l a p a n

46 5 0
                                    

FLASHBACK

Aryssa sedang berjalan menuju ke kelasnya berseorangan kerana The Angels yang lain sudah pun bergerak ke kelas selepas rehat tadi manakala dia melencong ke tandas. Sedang dia melangkah, jalannya dihalang oleh seseorang.

"Tengku Aryssa Raysha." 

"Apa lagi kau nak ni?" kata Aryssa dengan nada dingin dan muka bekunya.

"Makin ramai eh yang kau tarik buat backup sekarang? Berani wow. Impressive."

"Siapa lagi yang aku ada ni?" kata Aryssa menyampah.

"The Prince. Kau dah sedia ke nak tengok diorang pula rasa macam mana kau dengan kawan kau yang lain tu rasa?" kata Syed Emir sinis.

"Kau." kata Aryssa dingin menunding jarinya kepada Syed Emir dengan renungan matanya yang tajam.

"Heh. Tengku Aryssa Raysha. Makin ramai kau tarik untuk backup kau, makin ramai yang akan sakit sebab kau. Kau pon tau tu game play orang tu macam mana kan?" kata Syed Emir sinis.

"Jangan. Sentuh. Diorang." kata Aryssa satu persatu.

Kolar baju Syed Emir itu dicengkamnya kuat.

"Aku yang terlibat dengan benda bodoh kau dengan dia ni so continue tu hurt me, not them. Kau sentuh diorang, aku akan pastikan tangan aku sendiri bunuh kau dan dia. I don't play with my words, Syed Emir bin Syed Nazhan." kata Aryssa dingin sebelum melepaskan cengkamannya itu.

Syed Emir hanya tersenyum sinis dan berlalu pergi.

Aryssa membatalkan niatnya untuk ke kelas dan terus ke tandas. Sesampainya dia di tandas, dia terus menuju ke arah sinki dan membasahkan mukanya berulang kali. Pantulannya di cermin diperhati tajam sebelum cermin itu pecah kerana tumbukannya yang padu itu.

"Argh." rintih Aryssa sebelum jatuh terduduk. 

Rintihan sakit yang dirasainya kini bukanlah daripada tumbukan itu sebaliknya sakit di hatinya dan marah yang membuak-buak di dadanya. Dia duduk memeluk lutut dan mukanya disembam ke lutut sambil menggenggam kuat penumbuknya. Beberapa minit kemudian, telefon pintarnya berbunyi. Nama Amanda tertera di skrin pemanggil itu. Terus Aryssa menjawab panggilan itu.

"Hello."

"Tengku Aryssa Raysha, where the hell are you?" kata Amanda.

"Kau dengan yang lain ke sekarang ni?" tanya Aryssa.

"Ye lah. Kitorang kat kelas ni. Semua tengah tunggu kau. Kau kat mana? Wait- kenapa suara kau macam tu?" tanya Amanda.

"Tengku Amanda Qistina, listen carefully. Aku nak kau keluar dari kelas tu and bawak first aid kit datang toilet tingkat 2. Jangan ada sesiapa pon tau pasal ni. Bawak Amelia dengan Aziera sekali. Ingat, jangan bagitau The Prince." kata Aryssa tegas.

"Okay. I'll be there in 5 minutes. Tunggu aku. Jangan buat apa-apa Tengku Aryssa Raysha." kata Amanda dengan nada tegas di ayat akhirnya sebelum mematikan talian.

Aryssa mengeluh. Sebentar lagi masaklah dia mendengar segala bebelan dan marah daripada Amanda. Tidak lama kemudian muncul Amanda, Amelia dan Aziera di pintu tandas itu.

"Oh my god. Tengku Aryssa Raysha. Where the hell did you put your brain?" kata Amanda kasar.

Aryssa mengangkat mukanya dan memandang Amelia dan Aziera tanda meminta pertolongan namun hampa apabila kedua-dua gadis itu turut mengerutkan dahi memandang ke arahnya.

"I need your explanation after this, Tengku Aryssa Raysha." kata Amanda tegas.

Aryssa tidak menjawab sebaliknya hanya membiarkan Amanda membasuh tangannya yang berdarah itu. Amelia membalut lukanya. Aziera membuang serpihan kaca itu ke dalam tong sampah. Selepas semua selesai dengan kerja masing-masing. Mereka terus melangkah keluar dari tandas itu.

The Lonely RulersWhere stories live. Discover now