BAB 17

173 11 2
                                    

"Jom" Naura memandang kearah Aryan pelik, dia sedang rancak berbual dengan ibu mertuanya datang aryan menganggu.

Naura memandang aryan dengan pandangan pelik.

"Balik" jawab aryan tahu akan kebingungan naura.

"hah? kita baru sampai kan kenapa nak balik Malaysia pula"

"auhhh" dijentik perlahan dahi naura.

"Balik rumah kita sayang" jawab Aryan menafikan kenyataan naura. Apo balik malaysia?

"Ala along kenapa awal sangat, mummy tak habis lagi dengan menantu mummy" Kata Puan Camilla dengan pelat, dia yang dari tadi hanya melihat dua kesayangan nya bercakap bersuara tidak puas hati.

"Red code mummy" Entah dari mana datang Aisy men jawab kata kata mummynya.

Setelah mendengar tutur kata Aisy wajah cemberut Puan Camilla terus berubah marah? Geram mungkin?

"Saben de ella?" Tanya Puan Camilla kepada Aryan yang tampak menyetujui kata kata Aisy.

"Solo saben de mi espose, no de quien es" Jelas Aryan sambil melihat kearah Naura. Naura hanya melihat dan mendengar tanpa memahami.

Aryan ajak pulang jadi dia harus ikut, bukankah itu sememangnya tugas seorang isteri, sentiasa disamping suami?

"tak apa kalau macam tu, jaga Naura baik baik." Puan Camilla memandang Kearah Naura dengan senyuman manis dan tangannya naik mengosok lembut rambut naura.








           Naura masih duduk dihadapan cermin meja solek didalam bilik tidur itu, otaknya masih memikirkan macam mana dia mahu tidur.

Mereka sudah berada dikediaman Aryan, jadi hanya dia dan Aryan yang ada didalam rumah ini. Ops lupa dengan seekor lintah pengacau, siapa lagi kalau bukan Aisy. Juga ada dirumah Aryan.

Rambut panjangnya disikat lagi dan lagi, sudah hampir terbakar rambutnya itu.

Mata menoleh kearah Aryan yang sedang menatap tab kepunyaannya diatas katil, badan disandar kekepala katil dan kaki lurus dihadapan.

'Alahai suami, malam pun handsome'

'Aku malu' Naura bermonolog didalam hati, itulah masaalah yang berlegar di kepalanya.

Aryan.

Kenapa?

Aryan diatas katil.

Tidak paham ? Dia malu.

Dia malu untuk tidur disebelah Aryan.

Ya betul, malam semalam elok sahaja dirinya terbongkang tidur bersama Aryan tetapi ketika itu dia tidur dahulu dan baru Aryan masuk kedalam bilik. Tambahan ketika itu badannya penat dan tidak sempat memikirkan hal itu.

Sekarang hal itu jadi isu besar kepadanya. DAN dia sedang period ketika ini membuatkan jiwa ingin tidurnya meronta ronta, senggugutnya tidak begitu menyakitkan ketika ini tapi cukup untuk membuat dirinya memerlukan rehat yang banyak.

Sekali lagi dia melihat sang suami melalui cermin. 'Lantaklah'

Dia bangun dari kerusi dihadapan meja solek itu untuk melangkah ke arah katil tetapi ketika kerusi ditolak, Aryan turut mengangkat kepalanya untuk memandang sang isteri.

Dia sedar akan pandangan Ayan terus sahaja kakinya mengubah arah kearah pintu bilik, laju.

"Where do you want to go?" Tanya Aryan sepatah dua.

"Erkk ... ke.. dapur" jawab Naura. Lalu keluar begitu sahaja. Semasa dia ingin turun dari tangga di rasa seperti diikuti, dia terus memandang kebelakang.

Te amo Mr. MafiaWhere stories live. Discover now