01

683 44 86
                                    

🌹🌹🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌹🌹🌹

  Pang!

  Deraian kaca jelas kedengaran. Kiara berlari dari tingkat atas, meluru ke dapur. Pinggan hancur berderai di lantai, semua kerana seorang lelaki yang berdiri sambil menyandar pada dinding. Dia berkerut kening, apa lagi ni?

  "Apa yang bising-bising ni?!" jerkah seorang wanita separuh usia yang juga baru bertapak di dapur.

  "Ara buat pecah pinggan, mama." selamba lelaki itu bersuara, Kiara terkelip-kelip memandang lelaki itu.

  Tak semena-mena rambutnya ditarik kasar oleh wanita itu, ibu tirinya. Lelaki tadi, Felix, hanya tersenyum sinis melihat Kiara diperlakukan sebegitu.

  "Kau ni tak habis-habis hidup menyusahkan aku!" tamparan hinggap di pipi Kiara.

  "Aku tak buatlah!" lawan Kiara.

  Tubuhnya ditolak, jatuh ke lantai. Lebih malang, tangannya terkena serpihan kaca di lantai. Darah pekat mulai mengalir, membuatkan dia mengaduh sakit. Felix buat muka risau.

  "Mama, sudahlah. Kesian dia." lakon Felix.

  "Kau bersihkan semua ni sekarang!" jerkah si wanita tadi, berlalu pergi. 

  Felix mencangkung di hadapan Kiara, dagu gadis itu ditarik kasar. Kiara pandang Felix dengan pandangan tajam, andai mata mampu membunuh, sudah lama Felix mati.

  "Kesian adik tiri aku. Sakit ya? Meh abang tolong." 

  Satu serpihan kaca tadi diambil, pergelangan tangan Kiara ditarik. Ditoreh-torehnya tangan gadis itu. Wajah Felix ditampar kuat, membuatkan lelaki itu berhenti menyakitinya. Felix tampar wajahnya semula.

  "Berani kau eh!" 

  "Jangan sentuh aku!" tangannya ditarik semula daripada Felix.

  "Kau tunggu akibat kau.."

  "Apa? Apa lagi kau nak buat? Buatlah! Jangan fikir aku takutlah, Lee Felix! Berambus!" tubuh Felix ditolak kasar, menyebabkan punggung lelaki itu jatuh ke lantai.

  Felix hanya menjeling tajam sebelum dia angkat punggung, beredar dari situ. Begitulah kehidupan Kiara sehari-hari, selalu saja difitnah dan dibuli Felix. Entah apa yang abang tirinya itu tak puas hati pun, dia tak tahu.

  Bapanya pula jarang-jarang balik. Ada saja urusan di luar negeri. Dia tak kisah juga, sudah terbiasa dengan ketiadaan bapanya. Serpihan-serpihan kaca tadi dibersihkan tanpa keluhan.

🌹🌹🌹

  Malam itu, Kiara duduk di atas katil. Dia termenung sambil memegang foto keluarganya. Ibu kandungnya telah tiada akibat kemalangan jalan raya. Bapanya hampir saja mati, namun berjaya diselamatkan. Ajaib juga.

DejaVuWhere stories live. Discover now