10 | Koleksi Cerpen Seram

981 175 72
                                    

Cerpen 4 | Lembaga Di Rumah Tok Bidan

Mak Ngah terkenal sebagai seorang bidan. Orang kampung memanggilnya tok bidan. Setiap kali ada orang yang hendak melahirkan seorang bayi, dialah yang bertanggung jawab.

(Bertanggungjawab rapat ya)

Dengan kerjanya, tok bidan mendapat wang yang sangat lumayan. Dia cukup gembira dengan pendapatannya itu. Tetapi, pada suatu hari ada seorang perempuan tua yang berpindah di kampung itu.

Perempuan itu dipanggil Mak Timah. Perempuan itu juga menjadi tok bidan. Setiap kali ada orang hendak melahirkan anak penduduk kampung memanggil Mak Timah dan bukannya Makngah. Makngah pula berasa cemburu kerana Mak Timah mendapat banyak wang berbandingnya.

Pada suatu malam, Makngah pergi berjumpa dengan seorang bomoh yang tinggal di sebelah kampung. Dia memberitahu tentang masalahnya. Bomoh itu memberinya segulung kertas kecil yang tertulis sebuah mantera.

Bomoh itu berpesan kepada Makngah supaya membaca manteranya itu pada pukul 12:00 tengah malam di depan sebuah kubur.

Pada malam itu Makngah pergi ke sebuah kubur lalu membacakan mantera itu. Sesudah baca Makngah pulang. Pada keesokan harinya di dalam Almari Mak ngah terdapat banyak wang.

Makngah berasa teruja. Dia tidak perlu kerja berlebih-lebihan. Tetai dia teringat pesanan bomoh tadi. Dia harus membunuh Mak Timah untuk membuatkan wangnya kekal lumayan.

Dia berfikir bagaimana caranya untuk membunuh Mak Timah. Tiba-tiba!

Datang satu lembaga yang berambut panjang dan berbaju putih darah.

Lembaga itu berkata "Aku akan tolongmu membunuh secara perlahan. Aku akan bunuh Mak Timah, aku dihantar oleh bomoh yang engkau jumpa hari itu".

Makngah berkata "ooo baguslah kalau begitu. Esok kita mulakan rancangan, kau tidur dalam botol ni dulu."

(Hantu tido ke nyah)

"Tapi ada syaratnya" lembaga itu pantas menjawab. Makngah bertanya "syarat apa?"

Lembaga itu berkata, "jika aku lapar engkau kena bagi aku darah." Makngah setuju.

Pada malam jumaat, Makngah pergi ke rumah Mak Timah. Dia berbual-bual dengan Mak Timah. Lembaga itu datang dengan perlahan lalu memakan Mak Timah.

Darah terpercik keluar. Lembaga itu berasa lapar lagi. Dia tidak cukup makan kerana makngah tidak memberinya setitik darah pun.

Oleh disebabkan terlalu lapar lembaga itu terus makan Makngah. Jadi tinggallah Makngah dan Mak Timah mati disitu.

Pengajaran : kita tak boleh bersubahat dengan bomoh atau hantu syaitan kerna semua itu syirik. ia boleh mendatangkan bahaya kepada kita.

TAMAT

.

Cerpen 5 | Budak Lelaki Di Kelas Malam.

Kalini panjang sikit. Bila2 rajin sis update HAHAH

The Invisible LoveWhere stories live. Discover now