37 Balas dendam

3.1K 225 42
                                    

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

"Aku tak pakai apa-apa protection tadi... Lebih baik kau cepat mandi dan pergi klinik. Dekat sana doktor akan bagi kau satu ubat untuk sekat terus air mani aku daripada bersenyawa dalam rahim kau," terang Khairul.

"Tapi... Pastikan kau mandi betul-betul. Kalau kau tak nak mandi, aku yang akan mandikan," bisik Khairul. DNAnya tidak boleh dibawa keluar.

Gadis itu pun mengangguk lemah. Kerdipan mata semakin kuyu. Pancuran air panas kembali dilalukan pada kulitnya. Sakit tadi ditahan, dia membersihkan setiap inchi tubuh badan. Pandangan helang Khairul yang menanti di pintu bilik air lebih ditakuti.

Hujung bibir Khairul terjungkit. Tangan membawa keluar dompet kulit. Sambil menanti si gadis selesai mandi, dia mengira wang bayaran.

"Jangan sesekali kau sebut nama aku masa buat laporan pihak polis. Ingat satu nama ni, Mahfuz. M-A-H-F-U-Z." Khairul siap mengeja lagi akan satu nama yang amat dibenci.

Usai bersiram, gadis itu melintasi perogolnya. Dia berlabuh di birai katil dan mahu mengambil pakaian tadi.

" Jangan pakai baju tu," larang Khairul. Dibimbangi ada air maninya yang tersisa pada pakaian mangsa. Otak cergas lelaki itu sentiasa menyelamatkan keadaan. Sepersalinan baju yang sempat dibeli sebelum naik ke hotel diserahkan pada gadis itu.

"Cepat sikit pakai. Aku akan hantar kau ke klinik," kata Khairul. Bayaran RM500 diserahkan pada tangan si gadis.

TUAN KHAIRUL ✓  [C] Where stories live. Discover now