𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 🌼 [ 𝐚 ]

869 64 54
                                    

PADA hari yang mendung, seorang gadis bertudung kuning berjalan seorang diri ke bilik latihan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PADA hari yang mendung, seorang gadis bertudung kuning berjalan seorang diri ke bilik latihan. Di saat orang lain sedang bersenang-lenang di dalam dorm, gadis ini pula sibuk hendak berlatih. Prestasinya minggu lepas kurang memuaskan, jadi memandangkan hari ni cuti dia hendak berlatih habis-habisan.

" Eih!"

Iman tiba-tiba mengaduh kesakitan. Dia memandang tapak tangannya. Darah menitis dengan perlahan. Luka yang terjadi akibat misi minggu lepas semakin teruk. Namun gadis ini hanya membiarkannya begitu sahaja.

'Luka sedikit je ni. Nanti elok lah tu.'

Dia meneruskan perjalanan ke bilik latihan.

Semasa dalam perjalanan, iman bertembung dengan seseorang yang sangat familiar baginya. Seorang ejen inviso yang sangat dingin dan agak garang. Tak payah cakap pun, korang mesti tahu. Siapa lagi kalau bukan Rudy kan?

Iman menundukkan pandangan. Tidak mahu memandang wajah jejaka itu. Namun nasibnya malang, rudy sudah menyebut namanya.

" Iman."

Langkah Iman terhenti. Dia berpaling ke sebelah kanannya.

" Ye?"

Rudy tiba-tiba membuka hoodie yang dipakainya. Kini rudy hanya berbaju t-shirt hitam berlengan pendek. Kemudian hoodie itu dihulurkan pada Iman.

" Ikat dekat belakang kau. Baju kau terkoyak." kata Rudy dengan selamba, dia mengalihkan pandangan ke tepi. Kalau tengok berdosa pula.

Iman terpaku. Dia berpaling ke belakang, cuba untuk melihat koyakan itu. Agak besar juga.

'Ya Allah, macam mana boleh terkoyak ni? Malunya!'

Iman mengeluh. Ini mesti sebab dia lalu jalan belakang tadi. Itu lah Iman! Dah tahu jalan tu ada duri dia pergi lalu juga!

Tanpa ragu-ragu dia terus mengikat hoodie itu dipinggangnya.

" S-saya minta maaf, esok saya akan pulangkan." kata Iman.

Rudy hanya mengangguk.

Iman menarik-narik lengan bajunya untuk menutup tapak tangannya. Dia tahu kalau rudy perasan yang lukanya semakin teruk mesti ejen inviso ini akan membebel. Hari tu dia dah kena marah sebab tak peka semasa misi. Dan itu menyebabkan dia cedera. Lama juga dia kena bebel dengan Rudy. Dah nak bernanah telinga Iman.

Rudy memerhatikan pergerakan Iman. 'Dah kenapa minah ni? Duk tarik-tarik lengan baju tu. Sejuk ke?'

Dan ketika itu dia ternampak ada titisan berwarna merah di hujung lengan baju gadis itu. Mata rudy terbuntang luas. Rudy memegang lengan Iman. Dia memandang tapak tangan ejen kombat itu.

Iman yang terkejut dengan kelakuan rudy, terus menarik lengannya kembali.

" Ini bukan ke jahitan minggu lepas?"

𝐑𝐔𝐃𝐘𝐌𝐀𝐍 ❝ 𝐨𝐧𝐞𝐬𝐡𝐨𝐭 ❞Where stories live. Discover now