PROLOG

589 34 4
                                    

"Cikgu, Ali lambat lagi."

"Ehh bukan! Saya tengah cari....

Satu hentaman rotan milik puan Munah dipukul di atas meja Ali.

"Aaaa!!." Jerit jejaka kecil itu dengan riak wajah yang terkejut. Puan Munah memarahinya akibat datang lambat serta gagal dalam ujian.

"Jikalau kamu terus macam ni! Cikgu gerenti, jangan cuba lagi tahun depan!."

"Maafkan saya cikgu." Ucap si jejaka itu dengan nadanya yang serba bersalah.

"Tak guna minta maaf kalau kamu tak berubah."

"Hehehe...padan muka." Ucap si gadis bercekak hijau itu di dalam hatinya.

{===}



"Jadi..erhh..."

"Kau tak payah ikut!." Kata Alicia seraya menolak badan Ali.

"ARGHH takde! Ejen Rizwan dah arahkan!." Kata si jejaka pemakai IRIS itu pula.

"Aku takde masa nak jaga kau!."

"Ketepilah!." Bentak si Ali. Disebabkan itu, Alicia terus menangkap tangan Ali lalu dibantingnya tubuh kerdil jejaka tersebut.

"Stt! Apa masalah kau!?".

"Kau! Menyusahkan!." Alicia terus melepaskan tembakan balistik magnet ke arah Ali. Kekuatan magnetik tersebut menyebabkan Ali melekat di atas lantai.

"Apa kata kau berambus dari MATA, biar senang hidup semua orang!." Bentak si Alicia


{===}


"Walaupun tak sempat habis tadi, kau...boleh tahan jugak lah." Puji Ali.

"Boleh tahan je?." Soal Alicia sambil memberi senyuman.

"Hermm...yelah. Kau power." Puji Ali dengan bibirnya yang mendatar.

"Kau pun power jugak." Alicia terus memberi gaya neurostyle pada Ali.

"Ehh macam mana kau...

"Jangan ingat kau sorang saja pelajar rahsia." Kata Alicia.

{===}

Itulah kenangan yang pernah dilalui oleh dua orang ejen itu. Pelbagai kenangan pahit manis dirasai oleh mereka berdua.

Namun sekarang...masa yang indah itu telah pun berlalu. Namun ia tidak akan luput di ingatan.

Sekarang, masing-masing mempunyai kerjaya dan haluan sendiri. Semenjak Ali dan rakan sekolah yang lain menamatkan zaman persekolahan, mereka tiada masa untuk bertemu macam dahulu. Viktor, menjadi seorang usahawan. Kerjayanya itu juga turut dibantu oleh Mia iaitu girlfriend kepada Viktor.

Alicia pula menyambung pelajaran di Universiti Cyberaya dan mengambil kursus Phd kerana dia ingin menjadi seorang guru. Manakala Ali pula lebih tinggi cita-citanya. Ayahnya iaitu Dr Ghazali membantu anaknya belajar sehingga Ali dapat belajar di Universiti Oxford di Britain. Disebabkan inilah mereka jarang bertemu dan berhubung kerana sibuk dengan kehidupan masing-masing.

Untuk mengetahui kisah seterusnya, teruskan membaca kisah ini.

SANG PUTERA IRIS (EA FANFIC)Where stories live. Discover now