BAB 2

421 23 6
                                    

"Wah, dah lama tak tengok bandar Cyberaya." Ali sempat menoleh ke cermin kereta sambil melihat pemandangan bandar Cyberaya. Manakala kereta Dr Ghazali pula sedang memecut laju di atas highway Cyberaya.

"Yelah, asyik tengok Big Ben Cloack je kan." Kata ayahnya.

"Haha, tapi nak katakan sesungguhnya tanah air Ali lagi baik. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri sendiri." Ujar Ali sambil memberi sebuah ayat peribahasa.

"Wah, masih ingat lagi ye peribahasa?."

"Ehh mestilah. Walaupun lima tahun kat negara orang, jangan sampai asal usul pudar dalam ingatan."

Setelah beberapa jam dari KLIA menuju ke bandar Cyberaya, akhirnya Ali sampai ke rumah lamanya. Kawasan kejiranannya itu masih aktif dengan aktiviti-aktiviti yang selalu dilakukan oleh penduduk tersebut.

"Alhamdulillah, sampai dah." Ali dan Dr Ghazali keluar dari kereta. Ayahnya sempat membuka kunci rumahnya.

"Assalamualaikum! Ehh Ali!!." Kedengaran sosok suara seorang makcik bertubuh kerdil dan memakai sehelai selendang di kepalanya.

"Ehhh Aunty Faizah! Waalaikumussalam." Balas Ali dan dia menghampiri jirannya itu.

"Wah, dah lama aunty tak tengok kamu. Besar dah kamu sekarang. Jadi apa Cite kamu kat London?." Soal Aunty Fay.

"Belajar lah Aunty. Lagipun best jugak lah duduk sini. Tapi...Ali lebih suka lagi duduk kat sini."

"Hahaha biasalah Ali. Kamu lahir sini, membesar pun kat sini. Mestilah rindu rumah lama." Sedang mereka berdua rancak berbual, seorang lelaki dalam lingkungan berumur 12 tahun menyapanya.

"Nenek! Cepatlah, kita dah lambat ni." Sahut si cucunya.

"Haaa kejap ye Denish. Dah lah, cucu Aunty dah panggil dah tu. Aunty nak pergi Cybermall ni. Gerak dulu." Pinta Sunyi Fay dan dia menuju ke arah cucunya.

"Baiklah, baik-baik jalan tu." Pesan Ali.

"Haih dah besar dah kau ye, Denish." Gumamnya. Selepas itu, Ali menanggalkan kasutnya dan memasuki ke dalam rumah. Ayahnya sedang menunggunya di dapur.

"Haaa dah habis ke menyembang dengan Aunty Fay tu?." Soal Dr Ghazali.

"Sudah. Ermm...ayah, Ali...ada soalan ni." Katanya dan dia melabuhkan punggung pada kerusi kayu yang diletakkan di bawah meja makan.

"Haa? Apa dia?." Soal Dr Ghazali seraya membawakan dua cawan kopi.

"Memandangkan Ali dah tamat pengajian, Ali rasa...sudah tiba masanya untuk Ali...cari kerja." Kata si anak lelakinya.

"Hmmm bagus soalan kamu tu. Memandangkan kamu dah tamat belajar tu, apa kata...kamu kerja dengan ayah. Amacam?." Pelawa Dr Ghazali.

"Hmmm boleh jugak. Tak perlu Ali bersusah payah cari kerja kat seluruh Cyberaya ni." Kata Ali. Nampaknya anaknya menerima pelawaan bapanya.

"Bagus. Dah alang-alang kamu terima tawaran ayah ni, esok pagi kamu bersiap dan pakai kemas-kemas sikit. Ayah akan bawa kamu tour menara Gamma dan juga... perkenalkan pekerja-pekerja ayah yang lain." Ujar Dr Ghazali.

***

Pada waktu petang, Ali bercadang untuk bersiar-siar di seluruh bandaraya Cyberaya. Dia segera mengambil kunci motor Y15 dan segera menghidupkan enjin motor itu. Sebuah helmet bewarna biru juga turut disarungkan di kepalanya.

"Ayah, Ali nak jalan-jalan dulu." Pinta Ali.

"Ok, jaga diri baik-baik." Pesan ayahnya. Dr Ghazali sedang lepak santai di atas buaian yang diletakkan di hadapan luar rumahnya. Dia juga sedang membaca surat khabar dari Cyberaya Today.

Clutch motornya digenggam seraya kakinya menekan gear satu. Ali pun memulakan perjalanan menuju ke bandaraya utama Cyberaya. Katanya dia ingin melawat sebuah kedai kafe yang paling terkenal di bandar itu. Bukan itu sahaja, kafe itu juga turut diuruskan oleh kawannya sendiri iaitu Viktor dan dibantu oleh teman wanitanya iaitu Mia.

Setibanya di sana, Ali meletakkan motornya di sebuah tempat letak motor. Rim Y15 miliknya juga turut dikunci dengan disc lock.

Kling~~ (bunyi loceng kedai)

"Selamat datang." Seorang pelayan wanita menyambut kehadiran aku. Aku pula mengambil tempat duduk di sebelah tingkap kedai.

"Boleh saya ambil pesanan encik?." Pinta wanita tersebut.

"Sebelum tu saya nak tanya. Ni kedai...milik Encik Viktor kan?." Soalku kepada wanita tersebut.

"Ye encik. Kedai ni diurus oleh Encik Viktor." Ujar gadis tersebut. Lalu aku melihat seorang lelaki cina menuruni anak tangga.

"Emir, mana Mia? Saya nak cakap sesuatu dengan dia ni." Sapa lelaki tersebut. Dia menghampiri meja yang Aku duduki.

"Ouh dia belum sampai lagi tuan. Nanti dia datang lah tu." Kata Emir si pekerja kafe.

"Apa khabar bro." Sapa Ali. Lelaki itu memandang Ali dengan riak wajah yang hairan.

"Ye, encik nak apa?." Soal lelaki itu.

"Kau ingat lagi tak ayat ni?." Soal Ali. Lelaki itu semakin pelik dengan perangai Ali. Sudahlah dia tidak mengenali lelaki itu.

"Hey Ali Ali Ali, jawab telefon ini hey!." Kata Ali.

"Kejap!? Wei kau ke ni Ali!!?." Soal lelaki cina itu dengan riak wajah yang terkejut.

"Yes ni aku lah Viktor!, takkan lah aku nak lupakan sahabat rapat aku sendiri kot." Kata Ali pula. Disebabkan mereka sudah lama tidak berjumpa, wajah sahabat sendiri pun dia lupa.

Bersambung...

SANG PUTERA IRIS (EA FANFIC)Where stories live. Discover now