Bab 4

1.9K 84 8
                                    

     Malam itu Aisy hanya mengenakan dress labuh berwarna hitam. Nak pergi rumah ustaz kan, kena la pakai sopan sikit walaupun tak bertudung. Rambut yang paras pinggang itu disanggul kemas.


     Tepat pukul 8 malam mereka tiba di rumah Encik Zahid dan Puan Laila. Encik Zahid dan Encik Hafiz berjabat tangan lalu berpelukan sebentar manakala Puan Laila dan Puan Roslina berpelukan lalu melagakan pipi mereka. Biasalah, perempuan kan. Aisy terus menghulurkan tangan kepada Puan Laila. Puan Laila terus menarik tangan Aisy masuk ke dalam pelukan.

     "Makin cantik Aisy ni sekarang."puji Puan Laila. Aisy hanya tersengih segan.

     "Jemputlah masuk." Encik Zahid mempersilakan tetamunya masuk ke dalam rumah. Sementara menunggu makanan dihidangkan oleh pembantu rumah, mereka berbual di ruang tamu.

     "Mana si Naufal tu? Lama sungguh tak jumpa dia. Last jumpa pun time dia form 5 rasanya."soal Puan Roslina sambil mencari kelibat anak kawan baiknya ini.

     "Mana lagi kalau tak dalam bilik. Asyik terperap je dalam bilik tu. Dah macam anak dara."jawab Puan Laila.

     "Amboi umi. Mengata Fal nampak. Fal duduk dalam bilik pun buat kerja la umi. Bukan saja-saja." Naufal yang terdengar kata-kata uminya tadi terus laju melangkah ke arah ruang tamu. 'Ada ke patut umi cakap aku ni anak dara. Anak umi ni lelaki tau' kata Naufal dalam hati. Kakinya terus melangkah ke arah Encik Hafiz lalu bersalaman dengan lelaki separuh abad itu.

      "Okay la tu duduk dalam bilik buat kerja. Anak dara seorang asyik nak keluar je. Macam terbalik dah perangai ni."kata Puan Roslina mengusik anaknya. Laju sahaja tangan Aisy memukul lembut lengan mamanya. 'Mama ni memang saja nak malukan aku ke apa.'rungut Aisy dalam hati.

      "Eh kita ni dari tadi kat sini bila nak makannya. Lepas makan nanti kita sambung sembang. Sekarang ni kita isi perut dulu." Encik Zahid terus mengajak tetamunya ke ruang makan. Makanan sudah terhidang. Kalau sejuk nanti tak sedap pulak untuk dimakan.

     Aisy memerhati hidangan di atas meja. Ayam buttermilk, siakap 3 rasa, tomyam seafood, serta sup sayur. Kecur liurnya memandang hidangan di atas meja. Aisy lantas mengambil tempat di sebelah mamanya dan bertentangan dengan Naufal. Mereka menjamu selera sambil bersembang.

    Selesai sahaja makan, Aisy terus menolong Puan Laila mencuci pinggan dan gelas yang digunakan tadi. Datang rumah orang walaupun tetamu takkan nak duduk goyang kaki pulak kan. Puan Roslina pula menolong mengemas meja makan.

     "Tinggal je la Aisy dalam sinki tu. Aunty boleh cuci. Takpun nanti mak som pun boleh cuci." Puan Laila menegah anak kawan baiknya itu daripada mencuci pinggan.

     "Takpe la aunty. Sikit je ni. Dah nak siap dah." Aisy terus menghabiskan tugasannya mencuci pinggan. Setelah selesai dia terus berlalu ke ruang tamu tempat tuan rumah dan mama papanya berkumpul.

      Apabila bosan menguasai diri mendengar orang tuanya berbual dengan sahabat mereka Aisy terus meminta izin untuk keluar dengan alasan untuk mengambil angin. Naufal yang  tidak mahu mengganggu perbualan orang tua itu turut melangkah ke luar rumah. Kakinya melangkah ke arah Aisy yang kelihatan mengelamun di meja batu yang disediakan di taman mini di rumahnya.

     "Assalamualaikum."Sapa Naufal apabila tiba di belakang Aisy.

     "Waalaikumsalam, ustaz."Aisy membalas sapaan ustaznya. Naufal mengambil tempat berhadapan dengan Aisy. Suasana menjadi agak kekok apabila masing-masing hanya diam. Tidak tahu topik apa yang mahu dibualkan.

      "Jauh termenung teringat buah hati ke?"Naufal memecahkan kesunyian antara dirinya dan anak muridnya.

      "Saya ni mana la ada buah hati ustaz"balas Aisy dengan suara yang dibuat-buat sedih.

      "Muka cantik macam ni takkan la takde buah hati. Tak percaya la ustaz." Naufal menunjukkan riak tidak percayanya. Mustahil gadis cantik di hadapannya ini tidak mempunyai buah hati.

     "Ustaz ingat semua yang muka cantik ada buah hati ke dan semua yang tak cantik tu takde buah hati? Saya tak berminat nak fikir pasal cinta. Ramai yang saya tengok putus cinta walaupun dah bertahun lama bercinta. Kalau boleh saya nak bercinta lepas kahwin. Orang cakap couple after married tu indah"balas Aisy panjang lebar. Naufal hanya mengangguk bersetuju dengan kata-kata Aisy.

     "Ustaz tanya saya tentang buah hati. Ustaz takde buah hati ke?"soal Aisy ingin tahu. 'Muka handsome macam ni mesti ada yang terpikat punya.'desis hati Aisy.

      "Takde. Saya tak terfikir lagi tentang jodoh. Kalau jodoh saya sampai awal awal lah. Kalau jodoh saya sampai lewat saya terima. Lagi pun usia saya muda lagi. Memang Tak terfikir lagi nak kahwin. Yang ada dalam fikiran saya, saya nak bahagiakan umi dengan walid." Aisy hanya mengohkan sahaja. Makin lama makin rapat dan hilang sudah rasa kekok antara mereka.

     Setelah lebih kurang 30 minit berbual Aisy dan Naufal kembali masuk ke dalam rumah. Kelihatan ibu bapa mereka masih rancak bersembang. Aisy terus melangkah ke arah mamanya manakala Naufal pula duduk di sisi Puan Laila. Apabila menyedari terlalu lama bersembang Encik Hafiz segera meminta diri untuk pulang ke rumah.

     "Nanti aku bagitahu jawapannya."kata Encik Hafiz sambil berjabat tangan dengan Encik Zahid. Encik Zahid mengangguk.

      "Iyalah. Aku harap sangat apa yang kita rancang ni menjadi."balas Encik Zahid pula. Aisy yang tidak mengerti kata-kata itu hanya mendiamkan diri. Barangkali tentang business. Selesai berpamitan, mereka terus masuk ke dalam kereta lalu kereta milik encik Hafiz itu meluncur keluar dari perkarangan rumah Encik Zahid.

************************************

     Selesai sahaja menukar baju, Aisy terus membuka buku teks PSI. Teringat pula perbualannya dengan ustaznya tadi.

*Flasback*

     "Balik nanti study PSI. Saya nak soal dalam kelas nanti sama ada anak murid saya faham atau tidak saya mengajar." Naufal sengaja ingin mengenakan anak muridnya. Bukannya ingin buat betul-betul pun.

     "Alaa ustaz. Kalau ustaz nak buat sesi soal jawab ke ujian ke ustaz buat la lepas habis belajar tajuk tu. Lagipun mana sempat saya nak buat revision malam ni. Ni dah dekat pukul 9.30. Tu pun belum tentu pukul 9.30 tu parents saya nak balik." Aisy cuba memujuk ustaznya.

     "Orang yang berjaya takkan mencari alasan. Kalau awak nak berjaya awak kena la usaha lebih. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tak gitu cik Aisya Irdina." Naufal menayangkan senyumannya.

     'Kenapa aku tetibe rasa ustaz ni annoying' Aisy berkata dalam hati.

     "Lagi satu kalau dah rasa mengantuk sangat tu makan la gula-gula. Saya izinkan. Ni dah tersengguk-sengguk dalam kelas. Kalau ikutkan hati saya nak je saya denda awak. Tapi disebabkan hari ni hari pertama saya mengajar, saya maafkan awak." Aisy hanya mengangguk mendengar kata-kata Naufal.

     'Nasib la dapat ustaz annoying macam ni.' rungut Aisy dalam hati. Kalau cakap depan-depan nanti takut lain pulak jadi kan. Jalan selamat hanya berkata-kata dalam hati.
  
*End flashback*

     'Kenapa la tetibe ustaz aku jadi annoying ni. Dalam kelas elok je ni tetibe dah jumpa jadi annoying. 'Ughh stress' rungut Aisy.

Sorry if hambar. Please vote and comment okeyy😘😘

    

USTAZ, I LOVE YOU !Where stories live. Discover now