[Kuali Serba guna]

14 1 0
                                    


Ceritanya bermula dengan dua makhluk bergaduh kerana...

"Kenapa kau tak bawak kuali sendiri, topi aku bukan untuk dijadikan alatan memasak!"

Boboiboy mengangkat kening, tidak berganjak dari tempatnya walaupun ditengking.

"Sekarang ini siapa yang patutnya ditugaskan dengan membawa alatan memasak sepanjang misi ini, aku ke kau?"ayat itu mengunci mulutnya.

...benda remeh sahaja, Shielda hanya memutarkan bola matanya tanda jengkel.

'Lelaki, ughh' kata hatinya.

*************************************************

"Boboiboy ini bukan kuali, ini adalah senjata" Sai mulakan argumennya semula.

"Boleh sahaja jadi dua-dua  maksud aku, Ayah aku jadikan Mechabot senjata dia dan juga tong sampah sendirian "

Dia terdiam kembali.

Bapak borek, anak rintik.

*************************************************

"Weh Sai pinjam topi, nak masak ni!" minta Boboiboy.

Sai hanya pasrah apabila topi perisainya disalagunakan sebagai kuali untuk memasak dan berikan topi perisainya tanpa sepatah kata.

Shielda memberi pandangan pelik kepadanya. Selalunya dia akan bising apabila Boboiboy buat macam itu dan mungkin dia tengah tunggu untuk lihat dia marah.

Haha...

Dia malas nak tegur dah, bazir air liur dia sahaja.

Sekurang-kurangnya makanan dimasak olehnya sedap.

Dan akhirnya ia menjadi benda normal untuknya memberi kepada sesiapa sahaja yang tiada kuali untuk memasak.

(Dia abaikan pandangan pelik yang diberi oleh orang lain.)

Lembaran Hidup (BBB FIC)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