𝟏𝟎

92 40 46
                                    

D-dia cium aku?


Kenapa?


Kenapa dia buat aku macam ni?


Dia cium aku sebab dia anggap aku murah ke?


Tiba-tiba, air mataku jatuh lagi sekali. Tak sangka, aku memang murah.


Mengapa aku lemah sangat? Aku lemah untuk menolak ciuman si dia.


Bagi aku ciuman dia sangat lain daripada lelaki lain. Ciuman yang mengejut tapi secara lembut.


Dapat ku rasakan lidahnya yang manis meneroka bibirku.


Aku tahu aku bodoh kerana hanya membiarkan dia buat sebegini kepada diriku.


Tetapi, aku terbuai dengan ciuman lembutnya.


Tidak lama kemudian, ciuman di bibir kami dileraikan. Namjoon mengelap bibirku yang basah itu.


"How? Feel better?" Dia bertanya kepada diriku.


"Namjoon, ke-kenapa kau cium aku?"


"Sebab aku nak tenangkan kau, sayang." Dia mengucup bibirku sekilas.


"Macam tu kau kata kau nak tenangkan aku?" 


Aku tak tahu mengapa aku berkata sebegini, sedangkan aku sendiri menikmati ciuman lelaki itu sebentar tadi. 


"Kau tak rasa tenang dengan ciuman yang aku beri tadi?" 


Aku tidak menjawab. 


Sejujurnya, aku rasa amat tenang.


"Ataupun, kau nak lebih?" Namjoon berbisik pada telingaku.


Amat dekat. 


Dan ia mampu membuatkan hati aku dugeun dugeun. Silap-silap, Namjoon sendiri boleh dengar. 


"Namjoon, kau anggap aku ni gadis murahan ke?" Mataku memandang tepat ke arah anak matanya.


"Eh, Aerin. Sejak bila aku cakap macam tu, sayang? Aku tak anggap kau begitu pun." 


"Habis, mengapa kau perlu cium aku?" 


Hatiku masih keliru. Adakah ciuman tadi ikhlas lahir dari hatinya ataupun dia menganggap aku ini seperti perempuan murah?


"S-sayang, aku dah cakap kan? Ciuman tadi untuk menenangkan kau. Jangan salah faham, Aerin." 


Dia cuba lagi meyakinkanku.


"Kau percaya aku kan, sayang?"


Entah mengapa, hati aku mudah percaya akan kata-katanya.


Aerin, tolong jangan jadi bodoh.


Kau mudah sangat percaya kepada lelaki kenapa?


Aku tak nak pisang berbuah dua kali.


Tapi, aku yakin. Lelaki yang sedang merenung aku di hadapan sekarang ini adalah seorang lelaki yang berhati mulia.


Aku


Aku percayakan dia.



『𝐂』him | knjWhere stories live. Discover now