Unknown feelings

1K 104 0
                                    

Pulau itu indah dan tenang.

Berbeza dengan Berlin Empire.

Tanggapannya tentang pulau itu tidak tepat sama sekali.

Beberapa kanak kanak lelaki dan perempuan berlari riang sambil bermain layang-layang. Ada yang bermain belon buih. Ada juga yang berkejaran. Ibu bapa mereka memerhati dari belakang.

Dan kebanyakan antara mereka menutup kepala dengan kain selendang putih.

Wajah mereka semua kelihatan..

Suci?

Seorang wanita tua menghampiri mereka semua. Tangan Kayla yang berdekatan dengannya di raih. Senyuman manis terukir pada wajah tua itu.

"Mari "

Mereka semua terpinga-pinga.

Daripada di pegang, kini tangan Kayla ditarik mengikutinya.

"Kamu semua tetamu kami. Melayan tetamu dengan baik perintah tuhan kita. Mari ikut mak cik tunjukkan rumah kamu semua " lembut suaranya berbicara.

Suasana di sini berbeza. Berbeza dengan Berlin mahupun Oswald. Cara percakapan mereka juga amat berbeza.

Jiwanya ditenggelami rasa tenang. Ribut yang melanda fikirannya, ghaib secara tiba-tiba. Hannah mendongak memandang langit.

Biru.

Bukan hitam seperti langit Berlin.

Udara segar di hirup. Bibirnya mengukir senyuman.

Leka dia berjalan sehingga rumah yang dibina daripada kayu menyapa pandangan mereka. Rumah itu tidak sebesar mansion milik Black Lions di Oswald. Namun cukup muat untuk mereka semua.

"Yang belah kanan untuk si cantik, yang belah kiri buat si tampan "

Delilah di sebelah Hannah menyenget kepala. "Ha? Cantik? Tampan? "

"Tak faham ya? " Wanita tua itu ketawa halus. Tapak tangan kanannya menutup mulut semasa ketawa.

Sopannya..

Delilah tersengih.

"Rumah belah kanan ni untuk perempuan,

belah kiri sana untuk lelaki " hujung ibu jarinya di tunjuk ke arah rumah kayu tidak jauh beberapa meter dari mereka.

"Er.. kenapa asing? " Charmy menyoal.

Wanita tua itu tersenyum.

"Tak manis serumah "

Hannah mengikat rambutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hannah mengikat rambutnya. Terasa segar badannya selepas mandi. Air yang mengalir pada tubuhnya sejuk dan nyaman. Rasa melekit hilang.

Dia melangkah naik ke atas katil. Badannya di hempaskan pada tilam. Kedua-dua tangannya di depakan. Hannah memejam mata.

HANNAH RAFELLA: The DauntlessWhere stories live. Discover now