Puji

531 29 0
                                    

12 Tahun yang lalu,

"AAAA!! SAKIT HIDUNG!!" Dalia menjerit dengan kuat apabila ibunya dengan kejam sekali menolaknya dan memaksanya untuk mandi didalam bathub itu.

"AKU KATA MANDI, MANDILAH! EEI BODOH BETULLAH!" Ibu Dalia, Maya akhirnya melepaskan Dalia. Dia keluar daripada bilik air tersebut. Akhirnya. Dalia bukannya taknak mandi, tapi ibunya asyik tolak dia kedalam sampai dia rasa nak lemas.

Dalia menggenggam bathub itu erat lalu bangun dan mengelap mukanya dengan tangannya sendiri. Air matanya mengalir tetapi dia tidak menangis kuat. Nanti ibunya mengamuk.

Dalia mahu keluar dari bathub itu tetapi ibunya datang semula dengan satu pisau sayur yang kecil. Dia jalan kearah Dalia dan terus menikam perut Dalia.

"Kau taknak mandi sangat, kan? Kan?"

"Ahh~" Dalia tahu dia tak boleh nak meraung. Dia menggenggam perutnya kuat kerana sakitnya tak tertanggung. Air matanya terus mengalir tak berhenti.

"Tahu sakit, kan? Kan?"

"JANGANLAH BUNUH SAYA!!" Dalia yang tak tahan menolak Maya dengan kasar sehingga dia terjatuh dengan kepala terhantuk pada bucu sinki. Berlari Dalia keluar dari bathub itu menuju ke tingkat bawah. Dia sempat mengambil telefon diatas meja dan berlari ke belakang dapur, dimana laundry terletak.

Dalia bersusah-payah mahu masuk kedalam mesin basuh itu dan menutupnya.

Dia cuma berharap agar ibunya tak jumpa dia disini. Dia boleh mati kena bunuh.

Dalia cepat-cepat menekan nombor ayahnya. "Ayah..."

Dalia sudah menggigil sambil menggenggam perutnya itu. Ayahnya merupakan seorang doktor jadi sangat susah untuk ayahnya angkat telefon. Sekarang pun dia tak jawab.

"DALIA! KAU KELUAR SEKARANG!" Jerit Maya dengan marah sekali. Tangan Dalia sudah sesejuk ais batu. Dia terus call makciknya pula.

"Hello?"

"Aunty, tolong saya...mak saya nak bunuh saya..."

"Hah??"

********************
Dalia memicit-micit kepalanya. Dia sakit kepala fikir masa lalu yang taknak hilang dari kepalanya. Tuhan saja tahu bertapa terseksanya dia dulu. Sekarang kehidupan dia lagi elok.

Seorang guru masuk kedalam kelas. Dia melalui belakang Dalia dan terhenti dibelakangnya. Dibau-bau badan Dalia. Semua oranh sudah berdiri kecuali Dalia.

"Dalia, you smell so good."

"Hm?" Dalia mendongak kepalanya. Dia kemudian berdiri dan langsung tak cakap apa-apa.

Cikgu Nivea tersenyum suka dan membelai kepala Dalia lembut. "I like you like this. Cikgu nampak kamu turun dari kereta dengan pelajar kelas sains tu. Kenapa?"

"Saya tinggal dengan dia."

"Seriously?"

"Wait, budak mana ni?" Soal Jarell kehairanan. Dia bersuara sebab dia ada satu nama dikepala yang berkemungkinan adalah orang itu.

"Layla Stone. Aku nampak dia jalan dengan Layla tadi." Jelas Suri. Semua orang terus terbeliak matanya kerana orang sebagus Layla itu mahu berkawan dengan orang macam Dalia.

"Keep going. I like you like this." Ujar Cikgu Nivea. Muka Dalia terus merah padam bila dipuji Cikgu Nivea begitu. Jadi beginilah rasanya dipuji seseorang.

****************
"Hai, Dini." Layla menegur Dini yang sedanh berbual dengan Marsha itu. Dini terus berpaling kearah Layla.

"Ya?"

Layla mengangkat buku komik yang ditinggalkan 'stalker' malam semalam. Dia berhasrat mahu mencari siapakah orang itu. Dini terus terbeliak matanya. Dirampas buku tersebut dari tangan Layla.

"Layla! Buku ni mahal! RM138 sebab Original Jepun!" Ujarnya dalam keterujaan. Dibelek muka surat dalamnya hati-hati. Memang original.

Dari reaksi Dini, dia bukanlah orang tersebut. Layla tahu sebenarnya benda ni mungkin bukan dari raka sekelasnya tapi apa salahnya, kan?

Layla mengambil balik buku tersebut. "Ada orang terjatuhkan buku ni semalam. Ingatkan awak punya."

"Alah, yeke...?" Dini mencebik. Dia menyentuh buku tersebut untuk kali terkahir.

"10 Disember. Saya ingat hari jadi awak. Nanti saya bagi hadiah ni, okay?"

"OKAYYY!!"

Layla senyum. Dia berlalu pula ke mejanya. Dia duduk disebelah Cyra yang pendiam itu. Dia langsung tak memandang Layla. Layla mengerling kearahnya. Dia nak tanya Cyra tapi rasa macam tak mungkinlah, kan?

Cyra tak baca komik.

Takpe, sekali Layla dah dapat orangnya, memang tak tidur malam orang itu.

******************"

"Jadi sukalah tu kena puji?" Soal Layla. Dalia tersenyum malu. Pipinya kemerahan. Dalia begitu suka dipuji sampai dia terus bagitahu Layla.

"...saya nak awak bunuh cikgu tu." Tegas Layla. Dalia terus tergaru-garu pipinya. Tetapi dia sukakan cikgu tu.

"Tunggulah daging yang saya bunuh malam semalam tu habis dulu." Ujar Dalia. Layla hanya tersenyum. Dia sebenarnya cemburu Dalia cakap fasal orang lain.

"Dalia, do you like me?"

Dalia angguk kepalanya. Sambil-sambil itu dia makan meggi goreng yang dia beli dekat kantin tadi. Layla terus bersandar dibahu Dalia. Maybe perasaan Dalia hanya sekadar 'suka'. Tidak mengapa, pelan-pelan.

"Tadi saya nampak ramai pula orang dekat meja awak. Kenapa?" Soal Layla hairan.

"Saya cakap yang saya tinggal dengan awak mulai sekarang."

"Jangan kawan dengan diorang. Tinggalkan." Tegas Layla. Layla faham sangat orang yang macamtu datang hanya sebab duit dan sebagainya.

Dalia angguk lagi. Dia cuma rasa sekarang ni dia patut bergatung pada Layla sahaja. Sebab itulah dia ikut apa saja yang Layla suruh.

Lagipun kalau takde Layla, mesti dia takkan disukai dan dipuji macamni.

Mission ✅Where stories live. Discover now