E P I L O G

504 135 153
                                    

Beberapa hari sudah berlalu, Asta masih lagi setia berada disamping Maya. Tidak pernah dia tinggalkan Maya walau sekejap kecuali jika Maya mahu ke tandas lah ya. Takkan sampai dalam bilik air pun dia nak ikut.

Mereka berdua berada di atas atap seperti biasa melihat bintang. Tiba-tiba mereka berdua melihat cahaya jatuh dari langit seperti tahi bintang.

"Wah! Jom buat permintaan!" Maya memandang wajah Asta dengan teruja. Tetapi wajah Asta jelas berubah serius secara tiba-tiba.

"Tu bukan tahi bintang. Kejap, tunggu sini tau!" Pesan Asta. Dia terus terbang dengan pantas ke arah cahaya yang jatuh disana. Jauh dari tempat mereka duduk.

Sekelip mata sahaja Asta sudah tiba di tempat itu. "Emrys? Kau buat apa turun ke bumi? Nanti dah tak boleh naik ke langit macam mana?" soal Asta kepada adik bongsunya yang bernama Cullen Emrys.

Emrys dengan wajah beku menjawab, "Bonda suruh aku turun ke bumi untuk panggil kau pulang. Kerajaan mana pula yang kata kau tak boleh pulang ke langit semula? Kau salah langit ke? Kau terpengaruh ajaran sesat lagi? Memandai kata tak boleh balik. Engkau yang tak nak balik." bebel adiknya itu.

Asta tersengih. "Tapi...kan ayahanda dah kata, kalau aku pulang semula ke langit...aku takkan dapat turun semula."

"Siapa suruh buat ayahanda murka, sudah dibantah supaya tidak turun ke bumi, turun juga! Ada apa sangat dekat bumi ni? Biasa je aku tengok. Aku turun ke bumi sebab mengikut arahan bukan kehendak."

"Itu apa yang kau nampak, tapi apa yang aku lihat adalah seorang gadis cantik yang selalu merenung ke arah aku setiap malam." Asta tersenyum berangan.

"Cantik sangat ke? Cuba bawa aku pergi tengok gadis tu."

"Cantik! Jom ikut." Asta terus terbang kembali ke rumah Maya dan diikuti oleh Emrys.

Maya memandang Asta dan Emrys.

"Ni siapa?" soal Maya.

"Ni adik aku, nama dia Cullen Emrys. Panggil je Emrys." Asta memperkenalkan adiknya. Emrys hanya beriak dingin.

"Hodoh je aku tengok." kata Emrys dengan selamba.

"Eh?" Maya menjadi blur, dia menunjuk mukanya sendiri dan memandang Asta dengan wajah pelik.

"Berani kau kata dia tak cantik?! Aku sumbat cili dalam mulut kau baru tahu!" ugut Asta pada adiknya.

Emrys hanya menujukkan riak kosong.

"Kau betul ke tak nak pulang ke langit?" soal Emrys.

"Bukan dia tak boleh pulang dah ke?" Sampuk Maya.

"Boleh je. Dia yang sesat." perli Emrys dan menjeling Asta. Asta menjeling kembali.

"Ha kalau boleh balik, baguslah tu. Mesti bonda kau rindukan kau."

"Kau memang nak aku balik ke Maya?" soal Asta. Dia menunjukkan riaksi sedih.

"Bukan macam tu, tapi bonda kau mesti risaukan kau juga." jawab Maya.

"Hm, yelah...tapi..." Asta memandang Emrys.

"Esok aku balik. Aku nak luangkan masa dengan Maya malam ni. Boleh?" soal Asta pada Emrys.

"Balik eh esok. Aku balik dulu." Sekelip mata sahaja Emrys hilang dari pandangan mereka berdua.

------

Emrys tiba sahaja di istana, terus matanya bersinar dan berlari ke arah bondanya.

"Bonda!"

Asta : The Lost Star ✔︎Where stories live. Discover now