BAB 5

191 20 6
                                    

Laungan azan subuh yang berkumandang dari masjid berdekatan kawasan perumahan ini mengejutkan Ayesha yang sedang tidur. Dia kemudiannya bangun dari tidur dan perlahan-perlahan berjalan ke bilik air yang ada di dalam kamar tidur ini.

Pulang sahaja dari klinik sepupu Fayyadh iaitu doktor Fara. Ayesha dibawa ke rumah Fayyadh yang hanya terletak selang dua buah rumah daripada rumahnya. Mereka tiba di rumah, pada pukul dua belas malam. Agak lewat. Pada awalnya Ayesha ragu-ragu hendak menumpang di rumah Fayyadh namun apabila melihat Mak Cik Senah iaitu pembantu rumah Fayyadh perasaan gementarnya itu segera hilang.

"Kenalkan ni Mak Cik Senah, pembantu rumah aku. Mak Cik ni Ayesha, kawan saya. Nanti Mak Cik tolong tunjukkan bilik Ayesha dekat mana ya." Fayyadh mengenalkan Mak Cik Senah kepada Ayesha. Ayesha hanya tersenyum malu.

"Uihhh... Segak noh doktor? Sepadan sangat dengan doktor." Mak Cik Senah berseloroh. Muka Ayesha sudah membahang menahan malu.

"Mak cik! Berapa kali saya nak pesan, jangan panggil saya doktor. Panggil Ayadh aje." Fayyadh menghela nafas. Sejak Mak Cik Senah tahu yang dia seorang doktor, tak henti-henti Mak Cik Senah memanggilnya doktor.

"Biaq pi la. Mak Cik baru nak rasa bangga Mak Cik kerja dengan seorang doktor." Mak Cik Senah ketawa. Suka dia mengenakan Fayyadh. Sebenarnya Fayyadh merupakan anak saudara kenalan rapatnya. Sudah empat bulan dia bekerja dengan Fayyadh tapi Fayyadh langsung tak pernah beritahu kerjayanya. Kawannya juga tidak beritahu disebabkan Fayyadh suruh rahsiakan. Akhirnya semuanya terbongkar apabila Fayyadh balik ke rumah dengan kot doktor. Agaknya letih sangat sampai terlupa nak tanggalkan kot doktor.

"Sebab tu la saya tak nak beritahu kerja saya apa. Habis semua orang nak panggil saya doktor. Penatlah Mak Cik, dekat hospital doktor. Dekat rumah doktor." Fayyadh mengeluh. Dia tahu sangat orang-orang tua sebaya Mak Cik Senah. Beritahu aje kerja doktor atau cikgu, mesti mereka akan gelar macam tu.

Cinta AyeshaWhere stories live. Discover now