BAB 28

192 4 0
                                    

" aku nikahkan engkau, Tuan Farhan Haidiq bin Tuan Farihin dengan Engku Ameena Suraya binti Engku Ameer berwalikan aku dengan mas kahwinnya 3 ribu ringgit tunai "

" aku terima nikahnya Engku Ameena Suraya binti Engku Ameer dengan mas kahwinnya 3 ribu ringgit tunai "

" sah ? "

Kedua - dua saksi mengangguk.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Ameena telah bergelar seorang isteri kepada Tuan Farhan Haidiq bin Tuan Farihin.

" meena, kasi la jari. Han nak sarung cincin tu " Puan Fazilah menegur.

Jari dihulurkan. Cincin pemberian Puan Fazilah selamat disarungkan ke jari manis milik Ameena.

Mereka mengabadikan hari bahagia dengan pelbagai gaya.

----------------------------------

Selesai majlis ijab dan kabul tadi, Ameena terus berkurung di dalam bilik. Majlis hanya diadakan secara kecil - kecilan di rumah agam milik Tuan Farihin.

Ameena yang sedang termenung dipandang Farhan." kau kenapa ni ? fikir pasal tadi ke ? " tanyanya prihatin.

Ameena hanya diam sambil memandang mata bundar milik Farhan.

*flashback

Ameena yang selamat bergelar isteri Farhan dipeluk Puan Nazeera. " tahniah anak sedara makngah ! dah besar dah Ameena ni " ujar Puan Nazeera gembira.

Kehadiran Engku Ahmad mematikan senyuman Ameena. Dia takut. Farhan yang berada di sisi nya dipandang.

" maafkan atok ye Ameena sayang. Atok tak ada masa Meena perlukan atok tapi kenapa Ameena taknak balik ? balik la sayang. Atok rindu Ameena " lirih Engku Ahmad bersuara. Sungguh dia amat rindu akan Ameena.

Ameena diam. Cuba menahan air mata daripada jatuh. " atok, Ameena pun rindu atok tapi Ameena tak boleh balik sekarang. Ameena takut lagipun Ameena dah malukan keluarga " tutur Ameena sebak sambil memeluk Engku Ahmad.

Engku Ameen dan Puan Nazeera hanya tersenyum. Masih rasa bersalah kerana memberitahu Engku Ahmad namun mereka rasa bahagia melihat Engku Ahmad dapat berjumpa dengan Ameena, cucu yang sentiasa dia nantikan.

" tak apa. Ambil la masa yang Ameena nak tapi ingat atok ada dengan Ameena ye sayang. Atok tak suka tengok Ameena nangis - nangis ye " ujarnya seraya memegang pipi mulus milik Ameena.

Farhan yang hanya melihat adegan tak berbayar dipeluk Engku Ahmad. " Tahniah ! atok harap kamu dapat jaga cucu atok dengan baik. Dia perempuan yang baik layak untuk lelaki yang baik seperti kamu. Tapi kalau satu masa nanti kamu dah tak sayangkan dia, atau kamu dah bencikan dia, tolong jangan beritahu dia tapi beritahu atok. Atok akan bawa dia pergi jauh daripada hidup kamu. Atok tak nak hilang dia buat kali kedua " sebak Engku Ahmad berkata - kata.

Mereka bersalam - salaman sebelum Engku Ahmad, Engku Ameen dan Puan Nazeera meminta diri untuk pulang.

*end flashback

" aku tahu la kau sedih tapi dah la tu. Kau kata Aryan tak suka tengok kau nangis, what if dia masuk and tengok kau nangis ? " ujar Farhan seraya memujuk. Air mata yang mengalir di pipi putih mulus Ameena disekanya menggunakan tapak tangan.

" saya.... saya hikss saya rindu sangat dekat atok hikssss dekat mommy dan daddy hiksss " Ameena menangis seperti budak - budak.

" shhhhh, aku tahu. Dah la tu ok ? " Ameena yang menangis, dia peluk. Habis baju nikahnya lenjun dengan air mata Ameena.

Apa benda la perempuan ni. Orang lain nikah happy je yang dia nikah dah macam berkabung. Gumam Farhan.

" ok la saya nak pergi cuci muka. Nanti habis breakout muka saya " Ameena bangun membuka segala jarum yang digunakan untuk menggayakan tudung shawlnya.

