Bila Si Kakak Ipar Minta Tolong

16.6K 81 6
                                    

Petang itu hujan lebat, Zafri duduk di rumahnya sebuah apartment dengan konsep studio berehat dan menikmati suasana nyaman dek kerana hujan yang turun. Dia berasa puas hati kerana perniagaan onlinenya menjual kasut-kasut sukan secara langsung di media sosial membuahkan hasil.

Kini, jualannya menjual kasut sukan berjenama antarabangsa mencecah ribuan ringgit hanya dengan membebel beberapa jam di media sosial secara langsung dan orang ramai terus sahaja membeli daripadanya.

Sedang Zafri mengelamun, bunyi telefon bimbitnya mengejutkannya lantas membibitkan rasa malas hendak menjawab panggilan itu.

Dipandangnya pada skrin, Kak Marlina, iaitu kakak iparnya yang berkahwin dengan abangnya Khairul menghubunginya.

"Assalamualaikum, ya akak... Ada apa?" jawab Zafri.

"Waalaikummusslam, awak ada dekat mana Zaf, akak ada benda yang akak nak cakap dan hendak minta tolong," tanya Marlina.

Zafri cuba meneka, perbualan terdiam seketika.

"Hmm.. boleh tak awak datang rumah akak kejap hari ini, sekarang ke? Zaf tengah sibuk ke tu?" ajak Marlina bersungguh-sungguh.

"Baik akak, beri saya dalam 15 minit," kata Zafri lantas mencapai kunci keretanya dan terus keluar dari rumah. 

Rumah Zafri dan Marlina tidak jauh, Marlina juga yang membantu Zafri untuk mencari rumah sewanya itu kerana ketika mula-mula berkahwin, pasangan Marlina dan Khairul menetap di sana dan Zafri ingin mencuba-cuba tinggal di ibu kota.

Selepas merisik-risik, Marlina dapat menemui rumah berkenaan yang agak berpatutan sewanya tapi mereka tinggal di bangunan yang berbeza. Zafri tinggal di apartment tapi Marlina tinggal di kawasan rumah teres.

Tanpa bersiap-siap sangat, Zafri datang hanya dengan memakai seluar jeans dan baju t-shirt kosong sahaja berwarna maroon.

Setibanya di rumah Marlina, Zafri pun masuk selepas dijemput oleh kakak iparnya itu ke dalam rumah.

Zafri segera tahu bahawa abangnya Khairul tidak ada di rumah pada masa itu.

"Kasihan awak basah, duduklah dulu Zaf, akak ambilkan tuala," kata Marlina melihat adik iparnya itu basah selepas dibasahi hujan lebat selepas keluar dari keretanya berlari ke rumah Marlina.

Abangnya Khairul Tiada Di Rumah

Zafri hanya diam dan memerhatikan keadaan sekeliling.

"Nahh, akak buatkan awak Nescafe O panas," kata Marlina lantas duduk di sebelah Zafri di atas sofa panjang di depan televisyen.

"Abang mana akak?" tanya Zafri seakan tidak selesa datang ke rumah pasangan itu tetapi abang kandungnya itu tidak ada di rumah.

"Abang Khairul kamu baru sahaja keluar dia ke Johor Bahru, ada meeting dan konvensyen dekat sana tiga hari," jawab Marlina.

Zafri menelan air liur.

Marlina sebenarnya seorang wanita yang masih cantik walaupun sudah hampir 10 tahun berkahwin dengan Khairul, kulitnya cerah dan bentuk badannya ramping dan menawan. Paling menonjol ialah buah dada kakak iparnya itu yang cantik.

Sebagai lelaki yang meningkat matang dan bujang serta baru berusia 25 tahun, Zafri membohong dirinya sendiri andai dia tidak pernah sesekali mencuri pandang bonjolan buah dada Marlina sesekali mereka bertemu jika mereka sekeluarga berkumpul di rumah keluarga Zafri dan Khairul di kampung.

Jantung Mula Berdebar, Zafri Mula Rasa Lain Macam

Seraya itu, jantung Zafri mula berdegup kencang dan air Nescafe O yang panas itu pun tak mampu hendak menyamankan badannya yang sudah mula hangat.

Kisah Kepuasan Dalam Hubungan BersamaWhere stories live. Discover now