MCBMH 39❤

10 1 4
                                    

Aku menghalakan telefonku ke arah idjat. Dan terpampang nama "ARIANA QAILISYA" di skrin telefonku. Idjat hanya memandang seakan ingin tahu niat ariana ketika menelefonku. Idjat seoalah memberia arahan untuk aku mengangkat panggilan tersebut dan membuka pembesar suara. Aku hanya menurut kemahuannya dengan mengangkat panggilan tersebut.

"assalamualaikum, hai fara. Awak kat mana ni. Saya ganggu ke?" laju soalan diajukan kepadaku oleh ariana. Entah kenapa Tiba-tiba dia begini. Sebelum ni tak pernah dia mengambil tahu urusanku.

"Waalaikummusalam, ehh ye ariana. Saya dekat rumah mak mertua saya ni. Kenapa yew." idjat memberi arahan agar aku tidak memberitahu dimana rumah kami berada. Dan aku hanya mengikut demi keselamatan kami berdua juga. Walaupun dia sudah bersikap baik denganku.

"ouhh, yeke korang still duduk dengan family ke lepas kahwin ni."

"haah kenapa ye ana"

"ouhh, takde la saya cuma nak ajak awak study group je untuk peperiksaan kertas sejarah dan matematik akan datang. Saya agak lemah dalam subjek tersebut. Mana tau kita boleh berkongsi ilmu ke."

"ermm, bila tuh awak nak buat? Tapi saya kena ajak dhiya sekali lah"

"kalau petang esok??  Awak free tak. Haa awak ajak la dhiya lagi ramai lagi bagus boleh bertukar maklumat. Kalau awak nak ajak idjat sekali pon boleh"

Aku dan idjat terus memandang antara satu sama lain.

"ehh idjat sibuk sikit jadi dia tak dapat ikut. Okay lah petang esok kita jumpa ye. Tapi awak nak buat dimana. Sekolah ke? "

"kalau di rumah awak atau mertua awak macam mana. Atau awak ada cadangan lain"

"kita pergi perpustakaan depan sekolah kita tuh lah yew. Sebab rumah mertua saya ada orang jadi nanti kita tak boleh focus pula. Tuh pon kalau awak okay la? "

"haa saya okay je, kita jumpa esok pukul 3.30 petang ye"

"okay, ana. Awak ada nak cakap apa-apa lagi ke sebelum saya tutup?"

"ouhh takde apa dah. Okay lah saya tutup dulu ye. Assalamualaikum"

"Waalaikummusalam"

Selepas menutup panggilan daripada ariana aku terus memandang ke arah idjat. Idjat terus memulakan perbicaraan sebelum aku bercakap. "sayang jangan bagitau rumah kita di mana ye. Sayang kata je kita duduk dengan family. Hubby taknak apa-apa terjadi selepas ni. Sayang tengok lah dia boleh nak suruh sayang ajak hubby pergi study group tu. Apa functionnya. Hubby bukan ambil SPM mesti dia ada niat lain. Hubby izinkan sayang pergi tapi ingat pesan hubby. Jaga diri tau. Jangan bagitau dekat mana kita tinggal" aku hanya mengganguk tanda faham. Setelah bebelan dari idjat. Aku tau dia risau sesuatu akan terjadi. Selepas berlakunya pergaduhan kami disebabkan oleh ariana.

-----------------------------------------------------------
" ehh hubby nak pergi mana ni? "

"hantar sayang lah. Lepastu hubby pergi singgah rumah mummy sementara sayang study"

"ouhh okayh. Ermm tapi hubby"

"kenapa sayang" idjat memegang kedua belah bahuku sambil matanya memandang ke anak mataku.

"kita tumpangkan dhiya boleh tak. Ermm sebab dia takde transport"

"ouhh, boleh je jom lah. Ehh tapi kita pergi ambil haziq dulu boleh."

"aikk kenapa."

"saja nak bagi dorang dating dalam kereta. HAHAHA dah jom"

"ouhh ada niat eh, okay jom"

Idjat memegang tanganku sampai ke kereta kami.

