Bab 3

5.9K 22 0
                                    

Puan Sri Aleya memandang Kak Sal, Kak Sal memandang semula pada Puan Sri Aleya. Apabila Tan Sri Fikri mula bersuara, memang tidak akan sesiapa berani untuk bercakap. Semua orang tahu, sikap perengus, dingin Tan Sri Fikri selalu buat ramai orang makan hati terutama isterinya Puan Sri Aleya. Bagi Puan Sri Zainab, baginya itu sudah cukup membuatkan hatinya gembira apabila melihat anaknya itu bersikap seperti itu.

"Sal, breakfast saya mana ? Hari ni saya nak pergi office awal" ujar Tan Sri Fikri.

"Maaf Tan Sri, Sal tak buat lagi" kata Kak Sal takut-takut.

"Kak Sal, saya bayar gaji Kak Sal. Untuk mudahkan pagi saya yang agak baik ini, saya tolak gaji Kak Sal sebab tak sediakan breakfast saya. Lain kali, bangun awal sebelum majikan bangun. Faham? " pesan Tan Sri Fikri.

"Faham Tan Sri" angguk Kak Sal. Fuhh, nasib baik aku tak kena maki, ujar Kak Sal dalam hati.

Tan Sri Fikri mencapai jaket kulitnya itu . Dia menghadap cermin dan melihat wajahnya. Dengan usianya sudah mencecah 40 tahun, dia kini sudah berjaya meletakkan namanya sebaris dengan usahawan yang terkaya di Malaysia. Fikri Mega Holding , merupakan syarikat yang cukup megah di bandar Johor Baharu.

Dengan menggunakan kewangan yang ada serta merancang pelbagai strategik untuk memajukan perniagaan, Tan Sri Fikri dianugerahkan pangkat Tan Sri pada umur 38 tahun kerana banyak berbakti dalam masyarakat serta banyak membuka peluang pekerjaan kepada bumiputera di bumi Johor ini.

"Hanis, bawa document tentang Pusat Anak Yatim yang dekat area Johor" arah Tan Sri Fikri. Setiusaha Tan Sri Fikri yang bernama Hanis itu mencari dokumen itu . Sebelum dihantar ke majikannya, Hanis sempat meneliti semula document itu jika ada tersilap perkataan .

"So, apa aktiviti saya selepas ni?" Tanya Tan Sri Fikri.

"Pukul 12 nanti, Tan Sri ada lunch dengan Puan Sri Zainab, pukul 3 ada meeting dengan UsahaJaya Holding dan dinner dengan Mr Fok Keong" jelas Hanis menerangkan.

"Dinner dengan Mr Fok ? Dia ada tulis untuk apa ke ?" tanya Tan Sri Fikri lagi.

"Tak ada pulak Tan Sri" jawab Hanis.

"Kalau macam tu cancel. Saya tak suka benda yang tak jelas seperti itu" tegas Tan Sri Fikri.

Di Kluang pula, Hana sedang menolong atuknya menjual kuih muih. Sebenarnya Hana mahu menolong atuknya tapi keadaan atuknya itu membataskan Hana untuk berkerja. Hana mahu berbakti pada atuknya yang tak jemu menjaganya ketika beliau kecil.

Hana tidak pernah bertanya mengenai ibu bapa kandungnya. Hana tidak mahu tahu mengapa ibu bapanya sanggup buang Hana seperti itu. Hana tersedar dari lamunan bila ada orang menampar tangannya lembut.

"Dah kenapa termenung je Cik Hana oii" tanya Meriam.

"Tak ada apalah. Kau ni dari mana?" tanya Hana untuk mengalihkan topik.

"Aku dari kedai Pak Yaakub, belikan mak aku bawang dengan telur. Kau kenapa Hana? Senyap je. Kau ada masalah ke ?"

"Entahlah yam, aku tiba-tiba teringatkan ibu bapa kandung aku" ujar Hana lagi.

HanaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant