× 16 ×

260 56 49
                                    

Dia melihat skrin telefonnya berulang kali, bersilih-ganti dengan melihat rumah agam di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia melihat skrin telefonnya berulang kali, bersilih-ganti dengan melihat rumah agam di hadapannya. Dia pasti ini rumahnya.

Sedang dia tercongok di hadapan pagar besi yang agak tinggi itu, dia dikejutkan dengan suara seseorang di sebelahnya.

"Kamu ke yang dato' minta datang makan tengah hari sama-sama? Bodyguard Jangmi?"  tanya Pak Cik Lee bersungguh, dia juga sangat ramah bertanyakan tentang tujuan utama lelaki itu.

"Err ya, tapi–"

"Eh, jom cepat-cepat masuk! Panas ni, nanti berpeluh kamu, dah tak handsome!" Pak Cik Lee menarik tangan lelaki itu sebelum dia melangkah pantas menuju ke pintu utama rumah agam itu.

Tak pasal-pasal lelaki tu kena heret tapi dia diamkan sahaja,  lagipun dia datang sini nak isi perut sahaja. Jadi tak perlulah dia cakap banyak-banyak.

"Jangmi, tengoklah siapa yang datang ni!"

Aku yang sedang terbaring malas di depan tv memang dah tiada tenaga nak menoleh ke pintu. Siapalah yang datang tengah hari macam ni? Jiran nak bagi bubur jagung kot.

"Alah, pak cik jemput jelah dia masuk, buat macam rumah sendiri!" kata aku, mata aku tak lepas menonton rancangan di televisyen.

"Kamu ni, nilah bodyguard kamu yang appa kamu cakap! Tak nak kenal-kenal ke?" Senyap, tiada sahutan.

"Isk isk budak bertuah ni! Tetamu patutnya diraikan," bebel Pak Cik Lee sambil bercekak pinggang.

"Maaflah ya encik, marilah masuk. Isteri pak cik ada tu dah siapkan makanan istimewa untuk encik!" Lelaki itu sekadar mengangguk sebelum dia sendiri melangkah masuk ke dalam ruang tamu yang luas itu.

Aku jeling-jeling sikit, appa kata yang aku kenal dengan orang yang jadi bodyguard aku ni tetapi aku sendiri tak kenal pun dia. Siapa lelaki ni? Aku tak pernah langsung nampak muka dia ni.

Appa ni nak menipu pun agak-agaklah.

"Jangmi! Mari datang sini, dah nak makan dah ni!" panggil Pak Cik Lee. Suaranya bergema di sekeliling ruang tamu itu.

Aku yang sedap berbaring kat atas sofa ni, memang dah malas gila dah nak bangun. Lagipun, aku takdelah lapar sangat pun sebenarnya.

Tetapi bak kata orang-orang tua aka Pak Cik Lee tadi, tetamu perlu diraikan. Haa, marilah kita raikan Syawal eh raikan tetamu yang baru datang tadi.

Tetamu istimewalah katakan. Yang paling dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu oleh warga rumah ini sekalian (kecuali aku, aku takdelah teruja sangat nak ambil tahu)

"Kamu mesti lapar kan, haa jemput makan, jangan malu-malu! Orang yang malu adalah orang yang?" kata appa lalu memandang tepat ke arah muka lelaki tadi yang agak terpinga-pinga dilayan sebegitu rupa.

"Rugi?" jawabnya teragak-agak. Satu senyuman terpaksa dipamerkan di wajahnya.

"Betul, tepat sekali!" Appa tepuk-tepuk tangan tanda kegembiraan, macam baru dapat projek besar. "Haa cepat duduk semua, kita makan sekali." Senyuman lebar muncul di wajahnya, jelas terpancar kegembiraan yang tidak berbelah-bahagi lagi di wajahnya.

Siapa lelaki ni sebenarnya? Kenapa appa nampak lain macam je apabila dia hadir di rumah ni?

Aku suap nasi yang dah ada kat depan aku. Tadi aku kata aku tak lapar kan? Aku tarik balik kata-kata aku, perut aku dah berkeroncong maha hebat dah ni, bunyi dia pun lain macam, macam ada orang berperang dalam perut aku pun ada. Ini semua sebab aku tengok lauk-lauk yang dihidangkan di hadapan aku sekarang ni, memang betul-betul boleh buat mulut aku banjir dengan air liur.

"Amboi, lapar sangat ke Jangmi oi? Orang lain tak makan lagi," tegur omma yang dari tadi hanya berdiam diri. Aku angkat kening, pelik pula dengan soalan omma tadi.

Tadi appa juga yang suruh makan, jemput-jemput goreng eh jemput makan semua apalah tiba-tiba tak makan, semua orang pandang je nasi tu macamlah nasi tu terbang masuk dalam mulut.

"Kenapa tak makan lagi?" tanya aku, hampir-hampir terkeluar jugalah beberapa butir nasi dari mulut. Aduh, memang tak tahu malu betul aku ni, dahlah ada entah siapa-siapa yang makan sekali kat meja ni.

"Kita tunggu seseorang dulu sebelum kita makan sama-sama," jawab appa. Dia juga turut terkebil-kebil melihat anak perempuannya makan serupa orang kebuluran.

Tunggu seseorang? Mata aku meliar, melihat sekeliling secara automatik. Appa ada, omma ada, Pak Cik Lee ada, Mak Cik Lee ada, aku sudah tentu ada di sini dan lelaki misteri. Semua ada je depan mata aku.

Jadi siapa yang tertinggal kereta api ke Busan ni?

"Oh maaf semua, saya lambat. Saya cari parking tadi." Satu suara tiba-tiba muncul di ruang makan itu. Suara lelaki.

Dan, suara seseorang yang aku kenal. Maksudnya, ni ke gerangan yang ditunggu-tunggu oleh semua orang?

"Yoshi?"

-----

ADUH SIAPA YANG RINDU AKU UPDATE HAA MENGAKU CEPAT HAHAHAHHA 😂 entah takde siapa pun yang kisah

Aku minta maaf jarang update sebab minggu ni pun aku pack dengan program uni dari isnin hingga jumaat, mungkin malam jumaat aku akan update lagi eh. Tengoklah macam mana, minggu depan pula aku dah start kelas andwaeeeeee 😭

Satu lagi aku macam stuck Jap kat chapter ni mmm tak tahulah wei kenapa hahahahah dari haritu tulis tak habis-habis

Vote and comment ♥️






• sushi • kanemoto yoshinoriWhere stories live. Discover now