12

244 37 18
                                    

🌹🌹🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌹🌹🌹

  Kiara terjaga daripada tidur kerana dia rasakan ada seseorang membelai rambutnya. Benar tekaannya, Yeosang duduk di sebelahnya di atas sofa. Kiara gosok-gosok matanya, masih lagi cuba memproses apa yang berlaku sampai dia tertidur di sini.

  Dia terlihatkan figura Min yang dipeluk Jongho di atas sofa di hadapannya. Barulah dia ingat, mereka buat marathon Twilight semalam. Jongho juga masih lena di dalam tidurnya. Yeosang senyum memandang Kiara.

  "Morning, princess."

  "Morning. Dalam cerita Twilight, vampire bukan tak tidur ke?"

  "Nama pun cerita, tak semuanya betul."

  Suara Yeosang dan Kiara membuatkan Min terjaga daripada tidur, tersentak Min dibuatnya apabila dia bertentang mata dengan Yeosang. Yeosang adalah ahli yang paling ditakuti Min, cepat-cepat dia tolak Jongho daripadanya.

  Jongho terjatuh di lantai, merengek sedikit sebelum membuka mata. Mahu membulat mata Jongho apabila dia sedar Yeosang sudah ada di sini.

  "H..hyung.."

  "T..tuan.." Min cepat-cepat tundukkan pandangannya.

  "Romantik nampak?" perli Yeosang, Kiara hanya senyum.

  "H..hyung.. kami t..t..ter.."

  "Terjatuh cinta. Tsk, kau fikir aku nak marah kau ke sebab dah jatuh cinta dengan manusia? Dan manusia tu hamba kau lagi. Kau fikir aku marah? Aku tak kisah, Jongho. Jatuh cinta tu bukannya satu kesalahan." ceramah Yeosang.

  "Kan Ara dah cakap!" Kiara kenyit mata kepada Min.

  Yeosang gelengkan kepala, dikusutkan rambut Kiara. "Kau naik atas, princess. Mandi." arah Yeosang, Kiara mencebik tapi dia turutkan juga.

  Tinggallah Jongho, Yeosang dan Min saja di sini. Yeosang pandang Min, kemudian dia pandang Jongho semula.

  "Terima kasih temankan Ara malam tadi. Aku tak tahu pula hal ni jadi panjang. Lagi satu pasal kauorang ni, aku tak ada bantahan." Yeosang senyum. "Cuma San, Wooyoung, Mingi dan Yunho mungkin akan ada bantahan, tapi kau ready sajalah. Asalkan Joong hyung di pihak kau, it will be alright brother." Yeosang memberikan semangat kepada Jongho, terselit juga keseraman di situ.

  Jongho angguk, lega Yeosang sentiasa menyokong dia. Setiap kali ada yang mengganggu Yeosang, pasti Jongho muncul dan bersedia untuk membunuh orang itu. 

  Kerana apa? Kerana Yeosang satu-satunya abang yang sentiasa ada di jatuh bangun dia, semuanya Yeosang tahu. Yeosang terlalu bermakna di dalam hidup Jongho.

  🌹🌹🌹

  Kiara melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Sepatutnya dia bersama Bangchan, tetapi entah ke mana lelaki itu. Sehinggalah telinganya ditiup lembut, membuatkan Kiara terkejut. Bangchan ketawa kecil, bahunya dicubit gadis itu.

DejaVuWhere stories live. Discover now