Bila Si PA Dahagakan Belaian

7.7K 56 4
                                    

Aku tahu ramai yang menunggu sambungan kisah Bila Si Kakak Ipar Minta Tolong. Maafkan aku sebab senang aku katakan aku tak pernah menulis di ruangan ini walaupun karya kegemaran aku yang bergenre lucah dan mengghairahkan.

Malam ini aku akan sambung lagi siri-siri di tajuk besar ini. Diharapkan anda semua akan suka membacanya. Aku amat menyenangi kalau korang tinggalkan komen di bawah nanti selepas selesai membaca tulisan-tulisan aku.

Korang tunggu, ya malam ini aku akan tulis penulisan baru .

Jom kita start.... 

Sejak Zafri kali terakhir berjumpa kakak iparnya Marlina tahun lepas atas urusan "pinjaman" itu terus cerita tentang dia hilang begitu sahaja. Abangnya Khairul pun dah lama tak dengar cerita ke mana atau di mana mereka sekarang. 

Sebaik sahaja Zafri memindahkan wang RM5,000 yang diminta Kak Marlina selepas kejadian hampir setahun lalu itu, terus apa sahaja mesej yang Zafri hantar kepada Kak Marlina tidak berjawab. Mesej dan panggilan kepada abangnya Khairul pun tak berbalas.

Zafri jelas berasa ada yang tak sedap dalam hatinya.

"Entah-entah masa tu, Kak Marlina cerita semua apa yang berlaku malam tu dekat Abang Khairul.

"Huhh, mati aku kalau abang aku tu tahu," begitu ligatnya mindanya berfikir.

Saat Zafri berfikir, degupan jantungnya juga laju menjadikan dirinya tak senang duduk.

Zafri masih lagi menjual kasut sukan berjenama antarabangsa seperti biasa secara LIVE di media sosial cuma sesi LIVE yang dibuatnya agak kerap dan dia sudah tak menang tangan untuk uruskan sendiri sesi itu, kalau boleh guna kaki dah lama Zafri menggunakannya juga.

Sebenarnya, hari ini Zafri ada temujanji dengan seseorang. Seorang perempuan yang ingin diambilnya untuk jadi pembantu peribadi. Kalau dalam bahasa inggeris namanya Personal Assistant (PA). Tapi Zafri bukan mencari PA yang biasa-biasa, dia mencari PA yang boleh membantunya dengan LIVE di media sosial dan juga sesekali muncul di depan kamera. Temujanji itu kisahnya untuk interview calon PA itu.

Zafri juga mahu PAnya itu seorang yang manja.

Menyesal sebenarnya ada dalam hati apabila seawal umurnya 20-an Zafri sudah pandai berniaga sampai tak ada masa untuk mencari perempuan untuk dijadikan girlfriend.

HARI ITU KALI PERTAMA DIA BERTEMU AMIRA 

Janji temu ditetapkan dengan wanita bernama Amira itu pada pukul 5 petang selepas waktu pejabat. Menurut Amira, dia bekerja di sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur di shopping mall Sunway Putra.

Jam di tangan Zafri menunjukkan tepat 4.30 petang. Jarak dari Sentul tempat apartment yang didiami Zafri ke Sunway Putra tak lah jauh. Elok dengan memakai kemeja kasual putih dan seluar jeans biru, Zafri memulakan langkah untuk bertemu Amira yang berminat menjadi PAnya itu.

Iklan pencarian PA diletakkan Zafri di media sosial, laju sahaja yang respon. Ramai yang berminat tetapi Amira benar-benar menarik perhatian Zafri.

Mesej-mesej dan perbualan mereka berdua menunjukkan Amira seakan begitu minat dan ingin tahu tentang bagaimana Zafri menjalankan perniagaannya.

Sampai di Sunway Putra hujan lebat. Selepas selesai meletakkan kereta Zafri pun berjalan menuju ke tempat janji pertemuan dengan Amira, di Starbucks.

(Sabar eh dengan gaya penulisan aku)

Dalam jarak kira-kira 10 meter hendak sampai ke lokasi, Zafri dah boleh agak perempuan yang berdiri di depan kedai kopi mahal itu ialah Amira. Memakai baju Blouse Ruffle Trim Button dengan skirt panjang petak hitam putih serta rambut hitam lurus, memang sesuai Amira menjadi seorang PA, tapi nampak macam lebih sesuai untuk di pejabat.

Kisah Kepuasan Dalam Hubungan BersamaWhere stories live. Discover now