BAB 08

1K 32 2
                                    

Kaki mengorak laju. Jam ditangan ditilik beberapa kali oleh Haris. Waktunya telah 'dibazirkan' sebanyak 30 minit. Muka tak payah cakap la dah berpeluh giler giler.

Hari ni merupakan hari last dia boleh 'bersua' mata dengan perempuan yang memegang tittle sebagai 'isterinya'. Sepatutnya seminggu namun apakan daya semuanya tidak kesampaian.(hahahhahaha)

Dirinya 'dipanggil balik' untuk berkhidmat di Addenbrooke's. Khidmatnya diperlukan dengan kadar segera. Maklum la doktor kan. Mana boleh 'lari' lama lama.

Berbakikan 3jam setengah, dirinya hanya mampu terdiam. Berita akan kepergiannya juga dibiarkan 'diam membisu'. Biar dia menghilangkan diri seperti 'buih'.

Dari mula masuk sampai tamat masa, dirinya diam. Dan sesekali hanya berbicara ketika ditanyakan soalan. Makin banyak diamnya apabila Pr.Michael telah memberikan 'habuan' kepada anak didiknya.

Dewan belajar mulai lenggang. Makin lama makin berkurangan makhluk yang digelar 'manusia' disitu.

Kurangnya sehingga hanya ada si Masker dengan Ainul dan Nadia. Si Masker pula mask dimuka memang tak pernah 'dilepaskan'. Entah ada perasaan ke tak.

Ainul memandang sosok tubuh milik Drnya. Tidak pernah sesaat pun dia berjaya melihat bentuk wajah sebenar yang dimiliki oleh Dr itu. Mask 24 jam dimukanya membuatkan banyak soalan yang terdraft diminda Ainul.(Takde la 24 jam. Just depan Ainul je🤣🤣)

Tak panas ke?

Buang tabiat ke always with mask?

Dia memang macam ni ke?

Macam mana muka dia?

Siapa dia sebenarnya?

Diri dibawa ke depan untuk keluar dari dewan. Jalan punya la laju tiba tiba Nadia di depan tak beri signal awal untuk berhenti.

Bukk!

Perut Ainul 'terempuh' beg Nadia dibelakang.

"Kau main apa ni Nad?," tanya Ainul sedikit keras. Untung dirinya tidak jatuh terduduk. Kalau tak, tak tahu la apa kejadian seterusnya. Tangan mengurut dada perlahan.

Mata memandang ke perut. Sungguh timbul sedikit rasa kecut perut dalam dirinya. Perutnya dipandang lama. Tangan dari mengurut dada dibawa ke perut. Peranan tangannya berubah dari mengurut dada kepada mengusap lembut perutnya.

'Sorry, sayang. Mummy tak sengaja buat kamu monkey shock,' detik hati si Ainul dengan tangan tidak lepas mengusap.

Tanpa dia sedar, semua tu dipandang penuh ralit oleh si suami yang tidak diketahuinya. Dibalik mask, Haris tersenyum.

Nadia dipandang penuh tajam oleh si Ainul. Sungguh dia geram. Geram kerana stop tanpa signal. Agaknya dulu dapat lesen, lesen terbang kut?(🤣🤣)

"Dr, kenapa lain macam je hari ni?," soal Nadia selamba. Ainul disebelah dibiarkan dengan rasa geramnya.

Ingatkan jawapan yang keluar, namun sangkaan Ainul meleset apabila si Nadia mengeluarkan soalan. Pandangan Ainul makin tajam. Sebab ni je si Nadia hilang signal. Tambah geram la 'si perempuh' dibelakang.

Kening yang terukir kemas diwajah yang separuhnya terlindung mulai 'diusik'. Muka merah padam Ainul dilihat lama sebelum mata mencari sepasang mata milik Nadia.

Nadia mengangkat ngangkat kening seolah olah bertanya 'kenapa?'. Bebola mata Haris mula tearah arah ke sebelah kanan yang bersamaan maksud di sebelah kiri Nadia.

Panik mula menerjah diri Nadia. Kepala perlahan lahan berpaling kekiri. Sengihan 'tak salah' dihadiahkan.

"Kau main apa Nad?."

