BAB 23

235 4 0
                                    

Kereta diberhentikan di hadapan butik Gdrance.

" eihh kenapa singgah sini ? bukan ke awak kata harini saya tak payah pergi butik lagipun saya dah ambik cuti tau tak ? "

" aku tak suruh kau datang sebagai pemilik Gdrance harini, aku bawak kau datang sebagai pelanggan dan tengok cara pekerja kau bekerja " ujar Farhan seraya membuka tali pinggang keledar dan masuk ke dalam butik.

Ameena terpinga - pinga. Dia keluar dan mengikuti langkah Farhan yang masuk ke butiknya itu.

" ehh cik Ameena !! " sapa Dewi yang sedang melakukan kerjanya.

" cik buat apa kat sini ? bukan ke cik cuti harini ? " sambungnya lagi

" dia datang nak pilih baju " selamba Farhan tolong jawapkan.

Dewi dan keseluruhan pekerjanya melopong.

" seriously? sampai hati tak bagitahu kami pun eaa " ujar salah seorang daripada pekerjanya.

" kami nak pilih baju ni. Layan macam pelanggan ea " ujar Farhan lagi seraya mengambil tempat di kerusi yang disediakan.

Ameena hanya mengikuti jejak Farhan dan mengambil tempat di sebelah Farhan.

Dewi datang dan menyerahkan catalogue  design dan tema yang terdapat di butik itu.

" kejap ea, sekejap lagi kami panggil " ujar Ameena meminta privacy .

" awak, saya nak cakap benda ni "

" nak cakap apa ? "

" pasal.... erm, pasal.... pasal wali "

" ha kenapa ? "

" tak ada la, saya tak berani nak jumpa daddy je "

" mama cakap kau nak minta pak ngah kau jadi wali ? "

" ye la memang la tapi saya risau kalau pak ngah saya tak ada kat Malaysia ke ? "

" dah tu cari la "

Melihat reaksi Ameena yang diam dan menunduk, dia faham yang Ameena masih takut.

" tak apa, kau kasi number phone pak ngah kau tu. Biar aku call "

Ameena masih diam.

" awak dah fikir sehabis baik ke nak kahwin dengan saya ? "

" stop it Ameena. Aku tak suka kau tanya benda yang sama berkali - kali. Bila aku buat keputusan, aku dah fikir sehabis baik "

" sekarang kita settle satu - satu. Tetap tarikh nikah dengan sanding lepastu baru settlekan kes wali ngan hantaran semua " sambung Farhan lagi.

" ermm.......kalau awak tak kisah saya rasa kita nikah 3/6 ni. Hari jadi Aryan " ujar Ameena gembira.

" ha ok jugak.... majlis sanding kita buat 10/6 " Farhan memberi cadangan.

" ha ok settle tarikh kahwin.... cepat cari baju " ujar Farhan lalu menyelak catalogue yang diberikan oleh Dewi tadi.

" awak... kalau nak pilih baju kena ada tema tau "

" aku tak tahu benda macam tu. Kau jela set tema ni "

" ermm kalau macam tu saya rasa kita ambil tema melayu moden untuk nikah dan flower garden untuk sanding "

" ha ok la tu "

" ok sekarang kita kena pilih colour "

" nikah kan warna putih la " laju je Farhan menegaskan.

" eihh tak semestinya awak sebab boleh je selain daripada putih "

" ok kalau macam tu aku nak nikah warna putih, bersanding warna hitam ha " Ameena kerut dahi.

' dia ni nak ajak aku kahwin ke nak pergi majlis orang mati ni ' desis hati Ameena.

" eihh awak, mana sesuai warna hitam "

" ala kita buat malam berinai. Aku nak hitam jadi tema malam tu. Majlis tu pulak malam kita bersanding "

Ameena mengiyakan je la apa yang Farhan nak tu. Cerewet mengalahkan perempuan nokk.

" ha kalau macam tu tema kahwin ni kita pilih colour baby blue awak ok tak ? nampak la ayu sikit saya ni "

" ha ikut suka kau la "

" ok settle colour, kita nak tengok design apa yang sesuai. Kita start dengan baju nikah la ye. Biar saya pilih dulu lepastu awak bagi opinion "

" ha pergi la "

Ameena bertukar - tukar pelbagai design baju namun reaksi Farhan hanya menggeleng. Dan baju kebaya moden berwarna putih ini adalah design yang terakhir untuk koleksi melayu moden di butik itu.

" ha ok tak yang ni ? " Ameena bertanya seraya berpusing - pusing di hadapan Farhan.

" ha ambik yang ni "

Ameena tayang thumbs up . Lega dia bila selesai jugak pemilihan baju nikah.

" awak pergi la tukar baju. Ni baju awak nah " ujarnya seraya menyerahkan baju melayu itu kepada Farhan.

" tak payah, aku ok lagipun kalau aku pakai kat sini mesti harini jugak kau ajak aku kahwin "

Ameena tayang muka toya.

" dah, pergi tukar baju sanding pulak " arah Farhan.

" haih penat la awak. Saya suruh awak tukar baju sebab nak rehat kejap "

" ha kalau macam tu esok lusa je la pilih baju sanding. Jom pergi mall cari cincin "

" ermm tak nak la. Kasi saya rehat dalam 5 minit lepastu kita pilih baju sanding lepastu baru pergi cari cincin ha. Senang sikit, tak ada la nak ulang - alik "

Farhan mengangguk bersetuju.

10 minit juga la dia terpaksa tenung muka penat sangat Ameena tu.

" awak, ni okay cuma macam ketat je saya rasa la " ujar Ameena keluar dengan sebuah dress yang agak menampakkan tubuh kecilnya.

Farhan telan air liur.

" tukar sekarang "

Ameena keluar lagi dengan baju dress yang lain, yang lebih longgar.

" yang ni aku tak suka. Nampak menggelebeh kau tau ? tukar jugak "

Akhirnya selepas hampir 7 pasang dress yang dicuba, Farhan bersetuju dengan dress berwarna baby blue yang agak terletak elok di tubuh kecil Ameena.

Mereka keluar daripada butik setelah selesai proses pemilihan baju. Farhan selamba tayang card, membayar deposit di butik Ameena.

Walaupun dia dan Ameena yang berkahwin tetapi baju Ameena tetap perlu dibayar. Kalau tak habis la rugi, ingat bos free ke ? pooo da.

Farhan memandu kereta menuju ke Berlian Time square . Ameena yang sedang ralit membetulkan tudung dipandang.

" kau call pak ngah kau tu sekarang "

Ameena terpinga - pinga. Dengan tudungnya yang tak memberi kerjasama selepas dipakai semula memang membuatkan dia tiada mood.

" aku suruh kau call pak ngah kau tu ajak jumpa dekat Berlian Time square je "

" ada ke pak ngah dekat Malaysia ? "

" haih ada, kau send je location sekarang. Tadi aku ada call cakap nak jumpa tapi tak set la tempat dekat mana so sekarang kau call cakap nak jumpa dekat Berlian Time square "

Ameena mengeluarkan telefon pintar miliknya dan nombor telefon pak ngahnya didail.

" Ameena ke tu ? " kedengaran suara Engku Ameen ketika panggilan bersambung.

" ye pak ngah. Ameena nak jumpa pakngah di Berlian Time square boleh ? "

" ouh boleh boleh. Tadi pun Farhan ada telefon pak ngah ha jumpa kat sana. Nanti apa - apa pak ngah telefon kamu ye " ujar Engku Ameen sebelum mematikan talian.

Isteri Farhan HaidiqWhere stories live. Discover now