BAB 3

2K 83 0
                                    

     Naufal tersedar apabila terdengar laungan azan subuh berkumandang di masjid yang berhampiran dengan rumahnya. Naufal terus bangun lalu membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Selesai sahaja menunaikan kewajipan Naufal bersiap untuk ke sekolah.

      "Selamat pagi umi." Sapa Naufal sambil mengucup pipi uminya.

      "Selamat pagi anak umi. Nak breakfast apa hari ni?" Soal Puan Laila sambil menuangkan air teh untuk Naufal.

      "Nak nasi goreng la hari ni." Puan Laila terus menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Naufal.

     "Mana walid, umi?" Soal Naufal apabila tidak terlihat kelibat walidnya.

      "Walid pergi office. Ada meeting penting katanya pagi ni. Sebab tu awal-awal pagi lagi dah pergi office" balas Puan Laila. Naufal hanya mengohkan sahaja.

      Selesai bersarapan, Naufal mengucup tangan dan kedua belah pipi uminya sebelum pergi ke sekolah. Memang itu la rutinnya sebelum keluar dari rumah. Sungguh anak yang soleh. Naufal terus masuk ke dalam kereta. Kereta BMW miliknya meluncur laju membelah jalan raya.

     Sampai sahaja di sekolah, dirinya menjadi tumpuan pelajar-pelajar perempuan. Cikgu perempuan pon tak lepas memandang dirinya. Al maklumlah muka kacak siapa yang tak cair kan. Author pon terpikat ehek. Naufal hanya mengendahkan pandangan-pandangan tersebut. Kakinya terus melangkah ke pejabat untuk punchcard.

      Selesai punchcard, Naufal melangkah ke meja gurunya. Buat revision dulu sebelum mengajar. Ingat cikgu tak buat revision ke? Sedang buat revision bahunya ditepuk seseorang. Siapa lagi kalau bukan kawan baiknya, Haqim.

     "Busy nampak. Aku kacau ke?" Soal Haqim sambil duduk di tempatnya.

      "Aku buat revision sikit. Aku ada kelas pagi ni. Sebelum masuk mengajar kena la buat revision dulu kan." Balas Naufal tanpa memandang wajah rakannya. Bukan taknak pandang tapi nak fokus pada revision.

     Haqim yang mendengar jawapan Naufal hanya diam. Malas mengganggu rakannya yang sedang buat revision itu.

************************************

      Aisy menahan matanya daripada tertidur di dalam kelas. Ini lah padahnya bila tidur lewat. Syok sangat layan drama sampai tak sedar dah pukul 3 pagi. Sudahnya kelam kabut bersiap ke sekolah dan sekarang tengah menahan kantuk di dalam kelas.

     "Kau ni aku tengok mengantuk sangat ni dah kenapa? Ni mesti kau layan drama cina kegemaran kau tu kan?"soal Anis apabila melihat Aisy yang sudah tersengguk-sengguk kepalanya. Aisy hanya diam malas mahu menjawab soalan rakannya itu. Dia terus meletakkan kepalanya di atas meja. Baru sahaja ingin lena, kedengaran kerusi bergeseran atas lantai. Aisy terus mengangkat kepalanya.

     'Kenapa la ustaz ni awal sangat masuk kelas. Dah la tengah mengantuk ni.'bebel Aisy dalam hati. Kalau bebel depan-depan nanti takut lain pulak yang jadi.

    Selesai memberi Salam dan membaca doa, semua murid duduk di atas kerusi masing-masing. Aisy terus mengeluarkan buku teksnya dari dalam beg.

     "Dah study bab aqidah yang ustaz suruh study semalam?"soal Naufal sambil meliarkan matanya memandang segenap kelas. Matanya terhenti pada Aisy yang duduk di barisan kedua dari belakang. Kelihatan pelajarnya itu hanya tunduk memandang buku.

     "Aisy, khusyuknya pandang buku. Dah study ke belum?" Aisy hanya mengangguk menandakan sudah study. Memang dia sudah study semalam sebelum menonton drama cina kegemarannya.

     "Baiklah, kita mulakan pembelajaran kita hari ni." Naufal memulakan pengajarannya. Sekali-sekala diselitkan juga lawak untuk menghilangkan mengantuk anak muridnya tetapi tidak untuk Aisy. Walaupun ustaznya itu membuat lawak matanya masih lagi mengantuk.
    
     "Sampai sini dulu pembelajaran kita hari ni. Ustaz cadang nak habiskan tapi tak sempat pulak. Esok kite sambung kalau ada pertanyaan pon boleh tanya hari esok okey class." Naufal menghabiskan pengajarannya apabila bunyi loceng kedengaran.

     "Sebelum ustaz terlupa, kalau sesiapa ada nak beli nota PSI boleh bagi tahu ustaz. Takde la awak semua pening nak baca buku teks tu kan. Sesiapa yang nak boleh bagi nama dekat setiausaha. Siapa setiausaha kelas ni?"soal Naufal. Semua mata memandang ke arah Aisy.

     "Aisy, nanti ambik nama siapa yang nak nota okay. Harga RM15. Dah dapat nota baru bayar." Selesai meghabiskan kata-kata, Naufal terus berlalu keluar kelas. Aisy pull terus meletakkan kepalanya di atas meja untuk tidur sementara menunggu subjek seterusnya.

     Waktu rehat itu Aisy hanya membeli roti dan air kotak di koperasi lalu pergi ke kantin untuk meneman Anis makan. Dalam perjalanan ke kantin, Aisy terserempak dengan Naufal. Naufal berpesan supaya berjumpa dengannya selepas tamat waktu persekolahan. Aisy hanya mengangguk.

    Loceng berbunyi menandakan sesi pembelajaran telah tamat. Aisy mengambil kertas yang terdapat senarai nama pelajar untuk diberi kepada Naufal. Sebelum turun ke bilik guru sempat Aisy berpesan kepada Anis supaya tidak menunggunya. Sampai sahaja di bilik guru Aisy terus melangkah ke meja Naufal tetapi kelibat ustaznya itu tiada. Aisy mengambil keputusan untuk menunggu sehingga ustaznya itu tiba. 5 minit menunggu baru lah orang yang ditunggu-tunggu tiba.

    "Sorry. Ustaz solat tadi. Lama ke awak tunggu." Naufal berasa bersalah pula apabila membiarkan anak muridnya it menunggu.

    "Takde la. Baru lima minit saya tunggu ustaz. Ni senarai nama pelajar yang nak nota." Aisy menyerahkan senarai tersebut kepada Naufal. Kertas tersebut diambil oleh Naufal.

    "Saya minta diri dulu ya ustaz." Aisy terus berpaling ke belakang untuk keluar dari bilik guru. Baru sahaja ingin keluar Naufal memanggil namanya.

    "Balik nanti cakap dekat parents awak aunty Laila dengan uncle Zahid ajak dinner dekat rumah." Naufal menyampaikan pesanan Walid dan uminya.

    "Okay."balas Aisy ringkas lalu keluar dari bilik guru.

************************************

    Aisy terus melangkah masuk ke dalam rumahnya selepas memberi salam. Dia terus menghayunkan langkah ke dapur. Memang kebiasaan waktu balik sekolah mamanya berada di dapur until makan tengahari bersama. Apabila ternampak kelibat mamanya terus dia memeluk mamanya dari belakang. Terhinjut sedikit bahu Puan Roslina kerana terkejut dengan perlakuan anaknya itu.

     "Haish budak ni. Nasib bail mama takde sakit jantung tau. Kalau ada sakit jantung rasanya dah lama jalan."omel Puan Roslina. Aisy hanya tersengih suka mendengar omelan mamanya itu.

     "Sebab Aisy tahu mama takde sakit jantung la Aisy buat macam tu."jawab Aisy selamba. Puan Roslina menggeleng kepala dengan anak daranya seorang ini.

     Puan Roslina terus menghidangkan makanan di atas meja apabila terdengar enjin kereta di halaman rumahnya. Tahulah dia suaminya sudah pulang untuk makan tengahari bersama. Memang itu lah kebiasaan mereka sekeluarga makan tengahari bersama kecuali jika Encik Hafiz ada hal yang tak dapat dielakkan.

     "Mama, papa, uncle Zahid dengan aunty Laila ajak dinner dekat rumah diorang malam ni."Aisy memecahkan kesunyian makan tengahari mereka.

     "Diorang jumpa Aisy ke?"soal Encik Hafiz hairan.

     "Taklah. Ustaz Aisy bagitahu. Rasanya nama ayah ustaz tu Zahid."terang Aisy.

Setelah sekian lama tak update. Sorry author busy sikit. Jangan lupa vote and komen okeyy😘

  

    

    

USTAZ, I LOVE YOU !Where stories live. Discover now