s a t u

142 8 0
                                    

"Dah sampai masanya untuk Arys balik sana. Tak lama lagi kan Arys kena pegang tanggungjawab tu."

" I know but I'm not sure they are ready yet to go back. But it's okay. I will try my best to please them."

" Thanks Arys. I put my trust on you. You may leave now."

Aku mengatur langkah keluar menuju ke arah kereta. Keluhan berat dilepaskan. Sudah cukup kuat ke aku nak bagitau benda ni dekat diorang. Macam-macam benda yang aku kena fikirkan sejak kebelakangan ni. Tambahan pula, aku tak luahkan apa yang ada dalam fikiran aku dekat siapa-siapa. Aku tak sanggup nak lukakan hati sesiapa. Cukup apa yang mereka tanggung selama ni. Aku tak kuat nak tengok senyuman orang yang aku sayang hilang. Fikiran aku melayang memikirkan permintaan nenda sebentar tadi. Tanpa aku sedar, kereta yang dipandu telah sampai di kediamanku. Tak sedar langsung akan kesesakan lalu lintas yang dialami sebentar tadi.

"What in the world is happening here ?!"

Terjerit aku apabila mata aku dihidangkan dengan keadaan ruang tamu yang berantakan sebaik pintu rumah dibuka. Dengan cushion bertaburan atas lantai, tepung melekat merata tempat. Alahai adik-adik. Aku baru pergi kejap dah macam ni.

"Tengku Amanda Qistina , Tengku Amelia Farisha , Tengku Aziera Hani . Care to explain what is happening right now ?"

"Err Arys. Kau baru balik ke ? Hehe welcome home." balas Amelia sambil tersengih.

Aziera sudah mengusap tengkuknya manakala Amanda mengelak pandangan mata aku. Tahu benarlah aku yang mereka semua terlibat dengan ke'cantik'kan rumah ini.

"I give you 30 minutes to make sure this living room clean and tidy like always. If not, the three of you will sleep outside tonight. Do I make myself clear ?"

"Yes Arys."

Mendengar amaran dan ugutan aku, kesemua tiga makhluk itu bergegas membersihkan ruang tamu itu lalu aku melangkah ke bilik aku di tingkat atas untuk membersihkan diri.

"Haih." Setelah memastikan sang ketua itu hilang dari pandangan, barulah masing-masing berani mengeluarkan keluhan yang disimpan sejak tadi.

"Kan bagus kalau aku diam je tadi, for sure sekarang aku dah sedap landing atas katil prepare nak berperang." kata Aziera.

"Dah lah tu. Kau mengeluh sampai esok pon vacuum ni takkan gerak sendiri bersihkan living room ni." Amelia mengeluarkan kata-katanya yang berbaur sindiran itu.

"Can you guys stop ? It's all our fault kan. Suits us lah. Dah now kita bersihkan je tempat ni. Karang Arys turun tengok tak bersih lagi kita bertiga semua jadi guard tidur luar malam ni."

Mendengar kata-kata Amanda itu, ketiga-tiga mereka kembali dengan tugas membersih mereka kerana masing-masing takut dengan ketegasan Aryssa itu. Apa yang dikatakannya, itulah yang akan dibuatnya. Tidak pernah gadis itu peduli akan alasan orang termasuklah mereka bertiga sekalipun.

Selepas makan malam, ketiga-tiga gadis itu berkumpul di ruang tamu kerana Aryssa mengatakan bahawa terdapat perkara penting yang perlu dibincangkan bersama. 

"So I guess we can start our discussion now, Arys?"

Kata Amelia bagi menyedarkan Aryssa dari terus termenung. Sejak pulang dari berjumpa nenda, gadis di depannya ini banyak termenung dan mendiamkan diri. Terdetik rasa ingin tahu yang mendalam dalam hatinya tentang apa yang bermain di fikiran Aryssa pada ketika ini.

Aryssa tersentak. Terus dia memandang tajam Amelia sebelum ditariknya nafas untuk bertenang. Setelah mendiamkan diri buat beberapa detik, dia kembali memandang wajah sepupu-sepupunya itu satu-persatu. Keluhan dilepaskan sekali lagi.

