9

63 30 1
                                    

Aku tak secantik dia,
juga tak sepandai dia,
Namun aku sentiasa berharap,
yang aku boleh jadi yang bermanfaat.

Aku tak mahu putus asa,
kerana aku masih berusaha.
Tanpa henti hingga bakti,
supaya aku tenang bila mati.

Tapi aku tak lupa,
banyak mulut berbunyi,
juga mata memerhati,
Buat aku diam tak berbunyi,
dan tunduk berhati-hati.

Hakikatnya,
Dari mereka tak ada yang endah,
dengan diriku yang lemah.
Buat aku susah dan penat,
hingga yang pahit jadi perit.

—15:15, 200823.

Atma JiwaWhere stories live. Discover now