Geram mulai bercampur dalam nada suara Ainul. Keningnya turut diangkat berkali kali meniru gaya sahabatnya.

"Sorry Nul. Aku tak sengaja. Kau tahu kan aku ni jenis nyuk sikit. Maaf la buat kau sakit. Baby sakit eh?," balas si Nadia sambil tangannya mula mengusap lembut perut Ainul.

"Lain kali berhati hati Nad. Aku sekarang dah tukar title preggy mum. Nampaknya lepas ni aku kena jalan depan kau la. Kalau aku tersadung ke apa ke, kau ada dekat belakang. Takde la risau sangat aku."

Kedengaran suara Ainul mula mengendur. Sungguh dia takut kalau nyawanya dengan nyawa didalam kandungannya terancam. Tipu la kalau cakap tak sayang. Usia kandungannya dah hampir mencecah 3 months kut. Sayang tu memang dah membuak buak.

Nadia angguk angguk sambil tersenyum bersalah.

Sosok Haris yang sejak dari tadi menjadi kamera litar terbuka mula dipandang. 2 sahabat itu mulai sedar mereka telah mengabaikan orang yang disapa mereka. Paling tepat lagi yang disapa oleh Nadia. Nampak tak elok la bila kita yang menyapa orang dahulu tapi kita yang senyap.

"Dr ni dah kenapa senyap je?," soal Nadia lagi. Soalan itu telah menyebabkan Haris mulai menjadi 'objek utama' yang difokuskan oleh anak mata.

"Senyap ke?."

Soalan dibalas soalan. Ainul dan Nadia mengangguk serentak membuatkan tangan Haris naik menggaru kepala.

"Senyap ada sebab la. Tapi sebab tu tak boleh share la. Sorry," jawab Haris jujur. Senyuman kecil diukir dibalik mask.

Nadia dan Ainul saling berpaling sebelum bibir mengukir senyuman.

"Hazr, thanks sebab dah tolong kita orang bertiga. Mrs.Michael memang baik orangnya. Dia siap pesan kalau perlu apa apa bagitahu dia. Sampai kita orang naik segan la dengan dia. Dia baik sangat."

Ainul mula menukar topik. Kadang ada story yang boleh kita nak share share. Karang ada story yang tak boleh dishare share.

"Benda kecik je. Tak salah kalau I tolong. Lagipun you tu bakal join grup ibu ibu. Bahaya la bila takde yang pernah makan garam dulu. Lagipun suami you takde dekat sini."

"I memang takde suami la," ucap Ainul halus dengan pandangan dijatuhkan melihat lantai. Kedengaran halus namun sempat didengar oleh Nadia dan yang halal baginya si Haris.

Nadia memandang Haris dengan muka terkejut. Haris hanya mengangguk dan tersenyum kecil apabila kelopak matanya mulai 'terjejas' bentuk.

'I always with you, honey. You je yang tak tahu,' getus hati Haris.

"You cakap apa?."

Haris bertanya buat buat tak dengar. Ainul dipandang.

Deg!

Nadia dipandang Ainul. Bahu mulai terjungkit jungkit tanda tak tahu.

"Saya ada cakap apa apa ke, Hazr?."

Dia yang disoal dia yang menyoal balik.

Haris hanya menggeleng kecil. Halus lagi kedengaran kut🤣🤣.

"Maybe I salah dengar kut. Nanti kirim salam I untuk Mrs.Celine. Saya pergi dulu la kalau macam tu."

Ainul dan Nadia hanya tersenyum dan mengiyakan kemahuan Haris dengan anggukan si kepala.

"Nasib baik," lega Ainul berkata kata.

"Apa yang nasib baiknya?," soal Nadia mengejut seolah olah tak tahu padahal dia tahu yang Ainul ada menyebut perkataan 'suami' didepan Haris.

Ainul menggeleng geleng. Lengan Nadia dirangkul.

"Dah jom balik. Aku penat la."

Alasan penat digunakan untuk 'melarikan diri'. Nadia hanya akur maklum la dia pun penat jugak😅.



_____________________________❤️_______________________________
Done BAB08😉
SORRY LAMBAT..😅🤣

ZURIATMU ANAKKU✅Where stories live. Discover now