparkan kepada Jay. Jay masuk kedalam rumah seperti biasa, di wajahnya tidak menunjukkan sebarang perasaan bersalah. Dia membuka kasutnya lalu masuk ke dalam rumah dan mencari anak perempuan mereka.

"Fifi..fifiii..." suara Jay memanggil anak perempuannya.

"Dadyyyyyyy....." teriakkan kegembiraan terdengar dari arah bilik tidur mereka, si kecil itu berlari keluar dari bilik dan segera memeluk Jay dengan wajah yang sangat senang hati. kepulangan Jay amat di nantikan oleh fifi beberapa minggu ini, hampir setiap hari si kecil itu bertanya kepada ibunya bila ayahnya balik ke rumah. Kerinduaan terpancar antara kedua anak beranak tersebut dari pelukkan erat mereka. Fifi sememangnya anak kesayangan Jay, dan dia sangat memanjakan satu-satunya anak perempuannya itu.

Setelah selesai menghidangkan makanan di atas meja, Scarlette memanggil jay dan Fifi yang dari tadi sibuk bermain di ruang tamu. Scarlette perasan sejak Jay masuk ke dalam rumah,dia langsung tidak melihat ke arah scarlette.

" ko kasi makan saja tu anak, saya sudah makan di luar tadi.." sambil berdiri dan berjalan ke arah bilik mereka. Hati scarlette terasa hancur berkecai di layan sedemikian rupa, dia merasakan sebagai seorang isteri yang sangat gagal dalam rumahtangga mereka. Dia masih melayan Jay dengan baik kerana itu adalah salah satu tanggungjawap dia sebagai seorang isteri walaupun layanan yang diberikan oleh suaminya sangat teruk.

"saat ini saya akan cuba untuk bersabar, bersabar untuk anak kami.." bisik hati kecil scarlette. selesai sahaja fifi menghabiskan makanan yang disuapkan oleh ibunya, dia segera turun daripada kerusi lalu segera mencari ayahnya. Jay yang dari tadi hanya berkurung di dalam bilik sambil bermain handphonenya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SCARLETTEWhere stories live. Discover now