SD | 39

813 86 33
                                    

Dont be silent readers

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

Dont be silent readers.
:)

Tepat jam 9 malam. Jungkook parking keretanya hadapan syarikatnya sendiri. Agak berjauhan , lebih jelas lagi boleh menampakkan dari tingkat bawah sampai tingkat atas dalam satu pandangan.

"Kita buat apa dekat sini?"
Soal Hana.

Jungkook malah mendiamkan diri. Dia sekadar senyum pada sang isteri. Gadis itu masih terpinga-pinga dengan karenah Jungkook. Dia masih tidak jawab soalan yang di ajukan oleh Hana.

Jungkook membuka telefon bimbitnya dan tertera nama seorang gadis . Hana yang perasan keadaan tersebut mula membuat muka. Rasa geram dan cemburu dengan sikap Jungkook yang masih melayan gadis lain selain dia.

Walaupun hanyalah suami sementara. Tapi, bagi Hana kalau sudah milik dia akan tetap jadi miliknya. Walaupun mereka hanya sementara. Senang cerita dia taknak Jungkook jatuh ke hak orang lain.

"Okay mulakan."
Ujar Jungkook dan serta merta panggilan dimatikan.

Tiba-tiba bangunan syarikat Jungkook itu mengeluarkan cahaya lampu yang sangat cantik dan berwarna warni. Kertas-kertas juga turut dikelilingi dengan lampu. Tulisan pada bangunan tersebut memaparkan ayat yang membuatkan Hana tergagam.

'I love you, Jung Hana.'

Gadis itu tekup mulut menggunakan tangannya seraya memandang sang suami yang sudah tersengih dan tersenyum manis. Hana terus memeluk Jungkook .

"Apa semua nie. "

"Sudah tahu jangan tanya, sayang. I love you darling. Jangan tinggalkan saya, please. Saya nak kita kekal selamanya dan buang tentang suami kontrak dan sebagainya itu. Saya betul-betul sayang dan cintakan awak. Ye, saya bukan suami yang terbaik.

Tapi, saya akan usaha jadi seorang yang mampu membahagiakan awak. Saya takkan kecewakan orang yang saya sayang seperti awak, Jeon Hana. Tolong, terima saya sebagai suami awak buat selamanya."

Luahan Jungkook membuatkan gadis itu speechless , tidak mampu hendak berkata . Terlalu bahagia selepas mendengar kata-kata daripada sang suami. Pelukkan semakin dieratkan.

"Terima kasih sebab meluahkan cinta awak dekat saya. Dan terima kasih juga sebab terima saya dalam hidup awak. Terima kasih sebab selalu buat saya tersenyum dan buat saya jatuh cinta dengan lelaki bernama Jeon Jungkook."
Air mata Hana terjatuh saat mengatakan ayat-ayat tersebut.

Jungkook memeluk isterinya. Diusap -usap kepala Hana lalu dikecup lembut dahi gadis itu. Sungguh dia bahagia sangat saat nie. Semua nie waktu yang ditunggu-tunggu. Meluahkan rasa hati dan perasaan pada gadis bernama Jung Hana.

"Sayang cuba tengok tu."
Gadis itu pandang ke atas.

Tampak dua buah helikopter yang menayangkan sekeping banner yang tertulis satu ayat manis.

'I will love you till my last breathe.'

Sekali lagi Hana terasa sangat terharu.

Tidak cukup dengan itu. Bunyi percikan bunga api menambahkan lagi suasana yang romantis itu. Jungkook mengajak Hana duduk di atas bangku. Kepala gadis itu diletakkan dibahunya tatkala lengan dililitkan pada pinggang kecil Hana.

"Thank you untuk semua nie, Kook."
Ujar Hana.

"Most welcome, darling. Saat nie akan jadi memori terindah untuk saya."
Jungkook menghadap sang isteri.

Dia mencium lembut bibir manis Hana. Mata di pejamkan merasakan sentuhan daripada pasangan tercinta. Jungkook usap pipi Hana .

"I really love you, sayang."

"I love you too."

Bunyi percikan bunga api di langit menaikkan suasana menjadi semakin romantis. Semua orang di dalam bangunan tersebut bersorak gembira selepas rancangan mereka berjaya. Penduduk di kawasan tersebut turut menumpang bahagia.

||

Jimin merenung wajah Liya. Pelbagai persoalan yang ingin dia ungkapkan. Namun, hatinya terasa berat ingin mengatakannya.

"Liya, kau memang dah takde hati dekat aku ke?"
Soal Jimin tiba-tiba.

"Jimin. Kita dah lama sangat berpisah. Bukan ke kita dah janji taknak bahas tentang nie lagi? Aku dah move on. Kita sama -sama buka buku baru dan cari pasangan yang betul-betul terbaik untuk kau dan aku. Kita jadi kawan seperti biasa. Tanpa apa-apa ikatan dan perasaan yang special."

Ayat Liya sungguh membuatkan Jimin patah hati, kecewa. Sudah masuk 4 tahun dia memasang harapan untuk gadis itu jadi miliknya semula. Selepas pemergian keluarga Hana. Mereka berpisah sebab Liya rasa bersalah.

"Aku tak boleh lupakan gadis bernama Liya."
Ujar Jimin masih memujuk gadis dihadapannya itu.

"Aku pula dah ada seseorang yang sesuai untuk aku. Kau cubalah terima Lina. Dia suka sangat dekat kau sejak zaman sekolah rendah. Lina kenal kau jauh lebih lama daripada aku. We are not allowed to be together, Jimin. Sorry."
Liya terus beredar dari situ.

Jimin mendiamkan diri, tidak berkata apa-apa.

"Aku keliru dengan perasaan sendiri."

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JUNGKOOK

✔『 ꜱᴜɢᴀʀ ᴅᴀᴅᴅʏ 』Onde as histórias ganham vida. Descobre agora