"I'm sorry girls but we have to go back to Malaysia next week atas arahan nenda. Nenda suruh aku pujuk korang untuk setuju. I'm really sorry. Aku dah try nak bagi alasan tapi nenda tetap nak kita balik Malaysia sebab nak kita dekat dengan family since she's coming back for good next week." jelas Aryssa panjang lebar. Kalau diikutkan hatinya, tidak mahu langsung dia pulang ke Malaysia lagi jika tidak kerana nendanya. Riak sedih ditayangkan.

"Arys. It's okay lah. Kitorang okay je kalau nak balik Malaysia pon. It's been a while kan since kita tak balik sana." kata Amanda.

"I agree. Nak juga aku tengok pokok yang aku tanam kat belakang rumah before kita datang sini tu dah hidup bahagia ke tak." Seloroh Amelia pula.

"Nyah. Pokok yang kau tanam tu pokok jagung tau. Kau rasa tumbuh ke pokok jagung kat belakang rumah tu?" Perli Aziera pula. Memang jika diikutkan, Aziera dan Amelia lebih bersikap kebudak-budakkan dan nakal. Lain pula dengan Amanda dan Aryssa yang selalunya tegas dan dingin namun Amanda lebih tenang berbanding Aryssa. Aryssa sangat dingin dan tegas dalam setiap perbuatan dan kata-katanya. Mungkin kerana itu, Aryssa lebih ditakuti dan disegani dalam kalangan mereka berempat.

"Really ? I am expecting something different from you guys." kata Aryssa. Dia menjangkakan ketiga-ketiga gadis itu akan kecewa dan memberontak. Namun lain pula yang terhidang didepannya ketika ini.

"Nope. Arys, kitorang faham kenapa nenda buat keputusan macam ni. It's for our own good kan. One more thing, aku rasa dah sampai masa untuk kita balik and live our life macam dulu. But this time, we have them all with us. Nenda, our family and our annoying prince." kata Amanda menyokong sepupu-sepupunya.

Aryssa melepaskan nafas lega. Puas dia menyusun ayat untuk meyakinkan mereka sekiranya mereka menentang keputusan nenda itu. Akhirnya, dia mengangguk. Benar. Kali ini, dia sendiri akan pastikan sepupu-sepupu mereka itu tidak berdepan dengan sebarang masalah yang akan menyakitkan mereka. Dia sudah berjanji dengan diri sendiri. 

"So bila kita nak balik Malaysia ?" tanya Aziera penuh teruja.

"Selasa minggu depan. So I guess kita dah boleh start pack barang and buy things untuk bagi our family nanti." jelas Aryssa.

"Jom keluar esok !" ajak Amelia sambil berdiri. 

"Nope. Esok kan kita ada class so maybe tak sempat. Let's go this weekend instead." kata Amanda.

"Yup, I agree. Dah lah aku nak naik tidur. You guys wanna sleep or jadi guard for tonight?" kata Aryssa dengan ugutan di hujung ayat.

Serentak itu, ketiga-tiga gadis itu berlari mengikut langkah Aryssa menaiki tangga ke tingkat atas. Masing-masing takut sekiranya benar-benar dijadikan penjaga rumah malam ini.

Aryssa tersenyum kecil dan menggeleng-geleng melihat ketiga-tiga supupunya itu menikus menaiki tangga. Haihlah adik-adik. Dah besar panjang pon perangai macam budak-budak lagi.

Malam pon berlabuh. Mereka bertiga tidur di bilik masing-masing kerana kepenatan dek usaha mereka membersihkan ruang tamu siang tadi. Aryssa termenung di balkoni biliknya. Keluhan dilepaskan. Bintang di langit malam itu dipandang. 

'I hope we can face this strongly' katanya dalam hati.

Dia bergerak melangkah keluar dari balkoni itu dan mengunci sliding door. Baring sahaja di katil, dia berasa penat untuk memikirkan apa-apa lagi dan terus tidur.

 Baring sahaja di katil, dia berasa penat untuk memikirkan apa-apa lagi dan terus tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"There will be hard days, but they won't last."

The Lonely RulersWhere stories live. Discover now