Bab 23

568 17 0
                                    

Haikal memarkirkan motor berhadapan dengan tasik. Rokok dinyalakan. Keluhan berat dilepaskan. Berharap masalah pergi bersama-sama asap rokoknya. Ali melihat sahabatnya.

"Kal, kau okey ke?" tanya Ali.

" Aku okey je" jawab Haikal.

" Kau jangan terasa sangat dengan si Tony tu. Dia ingat dia anak bos, dia boleh buli orang" kata Ali lagi.

" Aku okey je. Biarlah orang nak kata apa pun" kata Haikal. Ali diam sambil matanya memerhati keindahan tasik buatan tersebut.

Tony menghempaskan helmetnya ke lantai tanda marah. Mukanya diperhatikan di cermin sisi motornya. Bengkak dimulutnya diperhati. Babi kau Haikal!, marah Tony

" Hey what wrong with you Tony" marah Mrs Laura, ibu Tony

" Nothing ma" kata Tony lagi.

" Muka you darah-darah, lepas tu you kata nothing. You tipu I ke?" kata Mrs Laura

" Ma, I think you tak payah sibuk dengan urusan I . better you go out and jumpa dengan persatuan-persatuan you tu" marah Tony.

" okay. So, I rasa I tak perlu risau sebab you boleh handle you punya problem. I keluar and bagitahu your father, I balik lambat" kata Mrs Laura sambil memakai kasut tingginya. Tony hanya membuat muka annoying sebelum hempas pintu biliknya.

" Hey Tony, you kenapa? Balik-balik hempas pintu." tanya Mr Chong.

" Pa, I nak bagitahu. I nak you pecat Ali dan Haikal segera. Dia orang pukul I" kata Tony.

" What? Kenapa Ali dan Haikal nak pukul you pulak?" tanya Mr Chong sedikit marah.

" Kalau you nak tahu, I dah lama simpan benda ni. Dia orang kerap buli I. Dia orang suruh I buat kerja dia orang, beli makanan kat kantin guna duit I . dia orang tak bayar balik pun. Bila I tak ikut, dia pukul I. yang paling kerap pukul I ialah Haikal. I tak tahu apa salah I pada dia orang. Dia orang ugut nak bunuh I jika I bagi tahu you papa" adu Tony. Mr Chong dah mula panas hati.

" damn shit! Berani mereka ye. Mereka tak tahu ke yang you akan jadi bos besar dia orang nanti. Okay, I akan bagitahu HR nanti. Before that, I akan pastikan dia orang tu melingkup dulu. Berani betol cari pasal dengan keluarga I " kata Mr Chong penuh dendam.

Tan Sri Fikri sudah cam wajah anak lelakinya.Dalam diam, dia seharian mengikuti anaknya. Dari tempat kerja, tasik dan hinggake rumah anak lelakinya. Melihat suasana rumah yang didiami oleh anaknya,hatinya jadi sebak. Ya Allah, terima kasih kerana telah melindungi anaklelakiku, desis hati Tan Sri Fikri. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu rumahitu, dan dia jugak memberi salam. Apabila mendengar salamnya disahut. Hatinyamula berkocak hebat.

HanaWhere stories live. Discover now