× 21 ×

275 58 185
                                    

"Patut ke tak aku call dia?" kata aku, dari tadi lagi aku hanya menatap nombor Yoshi yang aku dah simpan dalam contact number aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Patut ke tak aku call dia?" kata aku, dari tadi lagi aku hanya menatap nombor Yoshi yang aku dah simpan dalam contact number aku. Tak tahulah kenapa dengan aku ni, sebelum ni aku okay je tetapi selepas kejadian tu, aku cuma perlukan masa bersendiri.

Aku tertanya-tanya, Yoshi tahu ke apa yang berlaku? Kalau dia tahu pun, apa yang dia rasa? Ke dia tak rasa apa-apa pun?

Lagi pun, dia sendiri pun takde mesej aku atau call aku dalam masa dua kali hari ni. Atau, dia memang nak menjauhkan diri dia daripada aku?

Stop overthinking, mungkin dia sendiri ada masalah yang dia perlu selesaikan.

"Tapi, aku tak tahu nak cerita kat siapa apa yang aku rasa sekarang," kata aku perlahan sambil memeluk lutut.

Kalau aku ada adik-beradik, sekurang-kurangnya aku boleh ceritakan pada mereka. Tetapi aku ni, anak tunggal. Dan aku cuma rapat dengan Yoshi je sekarang, diakan kawan aku.

Jadi, mestilah dia tak kisah kan kalau aku cerita masalah aku pada dia?

Ting!

Automatik tangan aku mencapai telefon pintar aku yang dari tadi aku letak sebelah bantal. Entah kenapa, mungkin aku sendiri yang mengharapkan Yoshi mesej aku dulu.

Entah-entah bukan dia pun, aku je yang beria-ia.

Awak okay?

Hanya dua patah perkataan yang dihantar oleh Yoshi tetapi kenapa aku menangis? Air mata aku mengalir turun ke pipi setelah sekian lama aku berhenti menangis.

Jujur, aku tak okay sekarang. Aku cuma perlukan dia di sisi aku dan dengar masalah yang aku hadap sekarang. Tetapi apabila aku fikir balik, apa yang aku rasa sekarang ni tidaklah seteruk apa yang orang lain rasa. Mungkin, aku sendiri je yang manja.

Saya ada depan rumah awak, awak nak ke taman? Tenangkan perasaan awak.

Walaupun mata aku agak kabur, namun aku masih berusaha untuk membaca mesej yang baru dihantar oleh Yoshi itu. Dia ada di depan rumah aku sekarang?

Dia ni...memang ada kuasa boleh baca hati orang ke macam mana? Macam mana dia boleh tahu aku memang betul-betul perlukan dia sekarang?

Ok.

Aku cepat-cepat bangun dari katil, setiap masa itu berharga untuk aku bazirkan. Dan peluang macam ni tak patut aku lepaskan.

-----

"Awak okay?"

Soalan yang sama tetapi kali ni memang keluar dari mulutnya sendiri. Aku geleng-geleng kepala, lebih baik aku jujur sahaja dengan perasaan aku sekarang. Itu lebih baik.

"Maaf," katanya perlahan. Dia hanya duduk menunduk di hujung bangku tersebut.

"Kenapa awak minta maaf?" tanya aku. Bukannya salah dia pun.

• sushi • kanemoto yoshinoriWhere stories live. Discover now