0.2

446 131 113
                                    

"Maya!"

Maya tersentak apabila cikgu matematik menjerit memanggil namanya. Dia segera berdiri, "y-ya cikgu?" tergagap dia menjawab panggilan gurunya. Dah lah guru lelaki, garang pula tu.

"Awak dah kenapa jawab soalan math tapi jawapan sains? Awak tak faham soalan ke macam mana?" Dengan wajah bengis guru itu bertanya kepada Maya.

Semua pelajar menahan tawa. Suara gelak tawa terdengar kuat seperti disebelahnya. Maya memandang ke arah tingkap. Dia sedikit terkejut melihat Asta duduk di atas bingkai tingkap itu dengan relax sekali.

'Kau gelakkan aku Asta? Tu semua salah kau tahu tak?!' Monolog hati Maya. Dia menjegil matanya pada Asta dengan bengang.

"Maya! Saya cakap dengan awak! Awak pandang mana? Siapa yang ada dekat tingkap tu? Putera langit? Putera langit datang selamatkan awak dari kena marah? Saya cakap dengan awak, awak pandang ke luar tingkap pula." Bebel guru itu panjang lebar.

Maya mengeluh perlahan, 'memang pandang Putera langit lah pun.' Desis hatinya.

Asta sudah gelabah, "cikgu tu nampak aku ke macam mana? Risau lah cikgu ni." Dia berjalan ke arah guru lelaki itu. Maya hanya memerhati langkah Asta.

"Maya, jawab soalan saya. Kenapa jawab soalan math macam tu?" soal guru itu lagi.

"S-saya-pftt." Maya menekup mulutnya. Dia menahan gelak melihat Asta buat muka mengejek guru matematik itu.

"Maya!"

"I-iya, s-saya..." Ayat Maya tergantung apabila melihat Asta berbaring dengan santai di atas meja guru. Maya menepuk dahi melihat karenah Asta. Mentang-mentanglah hanya Maya sahaja yang nampak dirinya.

"Awak tepuk dahi pula? Awak ni memang dah melampau. Awak main-main dengan saya? Awak ingat saya main-main ke? Saya nak awak lari 100 pusingan dekat padang sekarang!" Arahnya dengan tegas.

"T-tapi cikgu, saya tak suka berlari, berjalan tak boleh ke?"

"Ada saya kisah? Awak nak saya suruh awak merangkak ke?"

Maya menggeleng laju.

"Pergi sekarang!"

Dengan segera Maya berlari keluar dari kelas.

----

Baru masuk pusingan yang kelima Maya sudah menangis kerana kepenatan. Dalam banyak-banyak acara sukan, acara sukan yang berkaitan dengan larian lah yang paling dia benci.

"Baru lima pusingan, itu pun nak nangis."

"Semua salah kau lah! Magic konon! Yang kena lari aku jugak!" marahnya pada Asta.

"Alah, kau tak nampak ke aku ikut kau lari sekali ni? Kita sama-sama penat, okay?" pujuk Asta.

"Kepala kau! Ee! Aku tak suka lah berlari." Maya berhenti begitu juga Asta.

Maya mengelap air matanya. Dia pasti akan menangis apabila dipaksa melakukan sesuatu yang dia tak suka.

"Kau ni, soft betul." kata Asta.

"Diam lah! Dah lah aku kena marah, rakan sekelas pandang aku pelik, kau pulak buat hal dalam kelas aku! Kau kacau aku dekat rumah dahlah! Kat sekolah pun nak kacau ke?" soal Maya bengang.

"Sorry. Aku bosanlah bila tak ada dengan kau. Macam tak boleh nak berjauh."

"Dahlah. Nasiblah aku memang tak ada kawan sebab orang ingat aku ni pelik. Kalau tak mesti dorang menyampah dengan aku." Maya menyambung lariannya.

Asta memandang Maya dengan pandangan serba salah. Kesian pula dia pada Maya yang terpaksa didenda hanya disebabkan kesalahannya.

"Maya."

"Apa dia?" Maya menoleh dan berhenti berlari.

"Jom main kat langit nak?" soal Asta.

"Boleh ke?" soal Maya yang tiba-tiba berminat.

"Mestilah boleh! Meh sini tangan." Asta mengeluarkan kain dan mengikat kain itu pada tangannya dan tangan Maya.

"Disebabkan kita tak boleh bersentuhan, aku ikat tangan kita. Selagi terikat kain ni dekat tangan kita, kuasa sihir tu takkan hilang. Dah sedia nak terbang?" soal Asta sambil tersenyum manis.

"Nanti cikgu cari aku macam mana?" soal Maya.

"Jangan risau, dorang bukan cari pun." Asta meyakinkan Maya.

Tiba-tiba Maya terasa badannya menjadi ringan. Semakin lama semakin tinggi mereka terbang sehinggalah melepasi awan tebal. Maya menjadi teruja dan tertawa riang. Tiba-tiba dahinya terasa seperti ditiup. Dia memandang Asta dan memegang dahinya sendiri.

"Kau buat apa ni?" soal Maya.

"Bonda aku kata kalau bayi menangis kena tiup dahi, nanti dia berhenti menangis. Bonda aku selalu buat dekat aku macam tu waktu aku bayi."

"Tapi aku tak nangis."

"Tadi kau nangis kan?"

"Tapi aku bukan bayi."

"Nope, You my baby." Asta mengenyit matanya.

Bukan pipi Maya sahaja yang kemerahan, pipinya sendiri yang kemerahan kerana tidak pernah mengenyit mata pada mana-mana perempuan. Maklumlah, Maya sahaja perempuan yang dia pandang setiap hari dari langit.

"Mengarut, mesti amalan ayah pin ni." kata Maya tiba-tiba.

"Eh memanglah, atuk aku tu." jawab Asta dengan tenang.

Maya tertawa kuat. "Biar betul? Ayah pin tu duduk bumi lah! Pasal langit tu rekaan dan bahan lawak bagi manusia je!"

"Tapi nama atuk aku Arippin. Semua orang panggil dia ayahanda pin. Tapi aku singkatkan jadi Ayah pin." Asta menerangkan pada Maya dengan muka yang sangat innocent.

"Apa-apa jelah, kau tak nak bawak aku pergi tengok kerajaan kau ke?" soal Maya sambil bermain dengan awan.

"Tak boleh, manusia dilarang datang ke sana nanti kena bunuh. Aku tak nak bayi aku dibunuh." Asta menggeleng perlahan.

"Yela..."

Mereka berdua bermain dengan burung dan melompat-lompat di atas awan dengan riang seperti kanak-kanak kecil. Inilah pengalaman yang tak pernah dilalui oleh semua orang tetapi dilalui oleh Maya Alora.

Wajah Asta ditatap dari bahagian sisi, kacak yang tidak terkata. Rambuthya putih, kulitnya putih, bulu matanya putih dan mempunyai mata berwarna putih susu dan kelabu.

Maya terfikir, kalau mereka berdua saling cinta sekalipun...boleh ke mereka menjalin hubungan bersama?


6:05 , 27/7/21

Bab 2 yang merapu 😭👍🏻

Asta : The Lost Star ✔︎Where stories live. Discover now