8

61 29 1
                                    

Katamu; kita sahabat,
kerana kita berjabat.

Katamu,
Aku tak mahu ambil tahu,
Kerana itu aku membisu.
Bukan aku tak mahu,
Tapi aku tak tahu.

Katamu,
Aku tak mahu ikut sama,
Kerana itu aku tak ada.
Bukan aku tak mahu,
Tapi aku tak tahu.

Sekali lagi..

Bukan aku tak mahu,
Tapi aku tak tahu.

Kamu hendak tahu apakah kataku?

Kataku; kita sahabat,
Kerana kamu orang hebat.

Kataku,
Kamu ada di sisi,
dan tak bergerak walau seinci.
Setelah dapat yang diingini,
kamu sirna dari sini.

Hendak aku cari,
Tapi kamu memilih lari.

Kataku,
Lidahmu berkata itu dan ini,
habis semua kau pukul rata.
Setelah aku dekati,
kamu diam tak berkata.

Hendak aku soal,
Tapi aku yang disoal.

Kukira,
kita selamanya sahabatan.

Oh, rupanya..
aku cuma sendirian.

—04:09, 200823.

Atma JiwaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz