VD | 41

7.6K 383 99
                                    

BEG pakaian dimasukkan ke dalam bonet. Kakinya melangkah ke arah opah dan isterinya. Tangan wanita tua itu dicium lembut. "Kitorang balik dulu opah. Nanti ada masa kitorang balik lagi." Ujar Rayqarl lembut.

"Ayden jaga Ika elok-elok tau. Kalau ada masalah bincang sama-sama. Jangan buat keputusan terburu-buru. Ingat... Komunikasi tu penting dalam apa-apa hubungan sekalipun. Jangan pendam. Antara suami isteri kalau boleh jangan ada apa-apa rahsia. Sebab rahsia lah hubungan suami isteri boleh retak. Tau? Ingat tu." Pesan Tengku Raihana kepada dua orang cucunya itu.

Rayqarl dan Naura memandang satu sama lain sebelum mengangguk faham. "Terima kasih opah sebab jaga Ika selama 3 bulan ni. Rindu lah Ika dengan opah lepas ni." Tubuh wanita itu dipeluk lama.

"Sama-sama. Kamu kan cucu opah. Mestilah opah jaga. Kalau rindu call aje lah. Sekarang kan zaman teknologi. Kalau tak boleh tahan sangat balik lah sini. Tak pun biar opah pergi sana." Balas Tengku Raihana.

Naura dan Rayqarl hanya mengangguk. "Takpe lah. Kitorang pergi dulu. Assalamualaikum. Opah jaga diri tau. Apa-apa telefon kitorang." Pamit Rayqarl sempat berpesan pada neneknya.

Mereka memulakan perjalanan sebaik sahaja Tengku Raihana menjawab salamnya. "Abang dah bagitau diorang ke kita nak balik ni?" Soal Naura sambil memandang Rayqarl.

"Dah. Tapi diorang tak tau yang love balik. Abang kata love merajuk dengan abang lagi," Jawab Rayqarl tersenyum lebar.

Naura hanya mengangguk faham.

"Kalau love mengantuk, love tidur lah dulu. Nanti dah sampai abang kejut."

Naura hanya menggeleng. "Tak mengantuk." Balas Naura lembut. Mereka berbual sepanjang perjalanan itu . Sesekali mereka ketawa apabila mengingati perkara lucu yang terjadi sewaktu mereka kecil dahulu.

Selama hampir dua jam berada di dalam kereta, mereka akhirnya sampai di rumah Tengku Razeef. Tali pinggang keledar ditanggal terlebih dahulu. Kaki melangkah turun dari kereta. Pintu rumah itu dibuka. Salam diberi dan disahut oleh penghuni rumah itu.

"Assalamualaikum." Sapa Naura membuat semua yang berada di ruang tamu itu berpaling ke arah mereka.

"Ika!" Ujar mereka serentak. Raihah berlari ke arah sahabatnya itu. Tubuh itu dipeluk melepaskan rindu.

"Rindu nyah aku dengan kau." Luah Raihah membuat Naura tergelak kecil.

Satu persatu tangan di ruang tamu itu disalam.

"Angah ni! Tak cakap pun Ika balik. Kata Ika merajuk lagi." Cebik Raihah.

"Saja. Surprise." Balas Rayqarl. Mereka berdua turut duduk di ruang tamu itu. Masing-masing melepaskan rindu pada gadis itu yang dipendam semenjak tiga bulan lalu.

Usai berbual, mereka melangkah masuk ke bilik. Rayqarl menuju ke rak lampu di sebelah katil mereka. "Love tau tak?"

"Tak tau," Celah Naura.

Rayqarl mengecilkan matanya memandang Naura. Budak ni orang tak habis cakap lagi. Naura hanya ketawa melihat wajah suaminya.

"Okey okey. Sambung." Ujar Naura sambil memeluk lengan Rayqarl bersama sisa tawa.

Gambar Naura di atas rak itu diambil. "Selama love tak ada gambar ni lah yang teman abang. Senyuman ni lah abang rindu sangat." Dia menoleh memandang Naura di sebelah.

"Kesian dia eh rindu isteri dia." Usik Naura bersama hilai tawa.

"Kesian kan? So, nak tinggal abang lagi tak?" Badannya dipusing ke arah Naura.

VOUS DETESTWhere stories live. Discover now