Ketika aku sampai sahaja di rumah dhiya dengan laju dia terus membuka pintu belakang tanpa menyedari ada haziq disitu.

"ehh, " dhiya terus menggaru kepalanya seakan nenahan malu. Mukanya sudah mula memerah. Sampai sahaja di perpustakaan idjat memberhentikan kereta untuk kami turun disitu. Aku menyalami tangan suamiku dan terus turun dari kereta. Dhiya dari awal lagi sudah keluar kerana malu. Dari awal idjat mengacaunya dengan haziq.

"eyyy, lepasni aku taknak dah naik dengan kau" selepas idjat bergerak dari situ dhiya terus membebel ke arahku dan menampar lenganku.

"awww, sakitlahh. Sorry lah, mana aku tau. Idjat tiba-tiba pergi rumah haziq dorang nak keluar sekali lepasnih."

"eyy ambik lah nanti-nanti. Malu aku dibuatnya. Dengan suami kau duk kacau aku."

"alolo, marahnya. Sorry ye bestie suami saya memang begitu orangnya. Sebelum aku kahwin aku pon taktau perangai dia nih suka kacau orang. Kalau balik rumah mummy sampai menangis irdina dia kerjakan"

"eyy jahatnya... Geram aku"

"bukan jahat, nakal sikit je. Alah mana tau jodoh kau dengan dia"

"kau pon sama bukan nak back up aku"

"alahh bukan kau pon suka ke. Kau ingat aku taktau. Dah lah jom masuk. Kau nak buat apa dekat sini lama-lama."

"ehh macam mana kau tahu weyhh"

Aku terus berjalan masuk tanpa memperdulikan pertanyaan dhiya. Kami berdua berjalan menuju ke meja ariana dan husna.

"haiii, sorry lambat."

"ehh haii, Sokayy. Duduk lah. Chill dulu lepas 5minit kita start korang pon baru sampai kan"

"haa okay"

"haa Sebelum tu i nak tanya u sikit boleh tak fara." soal ariana ketika aku baru sahaja duduk berhadapan dengannya.

"haa tanya apa tu, tanya lah"

"u dengan idjat kan duduk rumah parents kan. Tak rasa macam takde privasi ke. Yewlah korang kan dah kahwin. So mesti nak privasi kan"

"ouhh, takde lah okay je. Lagipun privasi dekat bilik kan ada. And kitaorang masing-masing pon fikir pasal pelajaran dulu. Takde lah perlukan privasi sangat. Kitaorang duduk bilik pon privasi untuk belajar. Macam idjat nak ajar apa yang aku tak faham ke. Haa macam tu je"

"ouhh fahamm. Bagus lah u ni fikir pelajaran dulu."

"hee, takde la. Ni sebab kami berdua masih pelajar. Kena lah fikir. Ermm kenapa awak tanya ana"

"ehh, takde lah. Saja nak tanya u. Ehh jom start. Boleh dah kan"

Dhiya hanya memandang ke arah kami berdua silih berganti. Begitu juga husna yang hanya memandang ke arah dhiya. Selesai sahaja study group kami pukul 5.30 petang ariana mempelawa untuk menghantarku pulang. Kerana idjat masih belum datang. Aku menolaknya lembut dengan alasan dhiya bersama dengaku. Jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Terus ariana berjalan menuju ke kereta milik drivernya yang sudah menunggu lama.

"cik ariana ada nak pergi mana-mana lagi ke" tanya lelaki itu kepada ariana. Setelah melihat muka tidak puas hatinya.

"kau tunggu je sini. Kalau budak perempuan dua orang depan tu gerak dengan kereta baru kau follow kereta tu. Faham tak"

"faham, cik ariana"

"heh, kau tunggu. Kau ingat aku senang-senang nak percaya kau ke fara"

𝕄𝕐 ℂℝ𝕌𝕊ℍ 𝔹𝔼 𝕄𝕐 ℍ𝕌𝕊𝔹𝔸ℕ𝔻 ❤💙Where stories live. Discover now