Skincare nya yang berada di dalam beg dikeluarkan dan dia memasuki toilet untuk mencuci mukanya. Rimas untuk berlama - lama dengan make-up di muka.

Memandangkan bilik ini ialah bilik tetamu yang memang dia duduki sejak menumpang jadi dia sudah arif tentang susun atur bilik ini.

Farhan hanya mengerutkan dahi. 'siyes la perempuan ni ? bapak cengeng siaa' desisnya.
Baju melayu dia tanggalkan lalu baju t-shirt berwarna putih dia sarungkan ke badan. Dia melelapkan mata sementara menunggu azan asar.

-------------------------------

" awak, awak..... Farhan " Ameena menggerakkan Farhan yang terlelap. Tidur ke mati ni yaallah. Desis hatinya.

Farhan menguap. ' weyhh siapa siakk perempuan ni ? ha ape semua ni ? ' Farhan gelabah.

" eihh awak ni kenapa ? saya gerak awak suruh bangun solat asar. Saya nak tolong mama awak kat luar tu kejap " Ameena menerangkan.

' ouhhh ya aku dah kahwin la mat ape masalah kau ? ' desis hati Farhan. Langkah kaki diatur menuju ke dalam toilet untuk mengambil wudhuk dan menunaikan kewajipan sebagai hamba.

Ameena menggeleng. Pintu dibuka dan dia mencari kelibat ibu mertuanya, Puan Fazilah.

" ceihhh pengantin baru !! awal keluar ? ingat malam karang keluar " Fahmy menyakat.

" eihh tak la, ingatkan esok pagi " sambung Faiq pula.

" amboiiii suka sangat ye menyakat kakak ipar tu kenapa ? " laju saja tangan Puan Fazilah menarik telinga dua anak terunanya itu.

" mama adoiii ma sakit la ma " Faiq mengerang sakit dengan cubitan ibunya.

Kehadiran Tuan Farihin yang mendukung Aryan menghentikan adegan ibu dan anak - anaknya.

Aryan yang memakai t-shirt putih dan seluar jeans skinny diambil Ameena.
Habis pipinya dicium Ameena.

" kamu nak ke mana Ameena ? " tanya Tuan Farihin.

" ouhh nak ke dapur la. Tengok apa - apa kerja yang boleh tolong hehe " Ameena jujur.

" ehhh tak payah nak sibuk buat kerja apa pun. Pergi duduk diam - diam " Puan Fazilah pula menyampuk.

" ha itu la kaklong, sibuk sangat nak jadi rajin " ujar Farisya yang kebetulan terdengar perbualan ibu dan kakak iparnya.

" lebih baik rajin daripada malas macam kau booooo pemalas ! adik pemalas ! adik pemalas ! " Fahmy memerli.

Farisya membuat muka. Menyampah dengan abangnya yang annoying nak mampus. ' hai saya nak letgo abang paling tak guna ha mur mur je ni nahh la kalau tak ada duit, ambik je la free saya sedekah ' desisnya geram.

Farhan yang baru keluar daripada bilik mendekati Ameena. Aryan yang berada dalam pelukan Ameena dirampas.

" jom makan, lapar " kaki dihayun menuju ke dapur.

Ameena tayang muka tak puas hati tetapi kaki tetap juga dihayun mengikuti langkah Farhan ke dapur.

" awak nak makan apa ? lauk tadi dah habes " Ameena prihatin melayan suami. isteri solehah kan shshshsh

" buat air je la " Farhan jawap acuh tak acuh sambil bermain dengan Aryan.

Ameena menghulurkan air milo yang dibancuh kepada Farhan. Aryan yang sedang bermain dengan Farhan diusik.

" euwww mommy !! mommy.... mom..hahahah.mommy " Aryan kegelian apabila Ameena menggigit - gigit bahu kecilnya.

" anak je ke gigit ? bapak dia taknak gigit ? " Farhan tayang muka gatal.

Ameena membuat muka seraya membawa Aryan ke depan dan meninggalkan Farhan.

Farhan berdecit. " hurmm sikit pun tak boleh ke " desisnya seraya menghabiskan air milo buatan isteri kesayangannya.

Isteri Farhan HaidiqWhere stories live. Discover now