𝟏𝟑

81 39 16
                                    

"Kalau aku tunjuk dekat kau apa yang ada dalam bilik tu, kau masih percayakan aku?"


"M-mestilah. Kau kan dah selamatkan nyawa aku."


Tanpa teragak-agak aku menjawab pertanyaan Namjoon.


"Kau pasti?" Tanya lelaki itu lagi.


Aku hanya mengangguk laju.


"Tapi, aku tak percayakan kau sayang."


Ha sudah, lelaki ini memang minta penampar aku sahaja.


"Mengapa pula kau tidak percaya pada aku?" Aku bertanya kepada dirinya.


"Aku tak yakin kau mampu untuk tutup mulut kau selepas sahaja kau lari dari sini." 


"A-aku janji aku akan tutup mulut aku dan aku takkan tinggalkan tempat ni." Yakin aku berkata.


"Kau mungkir janji dan benda yang buruk bakal berlaku pada kau, sayang." Namjoon memandangku tajam sambil meraup rambutnya yang kelihatan messy itu ke belakang.


Aku menelan air liurku. Gerun dengan ugutan yang diberinya.


"B-baik."


"Tunjukkan apa yang ada di dalam bilik itu sekarang." Aku menyambung percakapanku.


"Hahahaha..." Namjoon tergelak sinis sambil memandang ke arahku.


Mengapa lelaki ini gelak? Dia sudah gila ke? Ataupun, dia tipu kepadaku?


"Sayang, sekarang ni waktu pagi. Tak ada feeling. Kita tunggu malam. Baru aku tunjuk kepada kau." Ujar Namjoon dengan suara yang misteri.


Lelaki ini suka sungguh berteka-teki denganku. Apa masalahnya dengan pagi dan malam? Sama sahaja bagiku.


"Kenapa kena tunggu sehingga malam?"


"Sayang, ikut sahaja apa yang aku kata. Ini rumah aku, jadi cara aku. Get it?" 


Aku hanya mengangguk perlahan dan kembali menyuap nasi goreng kampung yang dimasak oleh Namjoon sebentar tadi.


Namjoon's pov


Jangan menyesal sayang lepas kau dapat tahu apa yang terdapat dalam bilik yang bagi kau kelihatan misteri itu.


Dan aku memang takkan pernah yakin dengan janji manusia.


Sebab aku tahu, kau pasti juga akan tinggalkan ku.


Sama seperti wanita lain.

『𝐂』him | knjWhere stories live. Discover now