BAB 21

1.4K 31 26
                                    

Pagi pagi lagi Ainul dah bangun. Haris yang masih tidur dibiarkan begitu sahaja. Tidak mahu dia mengganggu suaminya tidur.

Lagipun semalam tepat jam 1 pagi baru batang hidung Haris kelihatan. Lepas je solat Subuh tadi, terus Haris diarahkan untuk sambung tidurnya balik. Sape jer tak risau bila suami tak cukup tidur kan?

Bilik air dimasuki. Muka dibasuh untuk kedua kalinya. Tadi sekali masa nak solat Subuh. Gigi juga digosok untuk kali yang kedua.

Selesai saja semuanya, kaki ingin melangkah keluar dari bilik air. Namun terhenti apabila perutnya terasa seperti ingin melabur.

Terus dibatalkan niat nak keluar. Kaki terus menuju ke 'bank' untuk melabur. Nasib 'bank' tu bank jenis yang duduk bukan bercangkung. Kalau tak mahu lenguh kaki dibuatnya.

Duduk punya duduk, Ainul tidak pula jadi untuk melabur. Yang keluar pun lendir keputihan je. Perut pun dah tak rasa nak melabur. Main main je tadi.

Kali ni Ainul serius keluar dari bilik air. Sosok yang sedang nyenyak di atas katil, dipandang sekilas. Jam di dinding turut dipandang sekilas. Jarum jam telah menunjukkan pukul 7:45 pagi. Tanpa menunggu lagi, Ainul terus menuju ke pintu bilik dan kakinya melangkah keluar dari bilik.

Dapur ditujunya. Kelibat ibunya dengan umi Anisah kelihatan. Kaki makin laju ingin memasuki ruang dapur. Langkahnya terhenti di saat akhir.

"Argggghhhhhh!."

Bibir menjerit perlahan. Perut kesakitan. Sakit sangat. Dinding yang menjadi penghalang untuk masuk ke dapur dicapainya. Satu tangan lagi menampung bawah perut.

"Kau ok tak ni?."

Satu suara menegur Ainul. Tangan gerangan yang menegur mula melingkar di pinggang Ainul.

Ya. Dia la Haris Hazriq, husband Ainul sendiri.

Dipandangnya Haris. Tangan yang bertongkat di dinding mula berubah tempat. Kini bahu Haris dijadikan tempat untuk dia menguatkan diri dari rasa sakit yang terasa.

"Perut sayang sakit."

Lemah Ainul mengadu. Matanya berkaca. Berkacanya sambil lantai menjadi fokusnya.

Melihatkan keadaan Ainul, Haris terus memandang ke bahagian kaki Ainul. Dilihatnya ada sejenis cecair yang mula berkumpul di sekitar bahagian kaki Ainul. Tak salah lagi ketuban Ainul dah pecah.

"Umi! Ibu!"

Kuat suara Haris memanggil. Terus datang 2 insan yang terpanggil. Datangnya dengan tergopoh gapah. Tibanya di tempat kejadian terus Ainul dipandang pelik.

"Apa dia Ris?," tanya umi Anisah terkejut.

"Nak bersalin dah ke?," soal ibu Syahirah pula.

Haris mengangguk.

"Sakit bb."

"Ya sayang. Bb tahu. Ibu boleh tak ambik barang barang yang dah ada dalam bakul dekat dalam bilik Ris?"

Ibu Syahirah mengangguk tanda 'boleh'. Terus kakinya melangkah mendaki tangga.

Haris memandang umi Anisah.

"Umi panggil abi dengan abah boleh?."

Tanpa merespon apa apa, umi Anisah terus naik ke tingkat dua meninggalkan Ainul dan Haris.

"Pandang bb sekarang."

Arahan Haris tidak dipatuhi Ainul. Perut yang memberi kesakitan dari dalam lebih diutamakannya. Muka berkerut tak payah cakap dah. Dah buruk sangat dah.

"Ainul Astriq aku nak kau pandang bb kau sekarang ni," arah Haris lagi. Kali ni suaranya mula berubah nada. 2 patah nama Ainul diserunya.

Ainul mengangkat mukanya. Airmata dah berjuraian. Tangan yang satu masih utuh di bahu Haris. Manakala satu tangan lagi masih setia di perutnya.

ZURIATMU ANAKKU✅Where stories live. Discover now