Bab 4

229 21 0
                                    

          Kaki diatur menuju kearah kereta setelah pintu butiknya dikunci. Sesekali kepala didongak untuk melihat langit yang gelap hendak hujan. Keretanya diparkir bawah pokok sedikit jauh dari butiknya, tak nak keretanya panas mungkin. Langkah semakin dilajukan ketika merasa air hujan mula menitis sedikit demi sedikit.

          Terhenti langkahnya apabila semakin dekat dengan kereta. Diperhati tayar belakang Audi kesayangannya dengan teliti.

          "Time macam ni kau nak buat perangai, habis macam mana aku nak balik rumah papa kalau macam ni? Dengan hujannya lagi, Ya Allah." Keluhan Naura perlahan.

          Matanya memerhati sekeliling tempat parking kereta itu, hanya keretanya sahaja yang terparking dikawasan itu. Sememangnya sudah tiada orang disekitar itu kerana sekarang dah hampir pkul 6. Disebabkan bangunan butik nya sahaja disitu, kalau ada sekalipun 7eleven hujung kanan bangunan butiknya sahaja. Itupun sedikit jauh. Keretanya diparking hujung belah kiri butik semakin jauh kedudukan dirinya dengan 7eleven itu.

          Angin semakin kuat menambahkan rasa takut  dihati apabila berada disitu sendirian, badan dikalih sambil berfikir untuk membuka kunci butiknya semula.

          "Lantaklah, pikir nanti. Sekarang hujan makin lebat apa pun takboleh" laju kaki diatur ke arah pintu butiknya. Langkahnya tidak boleh terlalu laju kerana dia memakai baju mini kurung. Sedikit terbantut langkahnya.

Vroooommmm !!

          Dalam sibuk kaki melangkah menuju kearah butiknya sambil mengelak air hujan yang turun. Datang 2 orang lelaki bertopeng dari arah belakang butiknya menuju laju kearahnya menaiki motosikal. Lelaki yang berada dibelakang melompat turun sambil meluru kearahnya.
 
          Direntap kuat tangan kuat tangan Naura. Pisau dihala tepat kemukanya.

          "Kau nak apa hah?!. Lepas lah !!" Ditarik tarik lengannya supaya terlepas dari genggaman lelaki itu. Berharap cengkaman itu semakin longgar dan dia akan pecut terus. Sebelah tangan memegang kuat handbag LV nya. Disorok dibelakang tubuhnya yang kecil itu.

          Di dalam hatinya berharap supaya ada makhluk yang lalu sahaja.  Ketakutan menyelubungi dirinya, tak pernah berlaku di dalam hidupnya peristiwa begini.

          "Beg, kau bagi beg kau kalau tak nak mati." Semakin dekat pisau dihalakan kearahnya.

          "Kau nak buat apa, aku tak ada duit lah. Nak duit kerjalah bukan ambil duit orang, nama je jantan" direntap lagi dan lagi tangannya. Sakit tak dapat dikata, kalau calar tangan cantik aku. Aku saman 4.5 juta. Muflis kau!

          Mulutnya tidak senada dengan hatinya, hati tidak usah dikata semakin berdetak laju memikirkan takut yang amat.

          "Tolonggggggggg !!!!!! Lepassss lahhhh !!!!!"

          Baju mini kurungnya sudah basah sedikit, nasib berwarna hitam. Kalau tak dah free free si malaun dua ekor ni nampak.

          Dalam pergelutan berlaku tubuh Naura didorong kuat, oleh kerana faktor kainnya yang sedikit melekat dibetisnya lagi memudahkan dia jatuh terduduk disitu. Maka hilanglah harapan untuk dia melarikan diri.

          Tali begnya direntap kuat tetapi tidak berjaya diambil langsung kerana tangan Naura masih kuat berpaut disitu.
  
          "Cepatlah bodoh, nanti ada orang lalu mati kita" Lelaki diatas motor melaung kuat sambil kepala di kalih ke kiri dan kanan melihat sekeliling takut ada yang datang.

Te amo Mr. MafiaWhere stories live. Discover now